Jumat, 04 Januari 2013

855 pelarian Palestin syahid di Syria akibat kekejaman rejim Syiah Assad sejak 2011


Jumlah syuhada Palestin di kem-kem pelarian di Syria terus meningkat sejak bermula konflik antara tentera Assad dengan orang awam. Hingga ketika ini menurut sebuah badan antarabangsa untuk pelarian Palestin, korban dari pihak pelarian Palestin mencapai angka 855 orang.

Sementara pengeboman dan pengepungan kem pelarian Palestin Yarmuk di Damsyik masih terus berlaku.

Kem pelarian Yarmuk yang terkena ledakan api dan tembakan oleh pasukan yang setia kepada rejim Syria, menyebabkan kerosakan yang ketara di kem.

Jawatankuasa koordinasi dari kem pelarian Yarmuk menyatakan bahawa pasukan rejim, yang ditempatkan di berek al-Thawri Sufian di persekitaran al-ka'a telah melancarkan puluhan mortar di kem-kem pelarian Yarmuk untuk hari kedua di tahun baru ini secara berturut-turut.

Dalam perkembangan lain, sumber-sumber media menegaskan bahawa tentera Israel mula membina "tembok keselamatan" baru di sepanjang kawasan sempadan antara Golan yang diduduki dan selebihnya merampas dari wilayah Syria.

Sumber tersebut memberitahu bahawa Kementerian Pertahanan Israel berusaha untuk menyelesaikan pembinaan tembok keselamatan sebelum jatuhnya rejim Assad, untuk sebarang kemungkinan serangan ke atas rakyat Israel dari wilayah Syria.

Tembok keselamatan ini akan dibina dari daerah Hamma hingga ke Quneitra-sempadan sebelah utara dari Golan yang diduduki.

Perlu dicatat bahawa pembinaan tembok di sempadan Syria dan Jordan menunjukkan bahawa pihak berkuasa pendudukan mula hidup di daerah yang terpencil. Daerah yang sengaja ditutup dari semua sisi, kecuali dari arah laut.
Diterjemahkan dari sumber islampos


Lebih dari 500 tahanan muslimah sunni Iraq dirogol rejim Syiah


Syeikh Al-Dhari mengingatkan bahawa ketika ini lebih dari 5000 muslimah sunni masih berada di penjara-penjara rejim Syiah Iraq. Bukan hanya 400 muslimah sunni, seperti digembar-gemburkan oleh rejim Al-Maliki. Di penjara Al-kazhimiyah sahaja, terdapat lebih dari 500 tahanan muslimah sunni yang melahirkan bayi akibat diperkosa secara brutal oleh tentera dan warden rejim Syiah Iraq.

Syeikh Al-Dhari menyebutkan bahawa PM Al-Maliki tidak akan melepaskan para muslimah sunni yang ditahan dalam penjara-penjara kerana akan menyebabkan terbongkarnya kebiadaban rejim Syiah Iraq boneka NATO dan Iran tersebut.

Siri demonstrasi rakyat Iraq yang selama tiga minggu terakhir berlangsung di sebahagian besar daerah dan bandar, menurut Al-Dhari gerakan rakyat bukan gerakan kelompok tertentu. Suku bangsa Bersatu, Kurdistan dan Turkman bersatu dalam aksi-aksi demo tersebut. Bahkan beberapa bandar dengan majoriti penduduk Syiah seperti Karbala juga menghantar beribu-ribu warganya untuk bergabung dengan para penunjuk perasaan muslim sunni.