Soalan; ustaz, saya ingin bertanya mengenai taraf hadis berikut,adakah ini daripada hadis sahih atau bagaimana?
1)"Kita baru kembali dari jihad kecil menuju jihad besar." Para sahabat bertanya, "Apakah jihad besar itu." Rasul menjawab, "Jihad melawan hawa nafsu."
2)Kalian telah datang dari sebaik-baik tempat berlalu dan kalian telah berlalu dari jihad kecil menuju jihad besar. Mereka berkata, "Apa jihad besar itu?" Nabi menjawab, "Jihad seorang hamba menundukkan hawa nafsunya."Sekian, terima kasih.
Jawapan;
Matan hadis bagi terjemahan yang saudara maksudkan itu ialah;
رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر
قدمتم خير مقدم من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر . قالوا : وما الجهاد الأكبر ؟ قال : مجاهدة العبد هواه
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan al-Khatib dari Jabir r.a.. Menurut Imam al-Baihaqi sendiri; isnadnya (yakni jalan periwayatannya) adalah dhaif. Imam as-Suyuti berkata; hadis ini adalah dhaif (lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 6107). Imam al-‘Iraqi juga menegaskan perkara yang sama dalam Takhrijnya ke atas Ihya’ Ulumiddin (karya Imam al-Ghazali) (lihat; Ihya’ Ulumiddin, jil. 3, kitab Riyadh an-Nafs). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis tersebut adalah munkar.[1] Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawanya menolak penamaan jihad menentang kuffar sebagai al-Jihad al-Asghar (jihad kecil), kerana –menurut beliau- jihad menentang kuffar adalah di antara amalan-amalan paling besar (dalam Islam). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar; hadis tersebut masyhur pada lidah-lidah (yakni selalu disebut oleh orang ramai), namun yang sebenarnya ia adalah ungkapan Ibrahim bin Ablah, bukan ucapan Nabi s.a.w.. (lihat; as-Silsilah ad-Dha’ifah, Syeikh al-Albani, hadis no. 2460).
Wallahu a’lam.
Nota Kaki;
[1] Hadis munkar ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang dhaif berlawanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang tsiqah.
Wanita adalah sumber mata air terpenting yang mengalirkan ketenangan, kebahagian, dan Kelembutan, diciptakan dengan keindahan dan tampil sebagai makhluk terindah
Senin, 01 September 2008
PENGERTIAN TADARUS AL-QURAN
Soalan; Ustaz, ada pendapat megatakan jika kita Tadarrus Al-Quran secara Berjamaah/Berkumpulan dgn kaedah "Seorang Baca Sebahagian, Semua Dapat Pahala". Contohnya: Ahli Jemaah ada 30 org. Setiap ahli baca 1 Juzuk. Maka setiap Ahli Jemaah dapat Pahala Spt. Membaca Keseluruhan Al-Quran. Pada waktu yg sama menjimatkan masa dan ada kemungkinan boleh khatam Al-Quran setiap hari. Harap Ustaz dapat menjelaskan perihal ini.
Jawapan;
Membaca al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)[1]
Menurut ulamak; maksud tadarus ialah saling mempelajari al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, di sambung pula oleh orang lain. Berkata Imam al-Minawi; maksud “membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka” ialah mereka saling mengikuti bacaan sesama mereka, kerap mempelajarinya dan berusaha menjaga/menghafalnya sesama mereka kerana takut lupa” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7776).
Dari sudut pahala, apabila kita membaca dan mempelajari al-Quran secara bersama –yakni seorang membaca dan yang lain mendengar-, semua yang terlibat akan mendapat pahala. Yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar. Ini sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Orang yang mahir membaca al-Quran dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/berbuat kebajikan. Manakala seorang yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan ketika membacanya, maka dia akan memperolehi dua ganjaran” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.).[2]
Yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah). Firman Allah (bermaksud); “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf, ayat 204). Sabda Nabi s.a.w.; (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)[3]
Adapun kaedah yang saudara sebutkan di atas iaitu setiap orang membaca bahagiannya tanpa didengar dan diperhati orang lain, maka itu –pada pandangan saya- tidaklah dapat dinamakan tadarus kerana tadarus membabitkan dua pihak iaitu pihak yang membaca dan pihak yang mendengar serta menyemak. Setiap orang yang membaca dalam kumpulan itu -Insya Allah- ia akan mendapat pahala dari tilawahnya. Namun adakah ia turut akan mendapat pahala dari bacaan kawan-kawannya yang lain (tanpa ia mendengar dan menyemak bacaan mereka), maka itu memerlukan penegasan dari nas yang lain. Jika ada nas, dapatlah kita mengiyakannya. Namun jika tanpa nas, tidak ada hak untuk kita mereka-reka pahala tanpa sebarang kenyataan dari Allah dan RasulNya. Pada pandangan saya, biarlah kita mengekalkan kaedah tadarus yang disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadis di atas. Sekalipun kita tidak berkesempatan mengkhatam al-Quran –kerana mungkin kaedah tadarus itu memakan masa-, namun melalui kaedah itu kita dapat membaca dengan teliti, kesalahan kita ditegur dan kita juga akan mendapat segala kelebihan yang dijanjikan Nabi s.a.w. dalam hadis tersebut.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Raudhatul-Muttaqien (Syarah Riyadhus-Salihin), Syeikh Abdul-Qadier Irfan, 1/293.
2. Faidhul-Qadier (Syarah al-Jami’ as-Saghier), Imam al-Minawi, hadis no. 7776.
Nota Kaki;
[1] Al-Jami’ As-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 7776 (Soheh).
[2] Al-Jami’ as-Soghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 9165 (Soheh)
[3] Al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, hadis no. 8425 (Dhaif).

MERASA MAKANAN DAN NIAT PUASA BAGI QADHA’
Soalan; saya ada dua soalan;
1. Bolehkah tukang masak merasai masakan sama ada masin atau tidak ketika sedang puasa?
2 ) Seorang wanita berniat berpuasa ramadhan selama sebulan, tapi pada 15 ramdhan dia telah keluar haid selama 1 minggu. Perlukah dia berniat lagi jika mahu melakukan puasa ganti tersebut atau berpuasa tanpa mlafazkan niat lagi?
Jawapan;
1. Merasa makanan tidaklah membatalkan puasa tetapi hukumnya makruh kecuali jika ada keperluan seperti tukang masak, membeli makanan untuk berbuka atau sebagainya (maka hukumnya adalah harus tanpa makruh). Namun setelah dirasa hendaklah diluahkan kerana jika tertelan masuk ke dalam kerongkong bersama air liur akan batallah puasa.
2. Hari-hari puasa (di bulan Ramadhan) adalah kewajipan berasingan antara satu sama lain. Kerana itu wajib diniatkan secara berasingan pada setiap malam (sebelum terbit fajar atau masuk waktu subuh). Adapun keharusan berniat sebulan adalah sebagai langkah berjaga-jaga sahaja, yakni jika ditakdirkan terlupa berniat pada suatu malam, maka niat sebulan itu dapat menampungnya bagi mengelak puasa terbatal kerana terlupa niat. Adapun sengaja tidak berniat -dengan alasan telahpun berniat sebulan- maka perbuatan tersebut tidak diharuskan mengikut jumhur ulamak. Kewajipan berniat pada setiap malam bukan sahaja dituntut ke atas puasa Ramadhan, tetapi juga ke atas semua puasa yang wajib iaitu puasa Qadha' (ganti), puasa nazar dan puasa kaffarah (sama ada kaffarah bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, kaffarah sumpah dan kaffarah zihar).
Sila baca info tentang puasa dalam Laman Fiqh Anda; (http://fiqh-am.blogspot.com/)
Wallahu a'lam.

BILA GUGURNYA KEWAJIPAN SOLAT?
Soalan; ust tolong jwb permasalahan ini; pesakit sroke (angin ahmar) yang mati separuh tubuh, tidak dapat bergerak atau bangun, tidak dapat bercakap, boleh mendengar tetapi tidak boleh menjawab dan bercakap, adakah masih dikira berakal dan adakah gugur kewajipan solat ke atasnya?
Jawapan;
Kewajipan melakukan solat akan kekal selama seorang itu masih beraqal, yakni akalnya masih sedar dan dapat memahami niat dan perbuatan-perbuatan solat (cuma pergerakan fizikalnya sahaja yang terhad). Orang sakit diberi rukhsah untuk mengerjakan solat sambil duduk atau sambil berbaring dan melentang atau hanya dengan isyarat (kepala atau mata), iaitu mengikut kadar yang termampu olehnya. Jika akal tidak lagi sedar, maka ketika itu barulah gugur kewajipan solat. Berkata Imam Ibnu Qudamah; “Jika seseorang tidak lagi mampu memberi isyarat dengan kepala, hendaklah ia (solat) dengan isyarat mata sambil ia meniatkan (perbuatan solat) dengan hatinya. Tidak gugur kewajipan solat darinya selagi akalnya sabit (masih ada)” (al-Mughni, 2/97).
Ada pandangan yang diriwayatkan dari Imam Abu Hanifah dan dari Imam Ahmad menyebutkan; jika seseorang tidak lagi mampu melakukan sebarang pergerakan termasuk memberi isyarat dengan kepala, gugur kewajipan solat darinya, berdalilkan apa yang diceritakan dari seorang sahabat bernama Abu Sa’id al-Khudri r.a. di mana ketika beliau sakit tenat, dikatakan kepadanya; “Solat?”. Ia menjawab; “Telah memadai solatku sebelum ini. Sesungguhnya amal (ibadah) hanya (dituntut) pada ketika sihat sahaja”. Namun, para ulamak menjawab; tidak masuk akal cerita sebegitu terbit dari Abu Sa’id al-Khudri yang merupakan seorang sahabat yang mengetahui kedudukan solat sebagai penghubung antara seorang hamba dengan Tuhannya dan ia tentunya menyedari betapa perlunya seorang hamba mengekalkan hubungan itu hingga ke saat terakhir umurnya. Mungkin cerita sebenarnya ialah beliau diajak untuk mengerjakan solat berjamaah, lalu ia memberi jawapan seperti itu. Itupun jika kesahihan cerita itu dapat dipastikan.
Kesimpulannya, selagi seseorang itu sedar akalnya wajiblah ia mengerjakan solat mengikut yang termampu ia lakukan hinggalah kepada memberi isyarat dengan kepala. Adapun jika isyarat dengan kepala juga tidak mampu, maka segelintir ulamak (yakni pandangan yang diriwayatkan dari Imam Abu Hanifah dan Ahmad tadi) berpandangan; gugur solat darinya. Namun jumhur ulamak berpendapat; masih tidak gugur kewajipan solat darinya selagi akalnya masih sedar di mana ia hendaklah melakukan solat dengan isyarat mata atau hati. Apabila akalnya tidak lagi sedar, barulah ketika itu gugur kewajipan solat.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Mugni, Imam Ibnu Qudamah, 2/97.
2. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 321.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/350.