Soalan; ust tolong jwb permasalahan ttg:
-tarawih secara individu di rumah dan berjemaah berdasarkan amalan Rasulullah dan pandangan para fuqaha
-amalan berselawat ke atas baginda dan ke atas khulafak rasyidin antara rakaat2 tarawih
-bilangan rakaat tarawih berdasarkan pandangan para fuqaha
Jawapan;
Mengenai bilangan rakaat solat terawih dan yang berkaitan dengannya termasuk menunaikannya secara berjamaah atau bersendirian di rumah telah saya huraikan dalam blog Laman Fiqh Anda, sila ruruk; (http://fiqh-am.blogspot.com/).
Adapun mengenai amalan berselawat selepas setiap dua rakaat, secara khusus amalan itu tidaklah pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan juga para sahabat sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulamak. Namun, amalan berselawat itu sendiri terdapat banyak hadis menggalakkannya secara umum tanpa menghadkan masa dan tempat. Di antaranya hadis yang masyhur (bermaksud); “Sesiapa berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali”. Oleh itu, sebahagian ulamak tidak melarang amalan berselawat selepas solat Terawih tersebut kerana ada sandarannya di dalam nas sekalipun ianya bid’ah (baru) dari sudut hai-ah atau kaifiyatnya. Ia termasuk dalam kategori Bid’ah Idhafiyah. Namun, ulamak-ulamak yang amat menekankan keaslian amalan –iaitu ulamak-ulamak aliran Salafiyah, antaranya Imam Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim dan sebagainya- mereka menentang sebarang bentuk Bid’ah (perkara baru) dalam agama termasuk dalam hal kaifiyat dan hai-ah. Sila baca huraian tentang bid’ah dalam blog Koleksi al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/menangani-masalah-khilafiyah-dan-bidah.html).
Wallahu a’lam.
Wanita adalah sumber mata air terpenting yang mengalirkan ketenangan, kebahagian, dan Kelembutan, diciptakan dengan keindahan dan tampil sebagai makhluk terindah
Rabu, 03 September 2008
MANDI DI BULAN RAMADHAN
Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya apa hukumnya jika seseorang itu mandi sebelum waktu berbuka iaitu kira-kira setengah jam sebelum berbuka untuk memudahkannya untuk menunaikan ibadah jemaah maghrib di surau akibat kekotoran setelah bersukan? harap Ustaz dapat jelaskan.
Jawapan;
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim). Kesimpulannya, mandi pada bila-bila masapun hukumnya harus bagi orang berpuasa berdalilkan hadis di atas kerana tujuan mandi tidak lari dari apa yang dilakukan Nabi s.a.w. tersebut. Namun hendaklah ketika mandi itu jangan berlebihan hingga air masuk ke kerongkong (terutamanya orang yang mandi dengan berendam/berenang) atau air masuk ke dalam corong telinga (yang mengikut sebahagian ulamak akan membatalkan puasa).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/78.
2. al-Wajib Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Kitab al-‘Aziz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 204.
3. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hassan Ayyub, hlm. 435.