Jumat, 31 Agustus 2012

MASALAH MUNTAH/JELUAK BAYI

Soalan; Saya ada soalan ustaz, mengikut mazhab maliki, muntah yg sedikit adalah najis yang dimaafkan dan dibolehkan dibawa dlm sembahyang. Soalan saya, adakah boleh saya berpegang pada mazhab maliki dalam bab2 najis yg dimaafkan ini kerana amat merumitkan saya kerana saya mempunyai bayi kecil yg sering muntah / jeluak dan saya sentiasa terpaksa membersihkan muntah/jeluak tersebut walaupun sedikit. Sedikit dalam mazhab maliki adalah selebar titik hitam pada wang dirham. Apakah yg dimaksudkan itu ya ustaz? Mohon pencerahan dan terima kasih byk2 atas bantuan ustaz.

Jawapan;

Muntah adalah najis mengikut pandangan jumhur ulamak termasuk mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) kerana ia adalah makanan yang melalui proses pengubahan dalam perut, maka ia menyamai tahi. Kerana itu, pakaian yang terkena muntah, wajib dibasuh sebelum dipakai ketika solat. Namun, para ulamak menegaskan; najis dimaafkan jika kadarnya sedikit. Menurut mazhab Hanafi; kadar sedikit itu ialah yang kurang dari kadar saiz 1 dirham (iaitu kira-kira sebesar duit 5 sen). Ia dimaafkan, yakni tidak wajib membasuhnya sebelum memasuki solat. Khusus mengenai muntah anak kecil, Imam Najmuddin an-Nasafi (ulamak mazhab Hanafi) berkata dalam fatwanya; “Anak kecil yang menyusu, kemudian muntah mengenai pakaian ibunya, jika muntah itu memenuhi mulut, ia adalah najis. Maka jika kadarnya melebihi satu dirham, ditegah mengerjakan solat dengan memakai pakaian tersebut”. Dari fatwa ini kita dapat memahami bahawa, muntah anak kecil jika kadarnya sedikit (kurang dari saiz satu dirham), dimaafkan dan harus memakai pakaian yang dikenainya untuk mengerjakan solat.

Menurut mazhab Syafiie; ukuran banyak atau sedikit najis itu bergantung kepada pandangan ‘uruf (yakni pandangan menurut kebiasaan). Jika najis yang mengenai badan atau pakaian itu di dianggap sedikit oleh kebiasaan orang sekeliling yang melihatnya, ia dikira sedikit dan dimaafkan. Jika dianggap banyak, maka ia adalah banyak dan tidak dimaafkan. Menurut mazhab Hanbali; ukuran sedikit atau banyak itu kembali kepada pandangan hati sendiri. Jika hati merasai kotor dan menjijikkan kerana kadarnya telah melampaui had, maka ia dikira banyak. Jika hati tidak merasai begitu, ia masih dikira sedikit dan dimaafkan.

Menurut mazhab Syafiie juga; najis turut dimaafkan jika sukar dielakkan, walaupun najis itu banyak. Contohnya; darah pijat, kutu dan nyamuk, darah dari bisul, jerawat, luka, kudis, tempat bekam dan sebagainya. Khusus tentang muntah, ulamak mazhab Syafiie menegaskan; jika seseorang itu menghadapi kesukaran berdepan dengan muntahnya (kerana selalu muntah), dimaafkan muntah yang mengenai badan atau pakaiannya sekalipun muntah itu banyak. 

Menurut mazhab Maliki, muntah hanya dikira najis jika keluarnya dalam keadaan telah berubah dari rupa makanan (yakni ia tidak nampak lagi rupa makanan). Sekiranya yang keluar itu masih berupa makanan, ia tidaklah najis. Adapun di sisi mazhab-mazhab selain tadi; semua jenis muntah adalah najis asalkan ia keluar dari perut, sama ada yang keluar masih berupa makanan atau tidak lagi berupa makanan.

Segelintir ulamak (antaranya Imam as-Syaukani) berpandangan; muntah keseluruhannya tidaklah najis kerana tidak ada sebarang dalil yang menegaskannya sebagai najis, oleh itu ia kekal di atas hukum asalnya iaitu suci (kaedah Fiqh menegaskan; asal semua benda di atas muka bumi ini adalah suci selagi tidak terdapat nas yang soheh yang menyatakan kenajisannya).

Kesimpulannya, muntah (termasuk muntah bayi) adalah najis menurut jumhur ulamak. Namun ia dimaafkan jika kadarnya sedikit dan sukar dielakkan. Merujuk kepada soalan; jeluak bayi yang mengenai pakaian ibu dimaafkan selama ia sedikit. Adapun jika telah banyak, ia tidak dimaafkan, maka wajiblah dibasuh pakaian tersebut sebelum mengerjakan solat. Namun jika ibu mengalami kesukaran hendak membasuhnya setiap kali hendak solat (seperti anak terlalu kerap jeluak), dimaafkan kerana kaedah fiqh ada menyebutkan; al-masyaqqah tajlibu at-taysir (keadaan kepayahan mengizinkan untuk mengambil kemudahan).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.      Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/85.
2.      Mughni al-Muhtaj, 1/112, 267-268.
3.      Al-Mughni (Imam Ibnu Qudamah), 2/54.
4.      Kifayat al-Akhyar, hlm. 92.
5.      Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Muyassarah, Husain bin ‘Audah al-‘Awayisah, 1/59.

Kamis, 30 Agustus 2012

HUKUM WANGIAN (PERFUME) BERALKOHOL

Soalan; Assalamualaikum...Ustaz ana nak tanya berkaitan Apakah hukum mengguna perfume beralkhohol...?

Jawapan;

Alkohol ada yang datang dari arak dan ada yang bukan. Setiap arak mengandungi alkohol, namun tidak semua alkohol itu adalah arak. Oleh demikian, alkohol yang terdapat di dalam wangian (perfume); jika ia bukan datang dari arak atau dari proses pembuatan arak, ia tidak najis dan harus dipakai termasuk ketika solat. Jika ia datang dari arak, hukumnya adalah najis mengikut hukum arak itu sendiri di mana arak adalah najis menurut jumhur ulamak(1). Syeikh Dr. 'Ali Jumaah Muhammad menegaskan di dalam fatwanya; "Alkohol yang digunakan sebagai bahan dalam perfume, jika ia dari jenis alkohol ethanol, ia adalah arak dan penggunaannya dalam perfume menyebabkan perfume itu menjadi najis dan tidak harus digunakan mengikut Syariat berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang berpandangan arak adalah najis)".

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh 'Atiyah Saqar (Himpunan Fatwa Dar al-Ifta', Mesir, 8/413)
2. Fatwa Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah Muhammad (www.dar-alifta.org)
3. Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan (www.e-fatwa.gov.my).

Nota;

(1) Menurut jumhur ulamak termasuk imam-imam mazhab empat; arak adalah najis kerana Allah mengharamkan memakannya kerana zatnya, maka ia adalah najis sama seperti daging babi, bangkai dan sebagainya lagi yang haram dimakan. Selain itu, mereka juga berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah rijs (kotor/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (al-Maidah; 90)

Segelintir ulamak -iaitu Imam ar-Rabi’ah (guru Imam Malik), al-Laith bin Sa’ad, Imam al-Muzani (tokoh ulamak dalam mazhab Syafiie), Daud az-Zahiri, as-Syaukani, Imam as-Son’ani, Rasyid Redha- berpandangan; arak tidak najis kerana tidak ada dalil dari Syarak yang menegaskan kenajisannya. Walaupun ia haram diminum, namun tidak semua benda yang haram dimakan atau diminum secara otomatik dapat dihukum sebagai najis. Setiap najis adalah haram dimakan, namun tidak semua yang haram dimakan adalah najis. Ganja, dadah dan racun-racun/bias-bisa yang boleh membunuh semua itu haram dimakan, namun pada masa yang sama ia adalah suci (tidak najis). Sesuatu itu dapat dianggap najis jika ada nas yang menegaskan ia adalah najis. Jika tidak ada nas, ia kekal di atas hukum asalnya iaitu suci. Tidak ada nas yang menegaskan arak adalah najis. Adapun ayat di atas, perkataan “رجس” (kotor/keji) di dalam ayat tersebut bukan bermaksud najis hissi (yakni najis yang dapat dilihat atau dirasai yang menjadi perbahasan kita), akan tetapi ia bermaksud najis maknawi (yakni kekotoran batin) iaitulah dosa dan munkar. Ini kerana perkataan “رجس” (kotor/keji) itu bukan sahaja ditujukan kepada arak, tetapi juga ditujukan kepada judi, berhala dan anak-anak panah (untuk mengundi nasib). Benda-benda selain arak itu (yakni judi, berhala dan anak-anak panah) jika kita memegangnya tidak ada ulamak yang berkata kita memegang najis. Ini menunjukkan bahawa kekotoran yang dimaksudkan oleh ayat tersebut bukanlah kekotoran hissi, akan tetapi kekotoran maknawi. 
(Rujuk; Tafsir al-Qurthubi, surah al-Maidah, ayat 90). 

Rabu, 29 Agustus 2012

JIMAK DENGAN HAMBA

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, adakah benar yang Islam membenarkan tuan kepada hamba berjimak dengan hamba perempuannya tanpa nikah? Jika ya, mengapakah ia dibolehkan? Terima Kasih

Jawapan;

Ya, Islam membenarkan seorang tuan beristimta' dengan hamba perempuan yang dimilikinya berdalilkan firman Allah (bermaksud); "Dan (di antara sifat orang-orang mukmin ialah)  mereka yang menjaga kemaluan mereka (dari syahwat yang haram, iaitu zina dan sebagainya), kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela(apabila melepaskan syahwat itu kepada isteri atau hamba yang dimiliki)” (Surah al-Mukminun, ayat 5-6).

Berdasarkan ayat ini, jimak yang dihalalkan Syariat adalah melalui dua ikatan;
1. Ikatan perkahwinan
2. Ikatan milki yamin (pemilikan hamba).

Kedua-dua jimak tersebut jika menghasilkan anak, maka anak itu dinasabkan kepada suami atau tuan dengan nasad yang sah dan boleh mewarisi. Milki yamin (pemilikan hamba) tidak memerlukan lagi akad perkahwinan kerana dengan milki yamin tersebut seorang wanita hamba itu menjadi milik tuannya secara sepenuhnya dan harus tuannya memanfaatkannya termasuk beristimta' dengannya.

Pada zaman awal kemunculan Islam, pemilikan hamba merupakan fenomena yang berleluasa ketika itu. Untuk menghapuskannya Syariat Islam mengambil langkah berhikmah dan secara tadarruj (peringkat demi peringkat)kerana penghapusan secara drastik akan menyusahkan masyarakat yang terbiasa dengan amalan tersebut di samping mungkin akan memudaratkan hamba itu sendiri kerana terpaksa hidup berdikari dalam keadaan belum bersedia kerana sebelumnya ia bergantung hidup kepada tuannya.  

Islam telah membuka ruang yang banyak untuk pembebasan hamba melalui hukum-hakam Syariatnya. Pembebasan hamba dijadikan sebagai salah satu denda yang ditetapkan Syariat bagi kes bunuh, pelanggaran sumpah, zihar dan persetubuhan di siang hari dalam bulan Ramadhan. Nabi SAW sendiri menggalakkan sahabat-sahabatnya membebaskan hamba. Ia merupakan ibadah yang besar pahalanya sebagaimana sabda Nabi SAW; "Sesiapa membebaskan seorang hamba beriman, Allah akan membebaskan dengan setiap anggota dari hamba itu setiap anggotanya dari api neraka" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah RA).

Demi menjaga hak-hak hamba, Syariat Islam mewajibkan pemilik hamba melayani hamba-hambanya dengan baik, menjaga kebajikan dan keperluan mereka dan tidak membebani mereka melebihi kemampuan mereka. Sabda Nabi SAW; "Hamba-hamba kamu itu adalah saudara-saudara kamu. Allah meletakkan mereka di bawah jagaan kamu. Maka sesiapa yang Allah meletakkan saudaranya di bawah jagaannya, hendaklah ia memberi makan kepadanya sebagaimana makanan yang ia makan, memberi pakaian kepadanya sebagaimana yang ia pakai dan tidak membebaninya kerja yang melebihi kemampuannya. Tatkala ia membebaninya, hendaklah ia membantunya" (HR Imam al-Bukhari).

Keharusan yang diberikan oleh Syariat kepada tuan untuk mensetubuhi hamba perempuannya merupakan satu perhormatan kepada hamba itu dan juga satu langkah kepada pembebasannya. Seorang hamba wanita yang disetubuhi tuannya, apabila ia mengandung tidak harus lagi untuk tuannya menjualnya atau menghadiahkannya kepada sesiapa. Apabila ia melahirkan anak, anak itu akan dinasabkan kepada tuannya (dan menjadi seorang yang merdeka) dan hamba itu akan bergelar ummu walad. Sebaik tuannya meninggal, ia akan terbebas dengan sendirinya (yakni menjadi wanita merdeka tanpa dapat dihalang oleh sesiapapun). Wallahu a'lam.

Selasa, 28 Agustus 2012

BILANGAN PENYUSUAN

Soalan; Assalamualaikum..Saya menyusukan anak kawan saya.Tapi sekali penyusuan sahaja.Adakah anak
itu jadi anak susuan saya?

Jawapan;

Belum menjadi anak susuan kerana bilangan penyusuan yang ditetapkan Syariat ialah 5 kali penyusuan barulah anak itu menjadi anak susuan.Dalil mereka ialah hadis dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Pada permulaannya diturunkan di dalam al-Quran; sepuluh kali penyusuan yang diketahui (yakni berasingan) barulah akan mengharamkan (yakni menimbulkan ikatan mahram). Kemudian dinasakhkan bilangan sepuluh kali itu dengan lima kali penyusuan yang diketahui. Rasulullah wafat dalam keadaan bilangan penyusuan itu masih merupakan ayat yang dibaca dari al-Quran”. (HR Imam Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai).

Wallahu a'lam.

HUKUM ISTERI MINTA CERAI

Soalan; asmkwbt Ustaz; apakah hukumnya seorang wanita meminta "dilepaskan" daripada suaminya.
(berdosa atau haram?). semoga jawapan ustaz dapat menenangkan hati dan perasaan saya. terima kasih

Jawapan;

Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).

Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa. Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulamak; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika kekal bersama. Kerana itu, diharuskan khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan mas kahwinnya.

Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin Qies telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya, akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar)(*yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276).

Wallahu a'lam.

Minggu, 19 Agustus 2012

Dialog Setan dan Rahib

Dari Wahab bin Munabbih ra, diberitakan oleh Muhammad bin Abil Qasim bahwasanya pada masa Nabi Isa as, setan berniat menjerumuskan seorang rahib yang sedang bertapa.
Namun usaha setan tersebut tidak membuahkan hasil walaupun dengan berbagai cara ia menggoda.

Kemudian setan mendatangi sang rahib dengan rupa yang menyerupai Nabi Isa as.
Setan memanggil,
"Wahai rahib, mendekatlah kepadaku, aku akan menyampaikan sesuatu kepadamu."
Sang rahib berkata,
"Menjauhlah dariku, aku tak mau menghabiskan umurku dengan membuang-buang waktu."

Setan terus menerus membujuk.
"Marilah mendekat kepadaku, aku adalah Isa Al-Masih."
Sang rahib menjawab,
"Jika engkau benar-benar Isa Al-Masih as, aku sama sekali tidak membutuhkanmu."
"Bukankah dia telah memerintahkan kepada kami untuk beribadah dan memperingati kami dengan hari kiamat."

"Menjauhlah dariku, aku tidak membutuhkanmu," kata rahib.
Maka setan pun pergi dan meninggalkan sang rahib.

Kamis, 16 Agustus 2012

Kedahsyatan Dan Kengerian Hari Kiamat


Abul-Lats dengan sanadnya meriwayat kan dari Aisyah ra berkata :
“Saya tanya Rasulullah SAW apakah  yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?” Jawab Rasulullah SAW: ”Adapun ditiga tempat (masa) maka  tidak ingat yaitu ketika ditimbang amalnya sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu mengepung mereka dan berkata ”Aku diserahi tiga macam tugas yaitu :
.

Hari Pertanggung Jawaban Bagi Manusia

Abu Hurairah ra berkata : “Nabi Muhammad SAW bersabda : Alllah SWT berfirman : “:Hai para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu sesungguhnya yang tercatat dalam lembaran hanya amalmu sendiri, karena itu siapa yang mendapatkan di dalamnya kebaikan, hendaklah mengusapkan: Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka kelaur daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman :”Tidak Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang nyata-nyata.  Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah menyesatkan umat-umat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir) dan menyadarinya. Inilah neraka jaha am yang telah diancamkan (peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini,oleh sebab kekafiranmu.”
Maka pada saat itu bertekuk lutut  tiap-tiap umat, sebagai mana firman Allah SWT : “Disini kamu melihat tiap-tiap umat (orang) berrtekuk lutut, tiap umat dipanggil untuk menerima catatan amalnya.” Lalu Allah SWT memutuskan pada semua makhluk-Nya. Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata :”Aduh sekiranya aku menjadi tanah.” Kemudian Allah SWT memutuskan antara semua hambaNya.
Nafi’ dari Ibnu Umar ra berkata : Nabi Muhammad SAW bersabda:”Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Aisyah berkata :”Laki dan perempuan berkumpul ya Rasulullah?Jawab Nabi Muha mmad SAW : “Ya,”Aisyah berkata : “Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada setengahnya.”Nabi Muha mmad SAW sambil memukul bahu Aisyah bersabda :”Hai putri dari putra Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu, orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit, sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, karena lamanya berhenti, kemudian berdiri para malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah SWT menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar perang itu menghadapi Tuhan Rabbul A’alamin. Dan bisa telah melihat Rabbul A’alamin dipanggil  orang-orang yang pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang teraniaya itu, karena pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak (di nar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya itu untuk dipukulkan kedanya, kemudian jika selesai semua maka diperintahkan : “Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) karena pada hari ini tidak ada dhulum.” (penganiayaan), sesungguhnya Allah amat segera perhituanNya. Maka pada saat itu tidak ada seorang malaikat yang muqarrab atau nabi atau Rasul melainkan merasa bahwa tidak akan selamat, kecualai jika mendapat perlindungan Allah SWT.

Syaf`at Nabi Muhammad SAW Pada Hari Kiamat

Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Ab bas ra berkata:”Tiada seorang nabi melainkan ia mempunyai doa  yang mustajab, dan semuanya sudah menggunakan doa  itu didunia, sedang saya masih menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagai syafaat bagi umatku pada hari kiamat. Ingatlah bahwa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam  dan itu bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga bukan karena bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kaimat yang dibawahnya apa Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada kiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehing ga mereka datang pada nabi Adam as dan berkata :”Hai Abulbasyar (Ayah dari semua manusia),berikan syafaatmu (bantuanmu) bagi kami dengan minta Tuhan supaya segera menyelesaikan kami ini. Jawab Adam :”Itu bukan bagian saya, saya telah diusir keluar dari surga  karena dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali dariku  sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh as karena ia sebagai nabi yang pertama, maka nabi Nuh as berkata :”Tolonglah kamu mintakan kepada Tuhan supaya lekas memebebaskan kami.”Jawab nabi Nuh as :”Bukan bagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semaunya, dan kini  tidak ada yang aku fikirkan kecuali diriku, tetapi kamu lebih baik pergi kepada nabi Ibrahim as khalilukkah. Maka pergilah mereka kepada nabi Ibrahim as dan berkata :”Tolonglah kami disisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami.” Jawan nabi Ibrahim as.”Itu bukan ketika berkata : “Bahwa yang merusakkan berhala-berhala ini hanya inilah yang terbesar dan ketiga kali ketika istrinya akan di ganggu oleh Raja yang zalim, lalu ia berka ta :”Ini saudaraku.” Karena itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada kepada Musa as sebagai kalimullah yang langsung mendengar firman Allah. Maka mereka langsung pergi kepada Musa as dan berkata :”Tolonglah kami, gunakan syafaatmu untuk menghadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini.” Jawab nabi Musa as :”Itu bukan  urusanku,saya pernah membunuh orang tanpa hak, dan kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada nabi Isa as Ruhul lah dan Kalamatullah.” Maka segera mereka pergi kepada nabi Isa as dan berkata :”Berilah jasa syafaatmu mintalah kepada Tuhan supaya segera meringankan penderitaan kami ini.” Jawabnya : “Saya telah diangkat bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan ditutup, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak  dibuka penutupnya?” jawab mereka :”Tidak, maka ia berkata :”Sesungguhnya nabi Muhammad SAW itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi kepadanya. Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab ekpada mereka : “Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah mengizinkan  bagi siapa yang dikehendakinya  dan diridhainya, maka  tinggal kehendak Allah.” Kemudian bila Allah hendak  menyelesaikan makhluk-Nya, maka ada seruan :”Dimanakah Muham mad dan umat-umatnya?”Maka kamilah yang terakhir  di dunia, dan yang pertama-tama hisabnya pada hari kiamat.Lalu  aku berdiri bersama umat-umatku, maka  umat-umatku itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara. Lalu aku berdiri bersama umat-umat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju kepintu surga dan mengetuknya, lalu di tanya :”Siapakah itu?”Jawabku :nabi Muhammad Rasulullah.” Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan  bersujud kepada Tuhan serta memuja  muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah  diucapkan oleh seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah : “Maka saya memberikan syafaatku pada orang-orang yang didalam hatinya ada seberat semut (dzar rah) atau  jagung dari iman keyakinan disamping syahadat dan la ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah.”

Senin, 13 Agustus 2012

Hari Kebangkitan Pada Hari Kiamat

Abu Hurairah ra meriwayatkan :”Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka, kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah SWT membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga habis air mata, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai ke mulut, kemudian mereka di panggil ke Mahsyar, mereka berburu-buru menuju panggilan itu, maka apabila telah terkumpul semua makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya :”Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?” Dijawab :”Tidak ada.” Kemudian turun ahli langit ke dua dan berbaris pula, kemudian turun penduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh,masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua malaikat itu melindungi penduduk bumi.”
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hu rairah ra berkata :”Sesungguhnya Allah SWT akan menyuruh langit, dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua malaikat yang ada didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi, kemudian langit ke dua dengan isinya, kemudian yang ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam dengan isinya sehingga tertuituplah dengan tujuh barisan malaikat, setengahnya dikepung oleh setengahnya, sehingga penduduk jika pergi kemana saja mereka mendapati tujuh barisan malaikat itu sebagaimana firman Allah SWT : “Hai para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan.”
Dalam firman Allah SWT yang lain :”Dan pada hari terbelahnya langit dengan awan,dan diturunkan para malaikat dengan seketika.”

Muhammad Saw Orang Yang Pertama Keluar Dari Bumi

Kemudian Allah SWT menyuruh langit menurunkan hujan bagikan air mani lelaki selama empat puluh hari, sehingga air  telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka Allah SWT menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhannya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah SWT menyuruh (berseru) :”Hiduplah hai Israfil dan Hamalatul arsy.” Maka hiduplah mereka. Lalu Allah SWT menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya. lalu Allah SWT menyuruh Israfil meniupkan untuk membangkitkan, maka keluarlah ruh-ruh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah ruh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda :”Saya pertama orang keluar dari bumi.”Dalam lain hadits :”Sesungguhnya Allah SWT jika telah menghidupkan malaikat jibril, mikail, israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad SAW membawa buraq dan perhiasan-perhiasan surga, maka terbuka bumi untuk Baginda  Rasulullah SAW dan ketika melihat jibril segera bertanya :”Ya jibril, bagaimana umatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah SWT terhadap umatku ?) Jawab jibril :”Terimalah kabar gembira, karena kamu yang pertama kelaur dari bumi.” Kemudian Allah SWT menyuruh israfil menuip sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit melihat keadaan.

Minggu, 12 Agustus 2012

Mahkluk Yang Terakhir Mati

Firman Allah SWT berbunyi :”Dan ketika ditiup sangkaka la maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikendaki Allah,kemudfian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat.” (QS. Az-Zumar : 68)
Mereka yang dikecualikan itu ialah orang-orang yang mati syahid, jibril, mikail, israfil dan hamalatul arsyi serta malaikatul maut, sehingga ketika ditanya oleh Allah SWT :”Siapakah yang masih tinggal dari makhluk-Ku?”Padahal Allah SWT lebih mengetahui. Jawab Malaikat maut :”Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat jibril, mikail, israfil, hamalatul asrsy dan aku.”maka Allah SWT menyuruh malaikat maut :”Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah, malakat maut.”
Firman Allah SWT :”Hai malakat maut, tidaklah kau mendengar firmanKu :”Tiap makhluk-Ku, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah engkau.” Maka matilah malaikat maut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata makhluk lain masih hidup niscaya mereka semua akan mati karena jeritan malaikat maut itu, lalu ia berkata :”Andaikata saya mengetahui bahwa pencabutan ruh itu seberat  ini niscaya aku akan lebih lunak ketika mencabut ruh-ruh orang mukmin.” Kemudian matilah malaikat maut dan tiada tinggal satupun dari makhluk Allah SWT.

Tak Seorang pun Mengetahui Terjadinya Kiamat

Rasulullah SAW ditanya tentang kapan kiamat  terjadi. Be liau menjawab,” Tidaklah yang ditanya lebih tahu dari si penanya.” Sipenanya adalah Jibril yang  menyamar sebagai seorang lelaki. Jika malaikat  yang paling mulia, Jibril, dan manusia paling uatama,Muhammad,tidak tahu kapan kia mat terjadi,tentu orang selain keduanya tak mengetahui kapan kiamat terjadi.
Al-Qur’an menjelaskan bahwa pengetahuan tentang wak tu kiamat merupakan  ilmu khas Allah.Allah tidak memberi tahu kapan kiamat terjadi kepada siapa pun,baik malaikat ataupun nabi.
“Mereka menaya kan kiamat kepada mu,Bila kah terjadi nya?” Katakanlah,”Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu ada padanya kecuali Dia.Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit  dan di bumi. Kiamat  itu tidak akan datang kepadamu,melaikan deng an tiba-tiba.”Mereak bertanya kepadamu seakan-akan ka mu benar-benar mengetahuinya.Katakanlah,”Sesungguh nya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah,tetapi kebanyakan mansuia tidak mengetahui.” (QS. al-A’raf : 187)
Manusia bertanya kepadamu tenang hari kiamat.Katakan lah,”Sesungguhnya pengetahuan tentangnya hanya di si si Allah.” Dan tahukah kamu (hai Muhammad),boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.” (QS. al-Ahzab : 63)
“(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kebangkitan,”Kapankah terjadinya?”Siapa kah kamu (sehingga) dapat menyebutkan (waktunya)? Ke pada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentu an waktunya).” (QS. an-Nazi’at : 42-44)
Ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahwa pengetahuan me ngenai waktu terjadinya kiamat hanyalah milik Tuhan, bahwa kiamat akan terjadi secara tiba-tiba,dan bahwa Ra sulullah SAW tidak mengetahui kapan terjadinya.Kiamat adalah salah satu dari lima kunci kegaiban yang merupa kan ilmu Allah yang tersembunyi.
“Sesungguhnya pada sisi Allahlah pengetahuan tentang (kapan terjadinya) kiamat,Ia yang menurunkan hujan,dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.Seseorang tidak mengetahui apa yang diperbuatnya besuk dan di belahan bumi mana ia akan mati.Sesungguhnya Allah Maha Meng etahui lagi Maha Mengawasi.” (AS. Luqman : 34)
Dalam Shahih al-Bukhari diriwayatkan  dari Ibn Umar bah kan Nabi SAW bersabda,”Kunci kegaiban ada lima.Tiada yang mengetahuinya kecuali Allah.Kemudian beliau mem baca ayat ini,”Sesungguhnya pada sisi Allahlah pengeta huan tentang (kapan terjadinya) kiamat.”

Kamis, 02 Agustus 2012

Pesan Khidir Kepada Nabi Musa as

Kisah Islamiah menghadirkan kisah nabi.
Nabi Khidir as dan Nabi Musa as tiada jemunya untuk dikisahkan. Sebab pertemuan mereka banyak sekali ilmu yang bisa dipelajari oleh semua orang sampai kini.

Nabi Khidir as

Nabi Khidir as ini merupakan nabi yang misterius, tidak bisa sembarang manusia bisa menemuinya juga menghilang sekehendak hatinya.

Kisahnya.
Dari Al Bidayah Wa An Nihayah halaman 329 serta Ihya Ulumuddin halaman 56.
Ketika Khidir hendak berpisah dengan Nabi Musa as, berkatalah Nabi Musa as,
"Berilah aku wasiat."

Nabi Khidir as menjawab,
"Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan diantara mereka hingga kamu dibenci oleh mereka. Jadilah kamu orang yang senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah kamu berkeras kepala atau bekerja tanpa tujuan. Janganlah kamu mencela seseorang hanya karena kekeliruannya saja. Kemudian tangisilah dosa-dosamu, wahai Ibnu Imron."

Juga diriwayatkan bahwa setelah khidir as mau meninggalkan Nabi Musa as, dia berpesan kepadanya,
"Wahai Musa, pelajarilah ilmu-ilmu kebenaran agar kamu dapat mengerti apa yang belum kamu pahami, tetapi jangan sampai kamu jadikan ilmu-ilmu itu hanya sebagai bahan omongan."
(HR. Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Asakir).

Riwayat Lain.
Dan pesan yang terakhir dicuplik dari Kitab Tahdzibuk Asma, shahih muslim fi Syarkin Nawawi, Ruhul Mu'ni XV halaman 223.
Sebelum Khidir berpisah dengan Nabi Musa as yang tidak sabar itu, dia berpesan,
Wahai Musa, sesungguhnya orang yang selalu memberi nasehat itu tidak pernah jemu seperti kejemuan orang-orang yang mendengarkannya. Maka janganlah kamu berlama-lama dalam menasehati kaummu.

Dan ketahuilah bahwa hatimu itu ibarat sebuah bejana yang harus kamu rawat dan pelihara dari hal-hal yang memecahkannya. Kurangilah usaha-usaha duniawimu dan buanglah jauh-jauh di belakangmu karena dunia ini bukanlah alam yang akan kamu tempati selamanya. Kamu diciptakan adalah untuk mencari tabungan pahala-pahala akhirat nanti.
Bersikap ikhlaslah dan bersabar hati menghadapi kemaksiatan yang dilakukan kaummu.



Wahai Musa, tumpahkanlah seluruh ilmu pemgetahuanmu, karena tempat yang kosong akan terisi oleh ilmu yang lain. Janganlah kamu banyak mengomongkan ilmumu itu karena kamu akan dipisahkan oleh kaum ulama.
Maka bersikap sederhana sajalah, sebab sederhana itu akan menghalangi aibmu dan akan membukakan taufik hidayah Allah SWT untukmu.

Berantaslah kejahilan kamu dengan cara membuang sikap masa bodohmu (ketidakpedulian) yang selama ini menyelimuti dirimu. Itulah sifat orang-orang yang arif lagi bijaksana, menjadi rahmat bagi semuanya.

Apabila ada orang yang bodoh datang kepadamu dan mencacimu, redamlah ia dengan penuh kedewasaan serta keteguhan hatimu.
Wahai putera Imron, tidaklah kamu sadari bahwa ilmu Allah SWT yang kamu miliki hanya sedikit saja. Sesungguhnya menutup-nutupi kekurangan yang ada pada dirimu atau bersikap sewenang-wenang adalah menyiksa dirimu sendiri. Janganlah kamu buka pintu ilmu ini jika kamu tidak bisa menguncinya. Jangan pula kamu kunci pintu ilmu ini jika kamu tak tahu cara membukanya, hai Putera Imran.

Barang siapa suka menepuk-nepuk harta benda, dia sendiri bakal mati ertimbun dengannya hingga dia merasakan akibat dari kerakusannya itu.
Namun, semua hamba yang mensyukuri semua karunia Allah SWT serta memohon kesabaran atas ketentuan-ketentuanNya, dialah hamba yang zuhud dan patut diteladani. Bukankah orang seperti itu mampu mengalahkan nafsunya dan dapat memerangi bujuk rayu setan?
Dan dia pula yang mengetam buah dari ilmu yang selama ini dicarinya. Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahal di akhirat.
Sedangkan kehidupan dunianya akan tenteram di tengah-tengah masyarakat yang merasakan jasa-jasanya.

Wahai Musa, pelajarilah oelhmu ilmu-ilmu pengetahuan agar kamu dapat mengetahui segala yang belum kamu ketahui, misalnya masalah-masalah yang tidak bisa diomongkan atau dijadikan bahan pembicaraan saja.
Itulah penuntun jalanmu dan orang-orang akan disejukkan hatinya.

Wahai Musa, putera Imron, jadikanlah pakaianmu bersumber dari dzikir dan fikir serta perbanyaklah amal kebajikan. Suatu hari nanti kamu tidak akan mampu mengelak dari kesalahan, maka pintalah keridhaan Allah SWT dengan berbuat kebajikan karena pada saat-saat tertentu akalmu pasti akan melanggar laranganNya.

Sekarang telah kupenuhi kehendakmu untuk memberi pesan-pesan kepadamu.
Omonganku ini tidak akan sia-sia bila kamu mau menurutinya.
Setelah itu Khidir meninggalkan Nabi Musa as yang sedang duduk termenung dalam tangis kesedihan.

Ujian Malaikat kepada Hakim

Kisah Islamiah dengan kisah hakim dan malaikat.
Malaikat memberikan ujian kepada ketiga hakim, siapakah gerangan yang mau dan tidak menerima sogokan dari malaikat.


Kisahnya.
Pada zaman dahulu di kalangan Bani Israil, hiduplah empat orang hakim. Ketika salah seorang dari mereka meninggal dunia, maka untuk menegakkan hukum secara adil dan jujur sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, maka diujilah ketiga hakim tersebut.

Setelah itu, turunlah malaikat untuk menguji masing-masing hakim tadi, apakah ketiga hakim itu adil dalam menegakkan hukum atau justru sebaliknya. Selanjutnya, dipanggillah anak sapi, ditarik kerahnya hingga anak sapi itu pun mengikuti di belakang kudanya. Maka terjadilah persengketaan di antara mereka, yaitu yang empunya sapi dengan malaikat yang menyerupai manusia tadi.

Setelah lama berselisih, maka akhirnya mereka sepakat untuk mengajukan permasalahan itu ke hakim pertama.
Dan hakim yang pertama itu, malaikat menyuapnya dengan memberi hadiah intan permata yang dibawanya sambil berkata,
"Wahai hakim, putuskanlah bahwa akulah pemilik anak sapi itu, maka intan permata ini akan aku berikan kepadamu."
"Lalu aku harus bagaimana?" tanya hakim pertama.
"Lepaskanlah sapi dan anaknya," balas malaikat.

Lalu sang pemilik sapi dan malaikat yang menyerupai manusia itu mengajukan permasalahnnya kepada hakim yang kedua dan hasilnya pun sama untuknya.

Hakim Ketiga.
Akan tetapi ketika malaikat tadi hendak memberikan intan mutiara sebagai sogokan untuknya, hakim itu berkata,
"Saya sedang haid," kata hakim ketiga.
Mendengar jawaban itu malaikat penguji terkejut dan bertanya,
"Subhanallah, haidkah seorang laki-laki," katanya.
"Subhanallah, apakah kuda melahirkan seekor sapi?" kata hakim.

Hakim yang ketiga ini adalah hakim yang saleh, sehingga ia tidak mau salah dalam mengambil keputusan hanya karena adanya sogokan dan suap.
Akhirnya, diputuskanlah oleh hakim itu bahwa sapi itu memang milik empunya, bukan milik malaikat yang menyamar sebagai manusia.

Rabu, 01 Agustus 2012

Doa Seekor Burung

Kisah Islamiah malam sebagai santapan rohani dalam berbuka puasa.
Doa seekor burung menjadi judul dari blog kisah ini.
Sesungguhnya Allah SWT itu adalah Dzat Yang Maha Mendengar dari segala ucapan yang terdapat di alam semesta ini.

Seperti doa seekor burung ini pun juga didengar Allah SWT.
Apakah doa burung dikabulkan Allah SWT atau tidak, ikuti ceritanya.

Burung

Kisahnya.
Pada zaman dahulu ada seorang anak laki-laki yang suka sekali mengambil anak burung dari sarangnya. Jika telur burung itu sudah menetas, maka orang itu segera mengambilnya bahkan hal itu sudah rutin menjadi pekerjaannya.

Si induk burung menjadi marah oleh ulah anak ini.
Sehingga burung ini pun mengadukan ketidakadilan kepada Allah SWT.
Burung pun berdoa dengan khusyuknya.
"Wahai Tuhanku, binasakanlah orang yang selalu mengambil anak-anakku."

Pada suatu hari, saat burung itu menetaskan telurnya, orang yang biasa mengambil anak burung itu pun segera berangkat menuju sarang burung yang dimaksud dengan membawa sepotong roti sebagai sarapannya.

Di tengah perjalanan, ia bertemu dengan seorang pengemis tua.
Kemudian orang itu memberikan bekal roti yang dibawanya kepada pengemis yang lebih membutuhkannya.
Lalu ia melanjutkan perjalanannya.

Saat di jalan, si burung telah mengetahui dan memandang orang itu dengan pandangan sinis.
Ternyata orang itu kembali selamat.
Burung pun protes kepada Allah SWT,
"Wahai Tuhanku, mengapa orang yang selalu mengambil anakku itu selamat?".
Maka Allah SWT berfirman,
"Tidakkah engkau tahu, sesungguhnya Aku tidak akan membinasakan orang yang bersedekah dalam keadaan jelek (Su'ul Khatimah)."

Jadi orang itu selamat karena dia telah menyedekahkan sepotong roti yang dimilikinya kepada pengemis tua secara tulus ikhlas karena Allah SWT.
Subhanallah...

Selamat berbuka puasa saudaraku.

Sebab Pertemuan Nabi Khidir dan Musa

Kisah Islamiah pendamping sahur.
Dengan kisah Nabi Khidir as dan Nabi Musa as.
Apa sebabnya terjadi pertemuan antara Nabi Khidir as dan Nabi Musa as.


Kisahnya.
Pada suatu hari Nabi Musa as berpidato di hadapan Bani Israil untuk mengingatkan akan perintah dan larangan Allah SWT.
Tiba-tiba saja, di antara yang hadir tersebut ada seorang laki-laki yang berdiri dan mengajukan pertanyaan kepada Nabi Musa as.

"Wahai Nabi Musa, siapakah orang yang paling pandai di muka bumi ini?" tanya laki-laki itu.
"Aku," jawab Nabi Musa as tanpa ada keraguan.

Karena kekeliruan Nabi Musa as inilah maka Allah SWT menurunkan wahyu kepadanya sebagai peringatan dan teguran.
Allah SWT berfirman,
"Wahai Musa, Aku mempunyai seorang hamba yang shaleh dan alim melebihi pengetahuan-pengetahuan yang ada padamu. Dia berada di suatu tempat pertemuan dua lautan."
(HR. Bukhari dan Muslim).



Riwayat lain.
Nabi Musa as bertanya kepada Allah SWT,
"Ya Tuhanku, siapakah gerangan orang yang paling pintar?"
Allah SWT menjawab," siapa saja di antara hambaKu yang senantiasa menyebut namaKu dan tidak membiarkan waktunya kosong dari menyebut kepadaKu."

Nabi Musa as bertanya lagi,
"Ya Allah, siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling berilmu? Barangkali dengan ilmunya dia bisa memberi petunjuk kepada orang lain sehingga ia mau berpaling dari hal-hal yang akan memalingkannya dari Engkau."
Allah SWT berfirman,
"Orang yang paling pandai adalah orang-orang yang selalu belajar ilmu pengetahuan kepada orang lain."

Nabi Musa as bertanya,
"Masih adakah di antara hamba-hambaMu yang lebih alin dari padaku?"
Allah SWT berfirman,
"Ya, ada. Dia berada di dekat sebuah batu besar pada pertemuan dua lautan."

Setelah Nabi Musa as bercakap-cakap dengan Tuhannya, lalu ia mempelajari taurat. Timbullah perasaan dalam hatinya bahwa dirinya adalah satu-satunya hamba Allah SWT yang paling alim.
Karenanya, maka Allah SWT mempertemukannya dengan Nabi Khidir as.

Selamat makan sahur saudara-saudaraku.

Sumber:
Shahih Muslim fi Syarkhi Bukhari.
Al Awhu, Ibnu Abdi Robbi.