Seribu satu cara setan menggoda umat Islam, baik dengan menampakkan dirinya maupun dengan sesuatu yang menyilaukan mata manusia. Hal ini dilakukan setan saat menggoda ahli shalat tahajud agar menghentikan kebiasaannya.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahwa Amir bin Abdi Qais senantiasa shalat tahajud di malam hari dan berpuasa pada siang harinya.
Melihat ahli ibadah itu begitu khusyuk shalat tahajud, Iblis berinisiatif mengganggunya. Ia tidak rela jika Amir istiqamah dalam menjalankan shalat tahajud itu.
Maka pada suatu malam ketika Amir tengah melakukan tahajud, Iblis datang mengganggu dengan menjelma menjadi seekor ular, dan ular itu berada di tempat sujud Amir.
Alqamah bin Mursyid berkata bahwa ia melihat ular masuk lewat gamis bagian bawah Amir ketika Amir shalat tahajud lalu keluar melalui lengan bajunya. Namun Alqamah merasa heran karena seolah Amir merasa tak terganggu sedikitpun atas keberadaan ular itu.
Ular Jelmaan.
Keesokan harinya, Alqamah bertanya kepada Amir perihal ular yang dilihatnya semalam.
"Mengapa tidak engkau singkirkan ular itu?" tanyanya.
"Demi Allah, aku benar-benar malu di hadapan Allah SWT dan demi Allah aku tidak melihat ular itu ketika ia masuk maupun keluar," jawab Amir.
Lalu seseorang mengomentari kekhusyukannya dalam shalat tahajud, dan ia berkata bahwa dengan kekhusyukan itu maka Amir dapat menggapai surga dengan mudah. Namun Amir tidak mau menerima pujian itu.
Seseorang yang lain berkata bahwa suatu saat Amir sakit dan menagis.
"Apa yang membuat kamu menangis, padahal kamu sudah seperti itu (ahli ibadah)?" kata orang tersebut.
"Siapakah yang lebih berhak menangis selain aku? Padahal aku tahu perjalananku sangat jauh sementara bekal yang aku bawa sangat sedikit? Aku berada dalam perjalanan penuh pendakian dan jalan menurun, apakah perjalananku ini menuju surga atau neraka, sama sekali aku tidak tahu kemanakah tempat kembaliku kelak," jawabnya.
Kisah Iblis yang menjelma menjadi seekor ular ini terdapat dalam kitab Al-Hilyah.
Wanita adalah sumber mata air terpenting yang mengalirkan ketenangan, kebahagian, dan Kelembutan, diciptakan dengan keindahan dan tampil sebagai makhluk terindah
Rabu, 15 Juni 2011
HUKUM SEWA ATAS SEWA
Soalan; assalamualaikum ustaz...apakah hukum sewa atas penyewa?
Jawapan;
Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab empat); diharuskan orang yang menyewa barang/premis untuk menyewakannya semula kepada orang lain selama dalam tempoh sewaan yang diakadkan dengan pemilik barang/premis. Sama ada bayaran sewaan yang dikenakan sama dengan bayaran sewaan yang dibayar kepada pemilik atau lebih tinggi atau lebih rendah hukumnya adalah harus. Ini kerana akad sewaan adalah sama seperti akad jual-beli iaitu akad pertukaran. Jika akad jual beli menukarkan antara harta (yang berupa wang) dengan harta (yang berupa barang/produk), akad sewaan pula menukar harta (iaitu bayaran sewaan) dengan manfaat (iaitu kegunaan barang yang disewa). Apabila sempurna akad sewaan, manfaat barang/premis yang disewa telah menjadi milik orang yang menyewa, maka ia harus menggunanya sendiri atau menghadiahnya kepada orang lain atau menjual manfaat itu (dengan pengertian menyewanya kepada orang lain). Ia sama seperti apabila sempurna akad jual-beli, pembeli bebas menggunakan barang/produk yang dibelinya mengikut yang disukainya kerana barang/produk itu telah menjadi miliknya.
Namun keharusan menyewa semula itu terikat dengan syarat berikut;
1. Barang/premis yang terbabit itu tidak terkesan dengan sebab bertukar tangan penyewa seperti menyebabkan kerosakan atau sebagainya.
2. Penggunaan penyewa kedua ke atas barang/premis sama seperti yang diakadkan antara penyewa pertama dengan pemilik atau penggunaan yang kurang risiko darinya, contohnya; jika penyewa pertama menyewanya untuk digunakan sebagai kediaman, tidak harus ia menyewanya kepada orang lain untuk dijadikan kilang atau seumpamanya.
2. Pemilik tidak mensyaratkan barang/premisnya tidak disewakan semula kepada orang lain.[1] Jika ia mensyaratkannya, tidak harus disewakan semula kerana sabda Nabi; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang dipersetujui sesama mereka selama menepati yang hak" (HR Imam al-Hakim dari Aisyah r.a. dan Anas. Menurut as-Suyuti; hadis ini soheh. Lihat: al-Jami' as-Saghier, hadis no. 9214).
Nota;
[1] Ini berdasarkan pandangan mazhab Maliki dan Hanbali di mana menurut mereka; harus pemilik barang/premis mensyaratkan barang/premis kepunyaannya hanya digunakan oleh penyewa sahaja atau mensyaratkan tidak boleh disewa kepada orang lain. Penyewa terikat dengan syarat tersebut dan jika ia melanggarinya terbatallah akad sewaan. Pandangan ini ditarjih oleh Imam Ibnu Taimiyyah. Namun mazhab Syafiie berpandangan; tidak harus meletakkan syarat tersebut dan jika diletakkan batallah akad sewaan. Mazhab Hanafi pula berpendapat; akad tidak terjejas, namun syarat yang diletakkan itu tidak terpakai (yakni sia-sia sahaja dan tidak mengikat penyewa).
Rujukan;
1. Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 1/267, 284, 270, 286-287 (perkataan "Ijarah").
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, Kitab al-Ijaraat (11/450).
3. Fatawa as-Syabakah al-Islamiyah, no. 118454, 103260.
4. Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid, no. 82568.