Soalan; Assalamulaikum. Bagaimana untuk mempastikan seseorang perempuan itu telah betul-betul suci dari haidnya. Berapa lama masa yang perlu ditunggu dari darah haid yang terakhir. Sekian terima kasih.
Jawapan;
1. Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari, hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).
2. Jika tempoh haid telah genap 15 hari, hendaklah terus mandi kerana tempoh haid paling lama ialah 15 hari. Maka yang datang selepas hari ke 15 itu dari segi Syarak ia bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.
3. Berapa lama perlu ditunggu? Persoalan ini tidak berbangkit kerana yang menjadi ukuran ialah hasil dari pemeriksaan faraj. Apabila seorang wanita merasakan haidnya telah habis, ia hendaklah memeriksa farajnya. Jika tidak ada lagi tanda-tanda haid (yakni tidak kelihatan sebarang tanda darah atau yang kelihatan hanya cairan putih sebagaimana dinyatakan tadi), ia boleh terus mandi. Jika masih ada tanda-tanda haid, ia hendaklah terus menunggu. Kecualilah jika didapati tempoh telah melebihi 15 hari, maka tidak perlu lagi ia menunggu, akan tetapi hendaklah terus mandi sekalipun masih ada kesan/tanda darah.
4. Bagaimana jika selepas mandi di dapati kesan darah masih ada atau darah keluar semula? Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan "Tidak dikira sangkaan yang ternyata salah". Dalam kes ini jika seorang wanita melihat semula kesan darah pada farajnya selepas mandi atau darah keluar semula selepas mandi, kesan darah itu menunjukkan bahawa sangkaannya bahawa darah haidnya telah habis telah ternyata salah. Maka mandi wajibnya tidak dikira. Ia hendaklah menunggu semula hingga darah benar-benar habis, barulah mandi semula. Ini dengan syarat darah yang dilihat semula itu masih dalam lingkungan 15 hari (dari mula kedatangan haid). Jika ia dilihat di luar dari lingkungan 15 hari (seperti dilihat pada hari ke 16 atau ke 17), ia tidaklah menjejaskan mandi kerana yang keluar itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah.
Wallahu a'lam.
Wanita adalah sumber mata air terpenting yang mengalirkan ketenangan, kebahagian, dan Kelembutan, diciptakan dengan keindahan dan tampil sebagai makhluk terindah
Sabtu, 12 Februari 2011
HUKUM BUTIK YANG MENJUAL PAKAIN MENDEDAH AURAT
Soalan; A'kum.. Saya yang msih perlukan tunjuk ajar... kepada yang berkaitan, saya ingin menujukan soalan berkaitan pendapatan iaitu :-
1. Apakah hukum pendapatan prniagaan butik atau upah jahit pakaian perempuan yang adekalanye mendedahkan aurat.
2. Adakah terdapat cara-cara membersihkan pendapatan yang kurang berkat? Jika kalau ade, mohon untuk menyatakannye.
Sekian, A'kum.
Jawapan;
1. Pekerjaan menjual pakaian dan mengambil upah menjahit pakaian adalah pekerjaan yang harus pada asasnya dan pendapatan yang diperolehi darinya adalah halal. Namun menjual atau menjahit pakaian yang mendedah aurat merupakan suatu dosa kerana membantu orang lain melakukan perkara yang dilarang Allah (iaitu mendedahkan aurat). Di dalam al-Quran, Allah melarang kita membantu perkara dosa di mana Ia berfirman; "Saling bertolonganlah kamu dalam melakukan kebaikan dan takwa dan janganlah kamu saling bertolongan dalam melakukan perkara dosa dan permusuhan" (al-Quran). Jika keseluruhan atau sebahagian besar pakaian di dalam kedai adalah yang mendedah aurat, haramlah keseluruhan pendapatan yang diperolehi kerana ia adalah tukaran kepada barang yang diharamkan Allah (yakni harga bagi produk yang dilarang agama). Namun jika sedikit sahaja terdapat pakaian yang mendedahkan aurat, pendapatan dari kedai itu tidaklah keseluruhannya haram, namun kewujudan pakaian yang mendedahkan aurat itu menyebabkan pendapatan itu menjadi syubhah kerana bercampur dengan yang haram. Bahagian yang haram itu hendaklah dibersihkan dengan disedekah kepada fakir miskin atau kepada kemaslahatan umum kaum muslimin. Namun seorang muslim tidak boleh berterusan membiarkan diri berada dalam dosa dan bergelumang dengan yang haram. Oleh demikian, ia hendaklah berhenti segera dari menjual pakaian yang mendedahkan aurat itu, bertaubat kepada Allah dan berpada dengan yang halal dalam mencari rezki Allah.
2. Jika kita mengetahui dalam pendapatan kita selama ini bercampur dengan yang haram (yakni terdapat sebahagian darinya datang dari sumber yang haram), wajiblah kita membersihkan bahagian yang haram itu dengan kita menolaknya dari pendapatan kita (atau mengeluarkannnya dari akaun kita) dan diberikan kepada salah satu dari pihak berikut;
a) Fakir dan miskin
b) Kemaslahatan umum kaum muslimin; seperti sekolah, masjid, rumah-rumah kebajikan, pembinaan tempat-tempat awam dan sebagainya yang berkait dengan kegunaan umum kaum muslimin.
Tidak harus wang/harta haram dibelanjakan untuk kegunaan peribadi kita atau orang-orang yang mempunyai hubungan khusus dengan kita (kaum keluarga dan sebagainya) kerana wang/harta haram itu bukanlah milik kita, maka wajiblah kita pulangkan kepada Allah dengan memberinya kepada fakir/miskin atau kaum muslimin agar kita bebas dari tanggungan harta haram itu di akhirat nanti.