Selasa, 11 Desember 2012

Muat Turun: Ayat-Ayat Ruqyah


Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.
CREDIT UNTUK OHISLAM.COM

Misteri Zikir Akhir Zaman

Tidak perlu diragukan lagi bahawa zikir adalah modal utama dalam menjalankan tugas utama hidup kita, iaitu beribadah kepada Allah. Bahkan, inti seluruh ibadah adalah zikir dengan menyebut, mengingat, memahami, merenungkan, dan mengamalkan petunjuk Allah. Zikir adalah ibadah yang paling ringan dan murah. Zikir juga merupakan ibadah yang fleksibel, kerana boleh dilaksanakan di semua tempat, masa, dan keadaan. Oleh kerana itu, ia adalah ibadah sepanjang hayat.

Kita sudah biasa mendengar ceramah atau membaca penjelasan bahawa doa dan zikir mendatangkan ketenangan jiwa, meninggikan darjat, menambah pahala, dan menggugurkan dosa. Tetapi, bagaimana dengan sejumlah hal 'luar biasa' ini?

Tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir menjadi makanan dan minuman fizikal saat kaum muslimin mengalami bencana kemarau dan kelaparan melampau selama tiga tahun sebelum kemunculan Dajjal.

Tahlil dan takbir yang dilaungkan 70000 Bani Ishaq pasukan Al-Mahdi meruntuhkan benteng Konstantinopel di daratan, lautan, dan pintu gerbang kota.

Zikir dan doa sebagai modal kekuatan Dzul-Qarnain saat membina tembok sekatan, juga sebagai modal kekuatan bangsa Ya'juj dan Ma'juj untuk membuat lubang dan meruntuhkan benteng sekatan tersebut dan ajaibnya, sebagai senjata Nabi Isa dan kaum muslimin untuk menewaskan dan sekaligus menguburkan bangsa Ya'juj dan Ma'juj. Padahal, semua penduduk bumi dan langit tidak mampu membendung kekejaman dua bangsa perosak yang besar, kejam, dan dalam tempoh itu!

Zikir dan doa menyelematkan peribadi dari pembunuhan, mengukuhkan pasukan Islam, memporak-perandakan pasukan musuh, dan menghantar tentera muslim kepada mati syahid terutama di masa kekacauan akhir zaman dan perjuangan Al-Mahdi-Nabi Isa untuk memakmurkan dunia dengan syariat Allah.

Zikir dan doa menghindarkan harta dan nyawa kaum muslimin dari bencana alam di saat akhir zaman sering berlaku gempa bumi, hujan meteor, kegelapan dan pengubahan bentuk manusia. Bahkan, doa dan zikir boleh mengubah bencana menjadi sebuah berkat.

Zikir dan doa mengandungi lima kekuatan dahsyat yang menyelamatkan kaum muslimin dari segala penyakit fizikal, baik secara preventif mahupun kuratif.

Doa dan zikir mengajarkan visi, misi, dan langkah-langkah operasionil yang harus ditempuh oleh kaum muslimin untuk mempertahankan iman, meningkatkan amal, menyusun Fusthath iman (kelompok iman), dan melindunginya dari pengkhianatan dari dalam manakala fitnah Duhaima 'yang mengawal keluarnya Dajjal telah datang menfitnah umat Islam.

Doa dan zikir mematahkan semua tipu daya, kepalsuan dan kekuatan Dajjal. Padahal, Dajjal membawa sungai air dan api dan juga gunung mampu memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan bumi bagi menghidupkan  tanaman bahkan menghidupkan kembali beberapa orang yang telah mati.

Doa dan zikir mendatangkan kemuliaan bagi seorang muslim untuk turut menyambut turunnya Nabi Isa dari langit mendapat keimanan dari binatang yang boleh bercakap dan memohon taubat sebelum matahari terbit dari arah barat.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Syiah: Kubur dan duit (gambar)