Selasa, 01 Januari 2013

Janet Jackson buat keputusan peluk Islam

Janet Jackson memutuskan memeluk Islam. keputusan Janet ini seiring dengan racangan pernikahannya dengan seorang lelaki kaya Qatar, Wissam Al Mana. Janet dan Wissam akan berkahwin dengan cara Islam di Doha Qatar pada tahun 2013.

Rakan karib Janet yang juga penulis berasal dari Turki, Adnan Oktar memastikan khabar bahawa adik dari Michael Jackson ini telah memeluk Islam. Menurut Oktar, Janet telah memeluk Islam sekitar setahun lalu. "Namun hal ini dirahsiakannya di depan peminatnya," begitu pernyataan Oktar yang dikutip laman Emirates 247.

Kabar Janet yang memeluk Islam memang telah bertiup sejak setahun lalu. Sebuah media Britain sempat memuatkan foto Janet yang mengenakan hijab.

Islam sendiri bukan hal yang baru bagi Janet. Sebelumnya kakak Janet, Jaremaine Jackson lebih dahulu memeluk Islam.

Selain khabar tentang keputusannya menjadi muallaf, Janet juga menarik perhatian dunia dengan pernikahan super mewahnya. Khabarnya, Janet dan Wissam akan menerbangkan terus 500 orang tetamu pernikahannya dari Amerika ke Doha. Bayaran yang dikeluarkan kedua-dua pasangan ini untuk menjemput tetamu ditaksir mencapai tiga juta dolar Amerika.

Sebagai ucapan terima kasih, pasangan ini akan menghadiahkan kepada tiap tetamu sebuah jam Rolex bernilai 10 ribu dolar. Laman Emirates 247 mendakwa bahawa pernikahan Janet akan menjadi salah satu yang terakbar yang pernah ada.

Perang: Islam Vs Syiah Nusairiyah

bashar assad_islampos_suriah


Tidak ramai umat Islam yang tahu tentang peristiwa yang sedang berlaku di Syria. Ramai dikalangan umat Islam berfikir bahawa kebiadaban rejim Syria semata-mata berdasarkan kepada kepentingan politik untuk menyelamatkan rejim Parti Baath iaitu Parti Sosialis yang telah mencengkam rakyat Syria selama puluhan tahun oleh kekuatan senjata.

Kebiadaban rejim Baath di Syria juga meremehkan ideologi dan agama. Dalam hal ini, Parti Baath telah dikuasai oleh kumpulan Nusairiyah sejak era Hafizh Al-Asad.

Kelompok Nusairiyah merupakan bahagian dari mazhab Syiah ekstrem yang telah dinyatakan murtad dari Islam oleh seluruh ulama kaum muslimin. Jadi, rejim Syiah ekstrem ketika ini melakukan kebiadaban terhadap majoriti orang-orang yang beragama Islam iaitu Ahlus Sunnah wal Jamaah. Demonstrasi awam melawan kebiadaban tentera Syria benar-benar merupakan pertempuran antara dua agama iaitu Islam vs Nusairiyah.

Tidak menghairankan ketika Iran yang mengaku agama Syiah Imamiyah (juga boleh disebut ShiahItsna Atsariyah atau Syiah Ja'fariyah) sangat kuat memberikan sokongan dalam urusan ketenteraan, ekonomi, dan politik ke Syria.

Bila digabungkan dengan kekuatan Syiah Lebanon (atau nama lain Hizbullah), kekuatan Israel dan Kristian Lubnan yang juga memusuhi Ahlus Sunnah, maka orang Sunni Syria berada dalam kepungan di setiap sudut.
Diterjemahkan dari sumber islampos