Sabtu, 22 Desember 2012

Gadis ini berbogel bantah syariah Islam di Mesir

ALIAA Magda Elmahdy, 22 buat heboh dengan berbogel lagi selepas membuat kerja laknat dengan berbogel di internet tahun lalu. Semakin hampir referendum perlembagaan Mesir yang sedianya dilaksanakan Sabtu (22/12/2012) hari ini, dia nekad melakukan protes dengan tanpa mengenakan apa-apa untuk menutup tubuhnya.

Dia sepenuhnya telanjang dan dia menulis slogan-slogan menolak syariah di tubuhnya, seperti "Kiamat Itu Adalah Mursi", "Tak Ada Agama", "Agama Itu Perhambaan", dan lain-lain lagi.

Magda Elmahdy melakukannya di Kedutaan Besar Kaherah di Stockholm, Sweden pada hari Khamis (20/12/2012). Padahal ketika itu, suhu di Stockholm sedang berada di bawah darjah sifar.
FOTO LAKNAT DI SINI
laknatkan lah ke atas mereka yang menentang kewujudan khilafah di Mesir dan Syria
Aliaa Magda Elmahdy 22, difoto sepenuhnya telanjang dan memegang bendera Mesir di luar kedutaan negaranya di Stockholm pada hari Khamis walaupun suhu di bawah sifar di ibu negara Sweden.

Magda Elmahdy sendiri tidak bersendirian. Dia ditemani oleh dua orang perempuan ahli organisasi feninis Sweden, Femen. Femen sendiri sudah dikenali sebagai aktivis perempuan telanjang dada dan penggunaan seks sebagai citra rasa mereka, demikian menurut Gulf News.

Jelas sekali, semua slogan yang dibawa oleh Magda Elmahdu menyerang Presiden Mesir Muhammad Mursi dan Islam.

Ini sebenarnya bukan pertama kali Elmahdy berbogel. Mahasiswi di American University of Cairo ini sebelumnya pada bulan Oktober 2011 mencatat gambar bogel dirinya di blognya untuk memprotes kebebasan bersuara di Mesir.

Alamat Kiamat kubra 26. Peniupan Kedua Dan Kebangkitan Seluruh Makhluk Serta Berkumpulnya Mereka Di Mahsyar



Pada tiupan kedua, bangkitlah seluruh makhluk untuk bersiap-siap memasuki alam padang Mahsyardi akhirat.  
Terompet atau sangkakala adalah seruling yang bentuk nya seperti tanduk besar yang siap ditiup oleh malaikat Is rafil yang menunggu kapan diperintahkan untuk meniup nya.  Tiupan yang pertama adalah untuk mengejutkan ma nusia dan membinasakan mereka dengan kehendak-Nya
.

Alamat Kiamat kubra 23. Pembenaman Bumi Di Timur, Barat Dan Tanah Arab



Ketiga tanda ini tidak akan dialami oleh orang mukmin,  ka rena mereka telah wafat sebelumnya disebabkan angin yang dating dari arah Yaman. Sesungguhnya kiamat baru akan terjadi pada seburuk-buruk manusia.  
.

Alamat Kiamat kubra 22. Kehancuran Madinah Dan Keluarnya Seluruh Manusia Darinya


Peristiwa ini terjadi menjelang terjadinya goncangan dahsyat di tiga wilayah.   Ia juga berdekatan dengan peristiwa api besar yang akan menggiring manusia menuju mahsyar.  Saat itu Kota Madinah tidak lagi dihuni manusia,  bahkan ada anjing atau srigala yang memasukinya lalu kencing di tiang masjid atau di mimbar.  Seluruh buah-buahan pada waktu itu hanya dimakan burung burung dan binatang buas.  Dalam sebuah riwayat disebutkan,  
.

Mengapa Ariel Sharon susah mati?


11 Februari 2006 BBC menuliskan keadaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon.

Kesihatan Sharon sangat teruk. Dia menjalani pembedahan kecemasan selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami stroke kritikal dan menjalani beberapa siri operasi.

Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan operasi serta merta dan mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel itu.

Diberitakan bahawa doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi khas. Dia mempunyai kesan luka teruk dan tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah rosak dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.

"Nyawa Sharon terancam," kata jurucakap hospital, Yael Bossem-Levy kepada agensi berita Associated Press ketika itu.
Selepas empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melaporkan keadaan terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober 2009.

Akhbar terbitan Israel "Hume Israel" mengutip maklumat ini dari salah sebuah majalah elektronik harian terkemuka di Israel. Media ini melaporkan keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam tahun.
Majalah ini menuliskan bahawa keluarga Sharon masih menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa Sharon masih hidup. Salah seorang dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di sampingnya dan memberitahu perkembangan ternakan lembu yang dia miliki di daerah Selatan Israel. Disamping itu dia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.

Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus jadi seperti ini, Solomo Segev doktor senior yang merawatnya berkata, "Kalau dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun". Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan tetap dengan keadaannya seperti ini sehingga usianya melepasi 90 tahun.

Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran

"Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "[Qs. Ar-rum: 23]

Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.

Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.

Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.

Dan hasilnya ternyata tidur singkat di 'siang hari' sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.

Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.

Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur'an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!

Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur

Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.

Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.

Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.

Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.

Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
"Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. "(Qs. Az-Zumar: 42).

Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?

1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.

2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.

3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo'a sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan".

Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur'anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.