Pertembungan sengit antara pejuang pembebasan Syria dari brigade Jaisyul Hurr dengan tentera rejim laknatullah Bashar Al-Assad di daerah Jabal Turkman di Barat laut wilayah Latakia Syria, selama seminggu terakhir telah menewaskan hampir seribu pasukan setia rejim Assad, sementara dari pihak mujahidin 30 orang gugur syahid (Insyallah ) dalam pertempuran yang berlaku di tengah cuaca yang sangat sejuk dan disertai angin kencang.
Sukarelawan Hasi melaporkan saksi seorang paramedik tempatan bernama Hammad telah memberitahu bahawa angka korban lebih ramai dari pihak tentera laknatullah rejim Bashar Al-Assad disebabkan oleh tembakan sesama rakan mereka sendiri atau friendly fire.
"Terjadi friendly fire oleh tentera Bashar," kata Hammad, seorang paramedik tempatan yang mempunyai ramai kenalan para Mujahidin.
"Ketika itu Mujahidin sedang berhadapan dengan tentera Bashar Al-Assad. Tiba-tiba datang bantuan tentera rejim Assad dari arah belakang Mujahidin. Mereka terkepung, "tambah Hammad.
"Alhamdulillah, pasukan Bashar yang melihat bala bantuan yang datang, mengira mereka adalah Mujahidin. Akibatnya, mereka saling tembak menembak. 964 tentera Assad terbunuh dalam 4 hari terakhir. Sementara dari pihak Mujahidin, 30 orang syahid (Insyallah), "kata Hammad.Diterjemahkan dari sumber islampos.com
Bom demografi Palestin terus menghantui Israel. Walaupun setiap bulan membunuh rakyat Palestin, penjajah Zionis yahudi laknatullah tidak mampu menghentikan kadar pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat. Angka kelahiran baru yang dikeluarkan Pejabat awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza sekaligus menjadi bukti bahawa wanita Gaza adalah wanita paling subur di dunia.
Seperti dilaporkan oleh InfoPalestina, data menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza adalah 15 berbanding 1. Sepanjang empat bulan terkini terdapat 14280 angka kelahiran baru. Terdiri dari 7329 bayi lelaki, atau 51.3 peratus dan 6955 bayi perempuan atau 48.6 peratus. Ertinya, lebih dari 155 angka kelahiran berlaku setiap harinya.
Sedangkan angka kematian dalam tempoh yang sama berjumlah mencapai 974 orang. 523 orang atau 53.6 peratus daripadanya adalah lelaki dan 451 orang atau 46.3 peratus adalah perempuan. Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap harinya.
Data sebelumnya menunjukkan wanita Gaza dikenali sebagai wanita paling subur di dunia. Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi satu wanita. Angka itu jauh di atas paras kesuburan di Israel yang mencapai 2.6 bayi satu wanita.
Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009 lalu juga menunjukkan Gaza mempunyai ramai berusia muda iaitu 793520 atau 56 peratus jumlah penduduk Gaza adalah anak muda. Sedangkan Israel mempunyai kadar peratusan usia tua yang tinggi.Diterjemah dari sumber globalmuslim