Minggu, 16 Desember 2012

Jet pejuang rejim Syria laknatullah serang kem pelarian Palestin

jet suriah
Rejim Syiah Assad mengebom kem pelarian Palestin
Jet pejuang Syria dilaporkan telah mengebom sebuah kem pelarian Palestin di Selatan Damsyik pada hari ini, Ahad (16/12). Serangan dilancarkan pertama kali sejak awal konflik di Syria yang sudah berlarutan selama 21 bulan, kata lembaga Hak Asasi Manusia Syria.

"Pesawat pejuang melancarkan serangan udara di kawasan berdekatan Pusat rawatan Al-Bassel di kem Yarmuk dan telah mencederakan beberapa orang," menurut laporan lembaga Hak Asasi Manusia tersebut. Menurut laporan awal yang dikutip oleh pemerhati, kemungkinan ada mangsa yang terbunuh akibat serangan tersebut.
Diterjemahkan dari sumber islampos

Kecanggihan kereta perisai (homemade) milik Mujahidin Syria

Dari jauh kelihatan seperti kotak besi yang besar berkarat, tetapi ketika dilihat dari dekat ianya adalah sebuah kereta perisai yang menunjukkan prestasi baru Mujahidin Syria, kereta perisai buatan sendiri (dengan izin Allah) sedang menanti untuk dikerahkan.

Syam II, diambil dari nama arab Syria, dibina dari kerangka kereta dan diubahsuai oleh Mujahidin menjadi sebuah kenderaan seperti kereta perisai yang biasa digunakan oleh tentera. Syam II dipuji oleh para Mujahidin dengan menyebutnya "100 peratus buatan Syria."

Untuk mencipta Syam II, memakan masa selama sebulan untuk merancang, memasang dan mengembangkan kenderaan tersebut kata pereka Syam II, Mahmud Abud dari brigade Al-Ansar yang berpusat di bandar Aleppo, dilaporkan SaudiGazette.

Mujahidin di atas Syam II

Dari luar rupa bentuk Syam II ringkas tetapi hampir setara dengan kereta perisai buatan kilang. Syam II dilengkapi lima kamera, terletak tiga di bahagian depan, satu di bahagian belakang dan selebihnya di dipasang di senjata.

Kru di dalam kabin sepenuhnya dilindungi, pemandu menjalankan Syam II dengan melihat skrin yang memaparkan video dari kamera yang dipasang tersebut.

Mujahidin di dalam Syam II

Sementara penembak duduk di samping pemandu dan dapat mengaktifkan senjata mesin dengan melihat skrin untuk melihat sasaran dan menggunakan stick yang mengawal peralatan dilengkapi dengan butang-butang.

Dinding logam badan Syam II setebal 2.5 cm dan dikatakan boleh menahan tembakan meriam 23 mm. Namun begitu Syam II dikatakan belum mampu menahan tembakan kereta kebal atau senjata anti-tank RPG.

"Saudara saya, seorang jurutera terlatih yang mengemukakan idea ini. Kami ada kereta, enjin dieselnya dibuang dari kerangkanya dan membina mesin tersebut," kata Abud, yang berpusat di pusat komando Mujahidin di Bishqatin.

Mujahidin di dalam Syam II

Kos yang dikeluarkan untuk mencipta Syam II, tidak termasuk senjata, mencapai USD 10,000.

"Tidak termasuk senjata, kenderaan ini bernilai sekitar USD 10.000," kata Abud.

Mujahidin Syria dengan segala kelengkapan yang terhad secara kreatif mencipta senjata dan peralatan tempur sendiri dengan menggunakan barang-barang yang ada.

Bagaimanapun, bagi Mujahidin senjata canggih bukan faktor utama untuk memenangi pertempuran kerana mereka sepenuhnya yakin bahawa kemenangan datangnya dari pertolongan Allah. Mereka akan tetap bertempur walaupun dengan peralatan tidak secanggih milik musuh.
Diterjemahkan dari sumber arrahmah.com

Menanti detik-detik khilfah di Syria

Mungkin benar mengikut laporan berita terbaru bahawa rejim Bashar al-Assad di Damsyik semakin hari semakin berputus asa dalam menghadapi serangan oleh para pejuang Syria yang tidak pernah berhenti melakukan serangan. Tidak hairan jika Assad jadi gelap mata, dan bersedia untuk menggunakan senjata kimia terhadap rakyat negaranya sendiri.

Assad sendiri, semua broker kuasa utama dalam pemerintahannya dan hampir semua pegawai tentera negara itu sudah menyakini bahawa perang ini adalah masalah "membunuh atau dibunuh".

Para Alawiyah di Syria mempunyai para pembela di dunia Arab, baik kerana sifat ortodoks agama Syiah, yang telah direvolusikan menjadi Revolusi Islam (harap dicatat-ini hanya sekadar nama sahaja!) sejak akhir 1960-an. Secara keseluruhannya, Damsyik ketika ini dilihat sebagai kepingan kepentingan Iran di wilayah tersebut. Namun, kejatuhan rejim Assad yang masih jauh dari jantungnya tidak akan banyak membuat dunia Arab berkabung, di luar Tehran dan di kalangan Hizbullah.

Apakah kejatuhan rejim Syiah Assad akan dirayaikan oleh pihak Barat? Ini masih jadi soalan besar.

Para ekspatriat yang ada di Syria sudah lama menyingkir. Orang-orang yang pada akhirnya akan mengambil alih kuasa di Syria adalah lelaki bersenjata yang menguasai jalan-jalan di desa dan di bandar. Pembunuhan yang mereka alami membuat mereka tidak berbicara dengan suara kerana mereka hanya ingin melindungi keluarga mereka dan masyarakat dari serangan tentera-tentera rejim Assads.

Bagaimana dengan kewujudan Al-Qaeda di bumi Syria? Momok mengatakan mujahid menyusup sebagai pembangkang di Syria dan kemudiannya berkuasa di Damsyik adalah fikiran yang sangat mustahil, bahkan terlalu mengada-gada. 

Banyak dari para pejuang ketika ini berjuang menentang rejim Syria mengasah kemahiran gerila mereka di Iraq. Belajar teknik pertempuran di bandar juga di Iraq dari 2003 hingga 2007. Mereka yang tidak terbunuh di Iraq memilih kembali ke Syria dan mengangkat senjata melawan rejim mereka sendiri. Kemampuan mereka untuk membunuh sejumlah besar pasukan rejim dari awal  perang bermula merupakan indikasi kemahiran mereka sudah lalui.

Juga selepas beberapa bulan berjuang, dan mungkin masih panjang lagi perang akan tamat di Syria, para pejuang Mujahidin Syria dengan penderitaan dan kepentingan yang sama sudah mencapai satu tekad besar. Selepas Assad tumbang, Damsyik akan menjadi tempat pertama Islam ditegakkan dengan bendera perang bukan melalui parlimen dan undang-undang. Tidak hairan jika Amerika sudah mula tiba diperairan laut arab dan menghantar sebahagian induk kapal perangnya di sekitar Syria. Siapa tahu Subuh lah yang akan berdebum di Syria esok hari.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com