Kamis, 16 Juni 2011

Roh Mukmin Disambut Malaikat

Rasulullah SAW menuturkan bagaimana seseorang menuju pada akhir hayatnya dimana malaikat mulai mencabut naywa seseorang hingga mendampingi orang itu menuju alam barzah.

Rasulullah Muhammad SAW bersama Abul Laits sutu ketika pergi untuk mengantarkan jenazah seorang sahabat Ansar, namun secara tiba-tiba sesampainya di pemakaman, beliau menundukkan kepala.
"Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur," sabdanya 3 kali.


Apa yang dilakukan Rasulullah tersebut membuat Abul Laits penasaran, apa yang dimaksud dari ucapan serta perilaku Beliau. Hingga selesainya acara pemakaman, Abu Laits mengantarkan Beliau pulang, dan sesampainya di rumah Rasulullah, Abul Laits yang diselimuti rasa penasaran, bertanya,
"Wahai Rasulullah, apa maksud dari apa yang engkau ucapkan tadi?" tanya Abul Laits.

Rasulullah SAW menjelaskan bahwa orang mukmin yang akan meninggal dunia, akan turun malaikat berbaju putih-putih dengan wajah terang seterang matahari. Lalu datanglah malaikat maut duduk di dekat kepalanya seraya berkata,
"Wahai roh yang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhanya."
Rasulullah terdiam sejenak. Dan terdiamnya Rasulullah membuat Abul Laits tidak sabar dengan apa yang diceritakan oleh Beliau.
"Mudahkah roh itu keluar dari rganya, wahai Rasul?" tanya Abul Laits lagi.


Kembali Rasulullah SAW bercerita bahwa keluarnya sang roh mengalir bagaikan tetesan air dari mulut kendi (tempat air), langsung diterima oleh malaikat pembawa kain kafan dan dimasukkan dalam kafan. Saat dibawa, keluar semerbak harum bagaikan kasturi, minyak paling harum di bumi.

Kemudian rohnya di bawa menuju langit dan di setiap pintu langit sang roh disambut malaikat Muqarrabun hingga langit ke tujuh.
Allah SWT berfirman,
"Catatlah suratnya di Illiyin, kemudian kembalikan ia ke bumi."

Lalu Rasulullah menjelaskan, duduknya beliau ketika sampai di dekat liang lahat dikarenakan adanya malaikat yang mengantarkan roh Ansar kembali ke jiwanya.
Rasulullah menuturkan bahwa sekembalinya roh ke dalam kubur, dua malaikat akan mendatangi dan menanyai roh itu.

Bau Surga.
"Apa yang akan ditanya oleh sang malaikata, ya Rasul?" tanya Abul Laits penasaran.
"Malaikat itu bertanya siapa Tuhanmu? Roh itu menjawab Allah Tuhanku. Lalu ditanya lagi apa agamamu? Dengan lantang roh menjawab Islam. Ditanya lagi, bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan di tengah-tengah kamu? Dijawab, dia utusan Allah.
Sang malaikatbertanya lagi, Bagaimana kamu mengetahui itu? Dengan senyum penuh keindahan, roh menjawab, saya membaca kitab Allah dan mempercayainya serta membenarkannya," tutur Rasulullah dengan suaranya yang lembut.

Dan Rasulullah kembali menceritakan, setelah ditanya sang malaikat, maka akan terdengar suara ajaib.
"Benar hambaku, amka berikan padanya hamparan dari surga, pakaian surga dan bukakan padanya pintu menuju surga, sehingga ia mendapat bau surga dan hawa surga.
Lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata," jelas Rasulullah.

Setelah mendengar suara itu, lalu datanglah seseornag berwajah bagus dengan bau harum yang tak lain adalah amal baik roh itu.

CARA MELAKUKAN TAYAMMUM

Soalan; SALAM USTAZ, SAYA INGIN MENGAJU SATU PERSOALAN SEPERTI
BERIKUT:
1.KAMI BERMALAM SEMASA BERTUGAS DI PADANG PASIR YG SEJUK INI,
KEMUDIAN BERMIMPI KELUAR AIR MANI, UNTUK SOLAT SUBUH MEMERLUKAN MANDI
JUNUB ATAU SEBAGAINYA, KALAU DITEMPAT PDG PASIR YG TIADA AIR TAYAMUM
PUN DIBOLEHKAN, DAN BAGAIMANA CARA NYA TERANGKAN SATU PERSATU..
TERIMA KASIH ATAS KEPERHIHATINAN USTAZ.

Jawapan;

1. Yang dimaksudkan dengan tayammum ialah menyapukan debu ke muka dan dua tangan sebagaimana firman Allah (bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu yang bersih (صعيدا طيبا), iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu” (Surah al-Maidah, ayat 6).

2. Berdasarkan ayat di atas, anggota tayammum ada dua iaitu;
a) Muka
b) Dua tangan

Muka; tiada khilaf bahawa kawasan muka yang wajib disapukan debu ialah kawasan muka yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk. Adapun tangan, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;
a) Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie); kawasan tangan yang wajib disapui debu ialah dari hujung jari hingga ke siku (iaitu kawasan yang sama yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk).
b) Menurut mazhab Hanbali; kawasan tangan yang wajib disapui debu hanyalah hingga pergelangan tangan sahaja.

3. Mengenai jenis debu, terdapat khilaf sebagaimana berikut;
a) Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie dan Hanbali); hanya debu tanah sahaja harus digunakan untuk tayammum, tidak harus dengan pasir, batu atau sebagainya.
b) Menurut mazhab Maliki dan Hanafi; tidak khusus kepada debu tanah sahaja. Harus tayammum dengan segala yang ada di atas permukaan bumi; tidak hanya tanah, tetapi juga pasir, kapur, batu dan seumpamanya.

Dalam situasi saudara, jika sukar untuk mendapatkan debu tanah, harus saudara beramal dengan pandangan kedua iaitu bertayammum dengan pasir atau bahan lain yang ada di atas muka bumi.

4. Tayammum tidak harus dilakukan melainkan setelah masuk waktu solat. Jadi, hendaklah dipastikan telah masuk waktu solat barulah boleh melakukan tayammum. Satu tayammum hanya untuk satu waktu solat sahaja. Dengan tayammum tersebut harus dikerjakan solat fardhu, solat-solat sunat, membaca al-Quran dan tawaf sebanyak mana dikehendaki selagi belum habis waktu. Apabila masuk waktu baru, tayammum tadi otomatik terbatal dan wajib dilakukan semula tayammum untuk waktu yang baru jika masih belum menemui air.

4. Berpandukan fiqh mazhab Syafiie, cara melakukan tayammum ialah seperti berikut;

a) Langkah pertama; tentukan kawasan tanah yang hendak diambil debu darinya. Buatkan garis segi empat dan bahagikan kepada dua bahagian (atas dan bawah).

b) Langkah kedua; lekapkan dua tapak tangan ke bahagian atas kawasan tanah yang ditentukan tadi, kemudian nipiskan sedikit debu yang melekat di tangan (jika terlalu tebal) iaitu dengan menghembusnya, kemudian sapukan debu tersebut ke muka dengan meratakannya hingga meliputi seluruh kawasan muka yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk. Bagi yang berjanggut tidaklah diwajibkan menyampaikan debu ke kulit (di bawah janggut) kerana ia sukar dilakukan, maka memadai dengan menyapukan debu ke bahagian atas janggut sahaja. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 14/254).

c) Langkah ketiga; lekapkan dua tapak tangan ke bahagian bawahnya pula, lakukan seperti tadi, kemudian dengan debu yang ada di tapak tangan kiri sapukan ke seluruh tangan kanan iaitu dengan melurutnya dari hujung jari belakang tangan hingga ke siku dan dari siku ke pangkal tapak tangan. Elakkan dari menyentuh bahagian tapak tangan kanan untuk mengelak dari menyentuh debu di situ. Seterusnya dengan debu yang ada di tapak tangan kanan sapukan pula ke seluruh tangan kiri dengan melurutnya seperti tadi. Akhirnya geserkan antara dua tapak tangan dan silangkan antara jari-jari keduanya untuk menyampaikan debu ke celah-celah jari.

d) Akhirnya, bacalah doa sebagaimana yang disyariatkan selepas mengambil wudhuk.

Wallahu a’lam.