Selasa, 25 Desember 2012

Inilah ‘Syahadat’ versi Syiah

Syiah mempunyai syahadat tambahan yang berbeza dengan majoriti kaum muslimin, berikut ini kutipan persaksian orang yang hendak menganut agama syiah seperti yang boleh dilihat di

أشهد أن لا إله إلا الله

"Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah."

أشهد أن محمدا رسول الله "

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. "

أشهد أن عليا ولي الله

"Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah."

أبرئ إلى الله من أبي بكر و عمر و عثمان و عائشة و حفصة وجميع أعداء أهل بيت رسول الله صلى الله عليه و آله

"Aku berlepas diri kepada Allah dari Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah, Hafsah dan seluruh musuh-musuh Ahlu Bait Rasulullah SAW."

Adapun syahadat versi yang lain, iaitu dengan tambahan bersyahadat kepada 12 Imam Syiah:

1. أشهد أن عليا أمير المؤمنين ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali Amirul Mu` minin adalah wali Allah. "

أشهد أن فاطمة الزهراء حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Fatimah Az-Zahra adalah Hujjah Allah."

2. أشهد أن الحسن حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Al-Hasan adalah Hujjah Allah."

3. أشهد أن الحسين حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Al-Husein adalah Hujjah Allah."

4. أشهد أن عليا السجاد ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali As-Sajjad adalah Wali Allah."

5. أشهد أن محمدا الباقر ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Muhammad Al-Baqir adalah Wali Allah."

6. أشهد أن جعفر الصادق ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ja'far Ash-Shadiq adalah Wali Allah."

7. أشهد أن موسى الكاظم ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Musa Al-Kazhim Wali Allah."

8. أشهد أن عليا الرضا ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali Ar-Ridha Wali Allah."

9. أشهد أن محمدا الجواد ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Muhammad Al-Jawad Wali Allah."

10. أشهد أن عليا الهادي ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali Al-Hadi Wali Allah."

11. أشهد أن الحسن العسكري ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Al-Hasan Al-Askari Wali Allah."

12. أشهد أن محمدا المهدي حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Muhammad Al-Mahdi Hujjah Allah."

(Sumber: mrs / koepas.com)

Bagaimana Islam masuk ke Afghanistan


Afghanistan suatu masa dahulu adalah tanah yang merangkumi wilayah-wilayah Badakhshan, Juzjan, Takhar, Heart, Khurasan, Bukhara, dan Samarqand yang diatur dari kerajaan Parsi.

Apabila Uthman bin Affan yang menakluk Afghanistan. Semua daerah-daerah yang disebutkan di atas ditakluk di era 'Uthman. Sedangkan sebelumnya Abdurahman bin Samurah menakluki Kabul pada zaman baik Umar dan kemudian Uthman. Dalam "Sunan" Abu Daud, dia berkata: "'Abdurahman bin Samurah meriwayatkan kepada kami di Kabul." Jadi,' Abd ar-Rahman bin Samurah menakluki Kabul pada zaman 'Umar atau' Uthman.

Tidak seorang pun dari penduduk yang ditakluk oleh kaum Muslim pernah memberontak atau menentang mereka kecuali orang-orang Afghanistan. Rakyat Afghanistan sangat keras kepala dan ini bukan tugas yang mudah untuk membuat mereka tunduk. Jadi kronologisnya, kaum muslim menakluk itu pada zaman Umar, dan ini diikuti oleh sebuah pemberontakan dari beberapa suku dan pengusiran kaum muslimin dan umat Islam harus kembali di kemudian hari dan menakluk Afghanistan untuk kali kedua di zaman Umar.

Jika rakyat Afghan yakin akan sebuah idea atau kepercayaan, mereka sememangnya sangat terkenal dengan soal itu (kepercayaan). Sebelum Islam datang, rakyat Afghanistan memeluk agama Buddha. Itu sebabnya sehingga kini masih ada patung besar Buddha Bamiyan. Zaman dahulu, sebelum Islam masuk rakyat Afghan terkenal sebagai orang yang menyebarkan agama Buddha ke Pakistan dan India.

Islam kemudian datang, mereka menjadi yakin Islam dan mereka menyebarkannya ke seluruh wilayah. Jadi, sebahagian besar daerah ini melaksanakan Islam melalui mereka dan Mahmud Al-Ghaznawi menyerang India tujuh kali. Dia masuk dan menghancurkan patung mereka.

Sampai sekarang, kerana keyakinan yang eratnya itulah, rakyat afghansitan tetap berdiri kukuh menghadapi badai pencerobohan dari sejak zaman Russia dulu sehingga lah kini di era Amerika dan NATO.
Diterjemahkan dari sumber Islampos.com