Jumat, 23 November 2012

Cristiano Ronaldo derma 1.5 juta Euro untuk Gaza

Bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo membuat keputusan mengejutkan dengan menderma 1.5 juta euro untuk kanak-kanak Gaza. Seperti dilaporkan Russia Today, Jumaat, (22/11) bintang Liga Sepanyol itu menyerahkan Kasut Emas yang dia perolehi pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid untuk dilelong.

Yayasan tersebut kemudian mengadakan acara lelong dan dana yang terkumpul disumbangkan untuk pendidikan kanak-kanak di Gaza dan Tebing Barat. Keputusan Ronaldo itu sesuai dengan polisi Los Blancos yang baru-baru ini iaitu United Nations Relief and Works Agency (UNRWA) untuk mendidik 10 ribu kanak-kanak Palestin.
Kedua-dua belah pihak bersefahaman untuk memberi kanak-kanak penghuni di Jalur Gaza dan Tebing barat agar dapat melalui program pengenalan bola sepak. Kemudian, dana itu juga bakal digunakan Yayasan Real Madrid untuk pembangunan 167 sekolah di 66 negara.

Khusus CR7, bantuan ke Palestin bukan kali pertama dilakukannya. Sifat dermawan yang ada dalam dirinya sudah ditunjukkan dengan melelong kasut sukan yang dilelong Yayasan Real Madrid pada tahun lalu. Dana puluhan juta yang terkumpul semuanya disumbangkan untuk pembangunan sekolah di Jalur Gaza yang hancur teruk akibat serangan brutal Zionis pada 2009.

Tali barut Israel ini dipijak-pijak oleh ibunya, rela anaknya dihukum mati

Pencerobohan tentera zionis yahudi laknatullah sudah lebih satu minggu dan telah meragut ratusan orang Palestin, di antaranya puluhannya  adalah kanak-kanak. Pencerobohan ketenteraan laknatullah ini juga munculnya tali barut yahudi di Gaza.

Anak muda di atas (kelihatan dalam gambar) tengah dipijak kepalanya oleh seorang perempuan tua. Tahukah siapa yang menginjak kepala anak muda itu?

Perempuan itu adalah ibu kepada anak muda tersebut. Si ibu merasa malu dan mendapatkan aib kerana anaknya telah memberikan maklumat kepada perisikan Israel tentang kewujudan para pejuang Palestin.

Ibu itu yang mengandung dan membesarkannya tetapi ibunya ihklas melihat anaknya dihukum mati di depan umum, supaya memberi pengajaran bagi yang lain.

Dia sendiri, walau dengan hati hancur memijak anaknya itu. Melihat kejadian ini beberapa orang memberitahu, "si ibu memijak kepala darah dagingnya sendiri kerana di sana ada tujuan yang lebih kuat dan lebih mulia iaitu tanah dan kehormatan Palestin."