Selasa, 06 Juli 2010

BAHAGIAN CUCU YANG KEMATIAN AYAHNYA

Soalan; terima kasih ustaz atas jawapan tersebut. Saya juga ingin tahu sekiranya ayah si mati (anak) turut meninggal, cuma ada isteri, anak dan ibu sahaja yang tinggal. Jadi adakah hak peninggalan arwah ayah (atuk) layak diberikan kepada cucunya walaupun ayahnya telah meninggal?

Jawapan;

Apabila si mati mempunyai anak dan cucu, cucu akan dihadang oleh anak si mati dari mendapat harta pusaka sama ada anak si mati itu merupakan bapa kepada cucunya atau bapa-bapa saudaranya. Bagi masalah tuan, pecahan pusaka adalah seperti berikut;

1. Ibu ; 1/6
2. Isteri; 1/8
3. Anak; Baki
4. Cucu; Dihadang oleh bapa

Apa yang kita kemukakan di atas adalah pandangan jumhur ulamak. Ada pandangan dari ulamak berpendapat; diberikan kepada cucu yang kematian bapanya itu bahagian bapanya dengan syarat tidak lebih dari 1/3 harta pusaka. Jika bahagian bapanya melebihi dari 1/3 harta peninggalan, hendaklah diberikan setakat 1/3 sahaja. Pemberian itu bukan atas nama perwarisan tetapi atas nama wasiat yang wajib (al-wasiyah al-wajibah). Pandangan kedua ini dipakai dan dilaksanakan oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah di Dunia Arab hari ini antaranya Mesir, Syiria dan sebagainya.

Wallahu a'lam.

Doa Bangun Tidur

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَاناَ بَعْـدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

Segala puji bagi Allah Yang membangunkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan”.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ. لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ رَبِّ اغْفِرْ ليِ.

Tiada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Ya Tuhanku, ampunilah dosaku 

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي فِي جَسَدِيْ وَرَدَّ عَلَيَّ رُوْحِيْ وَأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ

Segala puji bagi Allah Yang telah memberikan kesehatan kepada-ku, mengembalikan ruh dan merestuiku untuk berdzikir kepada-Nya”.