Soalan; Salam..Ust saya nak tanya, jika seorang perempuan didatangi haid seminggu, kemudian seminggu berhenti dan selepas itu datang lagi seminggu, adakah itu adalah darah penyakit? Boleh ust terangkan bagaimana keadaannya dikira sebagai darah penyakit? Dan seperti yg sy tahu, jika darah penyakit, seseorang itu dikehendaki menunaikan solat fardu seperti biasa tetapi bolehkah seseorang itu memegang @ membaca al-quran, membuat solat sunat dan bolehkah seseorang itu bersama dgn suami? Harap ust dpt jawab kemusykilan saya ini. Terima kasih.
Jawapan;
1. Menurut mazhab Syafiie; tempoh suci di antara satu haid dengan satu haid yang lain tidak boleh kurang dari 15 hari. Oleh itu, jika seseorang wanita baru habis haid kemudian belum genap 15 hari dari tanggal habis haid tadi muncul semula darah, maka darah itu tidak dianggap darah haid, akan tetapi darah istihadhah. Darah haid adalah darah tabiie (normal) bagi wanita, adapun darah istihadhah bukan darah tabiie, tetapi muncul kerana suatu masalah atau penyakit yang dihadapi oleh seorang wanita. Darah haid tidak perlu diubati kerana ia bukan penyakit, adapun darah istihadhah perlu diubati kerana ia adalah penyakit.
2. Wanita yang menghadapi masalah darah istihadhah ia mesti beribadah seperti biasa, yakni ia wajib mengerjakan solat fardhu seperti biasa dan wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Begitu juga harus ia melakukan solat-solat sunat dan puasa sunat. Ia juga harus membaca al-Quran, begitu juga harus memegangnya setelah bersuci dan mengambil wudhuk sebagaimana yang ditetapkan. Namun oleh kerana wanita yang istihadhah terpaksa mengambil wudhuk pada ketika darah sedang keluar dari farajnya, maka kaedah bersucinya ada sedikit berbeza dengan orang lain yang tidak menghadapi masalah tersebut. Sila baca kaedah bersuci wanita istihadhah dalam blog saya (klik).
3. Mengenai bersama suami ketika istihadhah (berjimak); menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie) ia diharuskan kerana tidak ada nas melarangnya. Namun dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. Jika mendatangkan mudarat, dilarang dengan kerana mudarat tersebut, bukan kerana kewujudan darah istihadhah itu.
Untuk membaca huraian lebih terperinci tentang Darah Istihadhah, sila masuk ke blog (http://fiqh-am.blogspot.com/) dan lihat tajuk Darah-Darah Wanita.
Wallahu a'lam.
Wanita adalah sumber mata air terpenting yang mengalirkan ketenangan, kebahagian, dan Kelembutan, diciptakan dengan keindahan dan tampil sebagai makhluk terindah
Selasa, 15 Maret 2011
SEPUPU IBU; ADAKAH BOLEH DIKAHWINI?
Soalan; ust , sy nak tanya . apa hukum mngahwini sepupu ibu sndiri ??
Jawapan;
Sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa, semuanya bukan mahram. Oleh itu, harus dikahwini.
Bagi seorang lelaki, wanita-wanita yang menjadi mahramnya ialah;
1. Ibunya
2. Neneknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak perempuannya
4. Cucu perempuannya
5. Kakak atau adik perempuannya.
6. Anak saudara perempuannya (yakni anak perempuan kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Ibu saudaranya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
8. Ibu mertua
9. Anak tiri perempuan
10. Menantu perempuan
11. Ibu tiri
Bagi seorang wanita pula, lelaki-lelaki yang menjadi mahramnya ialah;
1. Bapanya
2. Datuknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak lelakinya
4. Cucu lelakinya
5. Abang atau adik lelakinya
6. Anak saudara lelakinya (yakni anak lelaki kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Bapa saudaranya (sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu)
8. Bapa mertua
9. Anak tiri lelaki
10. Menantu lelaki
11. Bapa tiri
Dari senarai di atas, sepupu-sepupu (sama sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa) tidak termasuk dalam senarai kerana mereka bukan mahram. Maksud mahram (khususnya mahram muabbad) ialah orang-orang yang haram dikahwini buat selamanya. Dengan mereka harus kita bersalaman, berduaan (jika aman dari fitnah), membuka aurat yang diharuskan sesama mahram (seperti tidak wajib bertudung) dan menemani mereka atau ditemani ketika safar (perjalanan jauh). Semua ini tidak harus ketika bersama sepupu kerana ia bukan mahram dan harus dikahwini.
(*Mahram-mahram di atas tidak termasuk kerana susuan. Ia ada diterangkan dalam jawapan sebelum ini. Pembaca yang ingin membacanya sila taip "susuan" di ruang carian).