Rasulullah saw. telah mengabarkan kepada umatnya ke adaan menjelang tibanya hari akhir.Banyak sekali hadits-hadits yang menjelaskan keadaan tersebut,salah satu da ri sekian banyak hadits tersebut dikhususkan untuk para kaum wanita,di antaranya :
.
Wanita adalah sumber mata air terpenting yang mengalirkan ketenangan, kebahagian, dan Kelembutan, diciptakan dengan keindahan dan tampil sebagai makhluk terindah
Minggu, 09 September 2012
Tanda-Tanda Kiamat: 2, Penaklukan Baitul Maqdis.
Dari Auf bin Malik ra.,katanya,"Rasulullah saw.telah ber sabda :
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya : Penaklu kan Baitul muqaddis." (Sahih Bukhari).
.
Tanda-Tanda Kiamat: 1. Diutusnya Nabi Muhammad SAW
Imam Ahmad dalam Musnad-nya dengan sanad sahih meriwayatkan hadits dari Abu Jubairah bahwa Rasulullah saw bersabda : “Aku diutus di awal tanda kiamat”. (Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah,II.h.467,no.808.)
.
WAKAF TANAMAN DI ATAS TANAH MILIK KERAJAAN
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Mohon jawab persoalan ini. Di sebuah institusi milik kerajaan, pihak majikan telah menanam pokok kelapa sawit di atas tanah insitusi tersebut (tanah milik kerajaan) untuk diwakafkan hasilnya kepada mereka yg memerlukan, di mana kos untuk mendapatkan pokok kelapa sawit tersebut di kutip dari kakitangan-kakitangan yg bekerja di insitusi itu. Adakah sah wakaf seperti ini? Jika sah, pahala dari amalan wakaf seperti ini diperolehi oleh siapa kerana tanahnya milik kerajaan, pokoknya milik kakitangan yg bertugas di situ? Bagaimana jika kerajaan mengambil semula tanahnya atau tidak bersetuju untuk ditanam apa-apa tanaman di atasnya?
Jawapan;
Menurut mazhab Syafiie; wakaf pokok/tanaman yang tidak putus hasil atau manfaatnya adalah sah seperti pokok buah-buahan, pokok haruman dan sebagainya. Jika pokok wakaf itu ditanam di atas tanah orang lain, hendaklah dengan kebenaran pemilik tanah unuk tujuan tersebut.
Di dalam Kitab Minhaj al-Tullab, pengarangnya (iaitu Syeikhul-Islam Zakaria al-Ansari) menyatakan; "(Antara wakaf yang sah) ialah binaan (yang dibina) dan pokok yang ditanam di atas suatu tanah dengan kebenaran" (1/286).
Dalam kitab Mughni al-Muhtaj, dinyatakan; "Jika seseorang mewakafkan satu binaan atau pokok yang ditanam di atas tanah yang disewa (kepadanya) atau dipinjamkan (kepadanya) untuk tujuan tersebut (yakni tujuan binaan dan penanaman pokok), maka mengikut pandangan yang ashah (yakni pandangan yang terkuat dari fuqahak mazhab Syafiie); harus wakaf tersebut sama ada wakaf itu dilakukan sebelum tamat tempoh (sewaan atau pinjaman) atau selepasnya (asalkan binaan atau pokok telah ada di atas tanah tersebut). Harus (sah)nya wakaf tersebut adalah kerana keduanya (yakni binaan dan pokok) itu adalah harta milikan yang boleh dimanfaatkan dengan kekal 'ainnya (yakni tidak habis dengan penggunaan). Memadai dengan kekal 'ain itu hingga ke waktu ia akan dicabut apabila tamat tempoh sewaan atau pemberi pinjaman menarik balik tanahnya nanti (untuk dianggap sah wakaf terbabit). Muqabil Ashah (yakni pendapat bertentangan dengan pandangan terkuat tadi) berkata; "Ditegah wakaf tersebut (yakni tidak sah) kerana ia terdedah kepada cabutan/penanggalan (apabila tamat tempoh sewaan nanti), maka seolah-olah orang terbabit mewakafkan benda yang tidak boleh diambil manfaat darinya". Perlu diingatkan; Keharusan mewakafkan binaan atau pokok yang berada di atas tanah sewaan atau pinjaman tadi adalah sekiranya binaan atau pokok tersebut dilakukan sebelum tempoh sewaan tamat atau sebelum pemberi pinjam menarik kembali tanahnya. Adapun jika binaan dibuat atau pokok ditanam setelah tempoh sewaan tamat atau pemberi pinjam mengambil kembali tanahnya, tidak sah wakaf tersebut kerana binaan atau pokok tadi diletakkan di atas tanah tersebut tanpa kebenaran. Maka ia merujuk kepada kenyataan yang disebut oleh Syeikh Zakaria tadi" (Mughni al-Muhtaj, Syeikh al-Khatib as-Syirbini, 2/512,531. Penaqalan secara mafhum serta ringkasan).
Merujuk kepada soalan yang ditanya;
1. Mewakafkan pokok yang ditanam di atas tanah kerajaan sah jika tanaman di atas tanah tersebut mendapat keizinan dari kerajaan atau orang yang diberi mandat oleh kerajaan untuk menguruskan tanah tersebut.
2. Wakaf tersebut dilakukan oleh orang yang memiliki pokok tersebut (yakni oang yang mendapat kebenaran dari kerajaan untuk menanamnya di atas tanah kerajaan) kerana wakaf tidak sah melainkan dari pemilik harta yang diwakafkan. Mak pahala dari wakaf itu diperolehi oleh orang yang memiliki pokok-pokok tersebut.
3. Penaman dilakukan semasa tempoh kebenaran masih ada. Jika penanaman dibuat setelah tamat tempohnya, tidak sah pokok-pokok itu diwakafkan kerana penamannya berlaku tanpa kebenaran pemiliknya.
Wallahu a'lam.