Kisah Islami Teladan dengan Kisah Mukjizat Rasulullah SAW.
Mukjizat Rasulullah SAW ada lagi selain mampu membelah bulan yang terkenal itu. Salah satunya adalah bahwa Nabi SAW mampu mendatangkan pakaian surga untuk dikenakan putrinya, Fatimah Az-Zahra.
Kisahnya.
Pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk berzikir di samping Ka'bah.
Tiba-tiba saja para pembesar dan para bangsawan Makkah datang dan menemui beliau sambil mengucapkan salam.
"Wahai Rasulullah, kami datang kepadamu untuk memberi kabar bahwa kami akan mengadakan akad nikah dan resepsi pernikahan antara si fulan dan si fulanah. Kami bermaksud mengundang Fatimah Az-Zahra untuk menghadiri pernikahan tersebut," kata salah seorang pembesar Makkah.
"Bersabarlah, aku akan menyampaikan hal ini kepada putriku. Jika dia berniat datang, maka akan aku kabari kalian," tutur Rasulullah SAW.
Pakaian Fatimah Usang dan Bertambal.
Setelah itu Rasulullah SAW segera pergi ke rumah putrinya.
Sesampainya di sana, Beliau mengucapkan salam dan menceritakan perihal undangan pernikahan tersebut. Beliau ingin mengetahui apakah putrinya ingin menghadiri undangan tersebut atau tidak.
"Ya Rasulullah, jiwa saya sebagai tebusan Anda, wahai kekasih Allah Yang Maha Mulia. Saya berpikir bahwa undangan mereka bertujuan untuk mengejek dan memperolok-olok diri saya," ujar Fatimah.
"Mengapa demikian," tanya Rasulullah SAW.
"Karena para wanita dan gadis-gadis bangsawan Arab pada pesta pernikah itu mengenakan pakaian mewah dan mahal. Akan tetapi, saya tak punya apa-apa selain pakaian usang yang bertambal dan sepatu rusak pula. Jika aku datang, pastilah mereka akan memperolokku, menghina dan mengejek diriku," jelas Fatimah.
Mukjizat Rasulullah SAW: Mampu Mendatangkan Pakaian dari Surga.
Rasulullah SAW pun menjadi sedih, tak terasa beliau meneteskan air mata.
Nabi SAW menarik nafas panjang dan matanya berair mendengar penuturan anaknya tersebut.
Dalam kesedihan hati itu, saat itulah mukjizat kemabali datang. Malaikat Jibril datang atas perintah Allah SWT untuk menjumpai Rasulullah SAW.
"Wahai Rasulullah, katakanlah kepada Fatimah agar dia mengenakan pakaian yang dia miliki itu dan pergi ke acara resepsi tersebut. Sesungguhnya Kami menyimpan Hikmah dalam hal ini," kata Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW menyampaikan pesan Allah SWT ini kepada Fatimah.
Fatimah pun langsung sujud syukur kemudian berdiri dan mengenakan pakaian usang dan bertambal. Kemudian Fatimah minta izin kepada ayahnya untuk menghadiri acara pernikahan tersebut.
Kemudian apa yang terjadi?
Saat itulah Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibril agar mengambil pakaian dari surga untuk turun ke bumi bersama dengan ribuan bidadari yang bertugas memakaikan pakaian surga pada tubuh Fatimah. Fatimah pun terliaht sangat agung dan terhormat dengan pakaian itu.
Penuh keagungan dan kemuliaan melekat dalam diri Fatimah.
Begitu sampai di tempat acara, cahaya suci terpancar menerangi seluruh wanita yang hadir dalam acara tersebut. Seluruh wanita memandangi wajah dan pakaian yang dikenakan Fatimah yang bak cahaya dengan penuh tgakjub dan kagum.
Secara spontan, para wanita menyambut kedatangan wanita agung dan mulia ini hingga tak seorang pun yang mendampingi si pengantin wanita.
Sebagian ada yang mencium tangan dan kaki Fatimah serta mengantar masuk ke majelis pernikahan dengan penuh penghormatan dan kemuliaan.
Wanita adalah sumber mata air terpenting yang mengalirkan ketenangan, kebahagian, dan Kelembutan, diciptakan dengan keindahan dan tampil sebagai makhluk terindah
Sabtu, 08 September 2012
JAMAK DAN QASAR DI TEMPAT KERJA
Soalan; Assalammualaikum ustaz, Saya ada soalan tentang sembahyang jamak dan qasar:
Saya tingal di Kuantan dan dipilih oleh majikan untuk menghadiri latihan selama 2 hari di Kuala Lumpur. Saya dikehendaki datang bekerja seperti biasa pagi dan hanya boleh bertolak ke Kuala Lumpur selepas pada pukul 3 petang. Saya akan membawa semua kelengkapan dan pakaian saya semasa pergi ketempat kerja dan terus ke Kuala Lumpur selepas keluar dari tempat kerja tampa kembali ke rumah kerana kedudukan tempat kerja adalah di pertengahan.
1. Adakah boleh saya mengerjakan sembahyang Asar jamak dan qasar di dalam waktu Zohor di tempat kerja saya?
2. Semasa dalam perjalanan pulang, saya mengerjakan sembahyangk jamak Isyak didalam waktu maghrib. Saya tiba dirumah tetapi belum lagi masuk waktu Isyak. Adakah perlu saya ulangi sembayang Isyak?
Harap ustaz dapat menberi penjelasan tentang masalah di atas.
Jawapan;
1. Boleh melakukan jamak dan qasar di tempat kerja saudara jika saudara berniat musafir dari rumah dengan syarat rumah dan tempat kerja saudara tidak berada di dalam taman/pekan/kampung yang sama. Apabila saudara telah berniat musafir dari rumah untuk menuju satu destinasi yang jaraknya melebihi dua marhalah, kemudian saudara keluar dan melepasi daerah/kawasan penempatan saudara, bermulalah keharusan saudara untuk mengambil rukhsah safar (iaitu kelonggaran atau kemudahan yang diberikan Syariat untuk orang yang bermusafir; antaranya memendek dan menghimpunkan solat fardhu).
2. Jika saudara telah menjamakkan isyak ke dalam waktu maghrib, tidak wajib lagi saudara mengulangi solat isyak apabila sampai di rumah walaupun ketika sampai itu waktu isyak belum masuk atau waktu isyak masih ada, kerana solat isyak saudara secara jamak tadi telahpun dikira. Berkata Imam an-Nawawi dalam Matan al-Minhaj; "Jika (seseorang) melakukan jamak taqdim, lalu ia menjadi muqim (iaitu tidak lagi berada dalam keadaan safar dengan sebab telah berniat iqamah atau dengan sebab telah sampainya kapal di tempat tuju) pada saat di antara dua solat jamak tersebut (yakni ia telah selesai mengerjakan solat pertama, namun sebelum mengerjakan solat kedua ia telah berubah menjadi muqim), batallah jamaknya (yakni wajib atasnya menganjakkan solat kedua ke dalam waktunya, adapun solat pertama ia tidak terjejas dan tidak perlu diulangi). Adapun jika ia menjadi muqim ketika sedang mengerjakan solat kedua atau setelah selesai mengerjakan solat kedua, tidak batal jamaknya mengikut pandangan yang ashah (yakni pandangan terkuat dari ulamak-ulamak mazhab Syafi'e) (kerana solat kedua itu dilakukan ketika keuzuran yang mengharuskan jamak (iaitu safar) masih ada". (Mughni al-Muhtaj, 1/373).
Wallahu a'lam.

GUNA MINYAK PENGASIH UNTUK SUAMI
Soalan; ASSALAMUALAIKUM, APAKAH HUKUM JIKA SAYA MENGGUNAKAN MINYAK PENGASIH KEPADA SUAMI? DENGAN NIAT SAYA INGIN MENJAGA RUMAHTANGGA...., INGIN SELALU DIKASIHI SUAMI...., DAN UNTUK ELAKKAN DARI PERGADUHAN. SUAMI SAYA SEORANG YANG CEPAT MARAH (BARAN). KADANGKALA BILA BERBUAL ADA YANG TERSILAP KATA, TERUS MARAH2. KADANGKALA SEHINGGA SELALU MAIN2 DENGAN PERKATAAN CERAI. SAYA TAK MAMPU LALUI SEGALANYA. SAYA JUGA TELAH MENGGUNAKAN MINYAK ANUGERAH SERI DAN SUAMI ISTERI. ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN. SEGALANYA KERANA ALLAH TAALA. NIAT SAYA SANGAT2 INGINKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN INGINKAN PERUBAHAN SUAMI.
HARAP USTAZ DAPAT BANTU MENJAWAP.
Jawapan;
Elakkan dari amalan pengasih kerana ia membawa kepada Syirik. Berubat dengan syirik umpama mengambil dadah yang mana ia menenangkan seketika, tetapi membawa derita selama-lamanya di kemudian hari.
Yakinlah kepada Allah, jangan berputus asa mengharap kepadaNya, jaga solat fardhu, banyakkan solat hajat dan beristighfar, manfaatkan ketika sujud untuk memohon hajat kepada Allah. Penyelesaian dengan minyak pengasih akan membawa kemusnahan di kemudian hari, bayangkan bagaimana jika suami mengetahui? Namun pengelesaian dari Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Yakinlah kepada Allah dan jangan berputus asa dari rahmah dan kurniaanNya.

FIDYAH WANITA YANG MENYUSU DAN HAMIL
Soalan; Assalammualaikum..Saya ada beberapa soalan mengenai puasa..
1) 2 tahun lepas 2010 saya tidak puasa kerana mlahirkan bayi. lebih kurang sminggu sebelum akhir ramadhan saya telah bole puasa. Maka saya berpuasa. - masih myusukan anak. selepas itu anak saya kembung perut. jadi 1 hari sahaja saya puasa. Selepas 6 bulan. Tidak meyusukan bayi lagi saya menggantikan puasa selama 29 hari. Habis ganti sebelum ramadan berikutnya. Pada masa itu saya tidak tahu kalau tinggal kan puasa sebab myusukan bayi dan hamil kena bayar fidyah. Bagaimana saya mahu kira semula fidyah untuk 2 tahun lepas kerana saya tidak pasti tarikh sebenar saya bole puasa..
2) pada puasa tahun 2012 ini saya hamil 3 bulan. saya berpuasa cuma 1 hari sehingga pukul 5 petang saya tidak tahan lapar rasa nak pengsan. maka saya berbuka. Ini perlu fidyah juga?
Terima kasih..
Jawapan;
1. Fidyah yang dikenakan ke atas wanita menyusu tidak berganda dengan bergandanya tahun. Jadi, puan hanya perlu membayar fidyah untuk hari-hari yang puan terpaksa berbuka kerana maslahah anak yang disusui. Contohnya; jika puan tidak berpuasa 6 hari kerana maslahah anak yang disusui itu, maka fidyah yang diwajibkan 6 fidyah sahaja. Ia menjadi tanggungan seumur hidup (mesti dikeluarkan sebelum mati) dan tiada gandaan dikenakan jika menangguhnya, cuma yang terbaik ialah segera mengeluarkannya.
2. Jika puan berbuka kerana maslahah puan (bukan maslahah anak dalam kandungan) iaitu puan sendiri yang merasakan tidak mampu berpuasa (bukan berbuka kerana bimbangkan anak dakam kandungan), tidak dikenakan fidyah ke atas puan. Puan hanya wajib mengqadha sahaja puasa yang dibuka itu.