Minggu, 30 Desember 2012

Tiada satu pun masjid di Syria yang tidak dibom oleh Syiah - Syeikh Ali al-Shobuni


Syeikh Muhammad Ali al-Syabuni dari Syria, ketika melawat Malaysia memaparkan apa yang sedang berlaku di Syria. Berikut ini adalah beberapa perkara yang disampaikan Syeikh Ali a-Syabuni mengenai perjuangan di Syria.

Syeikh mengatakan bahawa ada empat sebab mengapa jihad di Syria lebih diutamakan sementara waktu ini berbanding Palestin. Syeikh tentu saja menegaskan bahawa jihad di Palestin pun juga pentingnya.
1). Beliau berkata keadaan di Syria lebih buruk daripada Palestin. Umat ​​Islam dibunuh dengan kejam. Menurut beliau, ibaratnya 60 ribu rakyat Palestin dibunuh dalam masa 60 tahun. Tapi di Syria, 60 ribu umat Islam dibunuh hanya dalam masa dua tahun sahaja. Itu menurut data rasmi. Ada puluhan ribu pembunuhan lain yang tidak mungkin direkodkan.

2). Para ulama sudah mengeluarkan fatwa bahawa Syria menjadi tempat yanga istimewa berdasarkan Quran dan Sunnah, melihat keutamaan Syria. Syria adalah bumi Dimasyh, di mana Nabi Isa akan turun nanti, seterusnya Imam Mahdi mengikuti dalil al-Quran.

3). Jihad di Palestin sudah diketahui oleh umat Muslim sedunia. Namun di Syria, sebahagian besar umat Islam hanya tahu bahawa itu hanya konflik sosial dan reformasi. Di Syria tidak ada media dan juga tidak ada bantuan.

4). Menurut Syeikh Ali, "Tiada satu pun masjid di Syria yang tidak dibom!". Seorang perempuan harus merahsiakan kematian keluarganya kerana jika dia membocorkannya, dia akan ditangkap dan dibunuh.

Bakal penyerang Arsenal: "Assalamualaikum"


Penyerang Newcastle United yang bakal berhijrah ke Arsenal pada awal Januari ini, Demba Ba dikenali sebagai pemain bola sepak Muslim yang taat. Selain dikenali seorang yang taat menjalani ibadah, Ba tidak segan menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin dari penjajahan Israel.

Namun satu yang tidak boleh dilupakan, Ba boleh juga dipanggil sebagai pendakwah. Hal itu boleh dilihat dari akaun twitter bekas pemain West Ham United itu, @ dembabafoot. Di kala waktu dia mengingatkan bahawa meraikan dengan bersujud merupakan rasa bersyukur kepada Allah. Hal itu sebagai jawapan atas tuduhan legenda Liga Inggeris Gary Lineker yang menyebut aksi tersebut  seperti orang sedang makan rumput.
Calon Penyerang Arsenal:
Ba memang dikenali sebagai ikon pemain yang melakukan kejayaan dengan bersujud syukur selepas menyumbang gol. Ba pernah membalas dalam akaun dengan peminatnya dengan jawapan "terima kasih ya Allah" dan "inshaallah".
Terkini pemain kebangsaan Senegal itu mengucapkan salam, "Assalamualaikum" yang langsung di retweet 413 dan 70 peminatnya. Dengan jumlah hampir 160 pengikut di twitter, Ba sepertinya sedar boleh berperanan dalam mengenalkan ajaran Islam.
Diterjemahkan dari sumber republika

Tokoh Brigade Al-Qassam syahid di Syria


q2
Seorang lelaki Palestin yang terbunuh di Syria pada hari Jumaat lalu adalah seorang tokoh senior sayap bersenjata Hamas. Pejuang dan pegawai Hamas mengesahkan berita tersebut semalam (29/12/2012).

Muhammad Qunneita, 31 tahun, dari kem pelarian Shati di Jalur Gaza telah berada di Syria selama empat bulan, saudaranya memberitahu kepada pejabat berita Ma'an.

Pejuang Syria berkata kepada Reuters semalam (29/12/12) bahawa Qunneita syahid (Insya Allah) dalam pertempuran di sekitar lapangan terbang Aleppo di mana dia telah membantu melatih pejuang Arab dan Muslim yang berada di Syria. Aktivis di Syria juga mengatakan Qunneita telah menjadi tokoh terkemuka di Brigade Al-Qassam Hamas.

Setelah Qunneita meninggal pada hari Jumaat lalu, laman berita yang berkaitan dengan Hamas 'Palestine Now' menggambarkan dia sebagai komander Brigade Izzuddin Al-Qassam, kata seorang pegawai tentera di Gaza.

Dia telah melatih brigade pejuang pembangkang selama beberapa waktu di Syria dan cedera parah semasa serbuan bandar Idlib pada Khamis lalu, kata laporan itu.

Tetapi sumber Hamas di Gaza mengatakan kepada Reuters, Qunneita telah meninggalkan brigade Al-Qassam Hamas dan bergabung dengan kelompok jihad sebelum berangkat ke Syria untuk melawan rejim Assad. 
Diterjemahkan dari sumber islampos

Inilah sebab mengapa Israel bunuh kanak-kanak Palestin

Perang antara Israel-Palestin tidaka akan ada noktahnya. Entah sampai bila Israel akan melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin. Dari sekian ribu mangsa korban keganasan perang Israel 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sanggup meragut nyawa anak-anak Palestin? Ada yang kata memang tabiat Israel yang kejam dan biadab, ada juga yang berkataIsrael takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga. Inilah sebeb mengapa Israel menjadikan kanak-kanak Palestin sasaran operasi mereka selain kumpulan Hamas.
Salah satu pimpinan Hamas, Ismali Haniya berkata kanak-kanak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" Demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang disekat dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus berinteraksi dengan al-Quran. Tidak ada main Play Station atau game bagi mereka. 

Seperti yang kita ketahui bahawasanya Hamas mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi ahli mereka, diantaranya Hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu terutama sekali solat subuh. 
Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat tapi itu semua tidak mengugat niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam. Israel sememangnya gagah dalam segi jumlah pasukan dan peralatan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.