Jumat, 18 Februari 2011

NAZAR ENGGAN BERKAHWIN SELAGI TIDAK KHATAM QURAN

Soalan;nsaya ingin bertanyakan soalan kepada ustaz...soalannya: kawan saya dah bernazar bahawa selagi die tidak khatam Al-Quran die tidak akan berkahwin...masalahnya die tidak habis lagi khatam Al-Quran dan ingin berkahwin dalam masa terdekat ini.....apakah hukumnya.....boleh jelaskan...

Jawapan;

Nazar kawan saudara itu adalah tergolong dalam nazar al-Mubah iaitu nazar dalam perkara yang harus iaitu tidak berkahwin. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie); nazar dalam perkara yang harus tidak dituntut melaksanakannya dan tidak dikenakan sebarang denda/kaffarah. Nazar yang sah -menurut jumhur ulamak- dan dituntut oleh Syarak agar ditunaikan ialah nazar untuk melakukan suatu ketaatan seperti nazar untuk berpuasa sunat, solat sunat dan sebagainya. 

Namun mazhab Hanbali berpandangan berbeza dengan pandangan jumhur di mana menurutnya; seorang yang bernazar dalam perkara yang harus, ia hendaklah memilih antara dua iaitu sama ada mengotakan nazarnya atau membayar kaffarah sumpah (dengan melanggar nazarnya itu). Dalam kes di atas, jika merujuk kepada pandangan kedua ini; kawan saudara boleh memilih antara menunaikan nazarnya (iaitu tidak berkahwin selagi belum khatam al-Quran) atau melanggarnya dengan membayar kaffarah sumpah. Kaffarah sumpah ialah dengan memilih salah satu dari tiga perkara;
a) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau;
b) Memberi pakaian untuk mereka, atau;
c) Membebaskan seorang hamba.
Jika tidak berupaya melakukan satupun darinya, hendaklah berpuasa tiga hari. Tidak boleh berpindah kepada puasa melainkan jika tidak mampu memilih salah satu dari tiga di atas. (Sila rujuk surah al-Maidah, ayat 89).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Kitab al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-arba'ah, 2/128.
2. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Az-Zuhaili, 1/510.
3. Fatwa (islamweb.com), no. 59368.

HAJI DAN UMRAH DENGAN DUIT PINJAMAN

Soalan; Ustaz, Saya ingin bertanya mengenai hukum mengerjakan haji dan umrah di bawah pakej pinjaman islamik yang ditawarkan. Tetapi dari segi tanggungan sedia ada tidak terganggu cuma ingin menunaikan haji/umrah dengan lebih segera. Jika ingin dikumpulkan wang mungkin mengambil masa. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk mengerjakan haji atau umrah. Orang yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan haji dan umrah menunjukkan bahawa ia belum mampu. Ibadah haji tidak wajib melainkan apabila seseorang itu telah mampu. Ini berdasarkan firman Allah (bermaksud); "Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah ialah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana" (Ali Imran, ayat 97). Kemampuan termasuklah dari segi kewangan merangkumi kos pengangkutan ke Tanah Suci, perbelanjaan diri sendiri di sepanjang perjalanan haji dan perbelanjaan orang-orang yang wajib dinafkahinya selama tempoh ia mengerjakan haji.

2. Walaupun tidak dituntut berhutang, namun jika seseorang itu meminjam/berhutang untuk mengerjakan haji/umrah, para ulamak menegaskan; hukumnya adalah harus (yakni tidak haram dan tidak juga makruh, walaupun yang terbaik ialah tidak meminjam) dan haji/umrahnya sah (jika memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan) serta gugur kewajipan haji/umrah darinya. Hendaklah dipastikan pinjaman itu bukan pinjaman yang berteraskan riba. Jika tidak, si pemimjam telah melakukan dosa besar dan mengurangkan pahala haji/umrahnya.

3. Apa yang terbaik ialah dengan kita menghimpun wang dari masa ke semasa dan apabila wang yang dikumpul mencukupi barulah kita menunaikan haji. Cara ini dapat mengelakkan kita dari menanggung hutang di mana berhutang di dalam Islam sekalipun diharuskan tetapi tidak digalakkan.

Rujukan;

1. Fatwa Dar al-Ifta' Mesir (www.dar-alifta.org), no. 1333.
2. Fatwa (islamweb.com), no. 13608, 7090, 12865, 58684.

Berebut Warisan | Cerita Pendek

Kisah berikut ini diharapkan akan membuka mata kita tentang betapa mudahnya manusia dimanipulasi oleh konsep psikologi dan permainan otak sendiri.

Ceritanya...
Oh tidaak...pokoknya tidaak...
Serua anak pertama yang menduduki kepala bagian pada suatu perusahaan dimana perusahaan tersebut yang tadinya dipimpin oleh ayah mereka.

Tidaaak...
Semuanya penipu...
Teriak anak kedua yang juga ambil bagian dalam perusahaan itu.

Curaang...
Semua yang ada disini curang dan tidak berperikemanusiaan...
Sahut anak ketiga yang juga masih punya andil dalam perusahaan keluarga tersebut.

Dan ketika itu seorang penasehat perusahaan yang sudah cukup lama bekerja pada perusahaan yang ayah pimpin mencoba menjadi penengah karena perdebatan ini, tepatnya mengenai sebuah warisan yang ayah mereka titipkan dalam sebuah surat wasiat.

Berlanjut...