Minggu, 27 Januari 2013

Israel tidak mampu hentikan Azan


Sejumlah kelompok Yahudi ekstrem gagal melakukan konspirasi untuk menghentikan azan yang dikumandangkan di beberapa kawasan pendudukan Palestin.

Sebagaimana dilaporkan TV Alalam, Rabu lalu, sekumpulan pelampau di wilayah Ramat Aviv yang terletak di utara Tel Aviv, mengajak warga Yahudi di wilayah itu untuk bersama-sama menghentikan laungan azan.

Mereka mengajak pendatang Yahudi lain di wilayah itu dengan meneriakkan pengumuman melalui pembesar suara di tengah malam.

Rangkaian 10 televisyen rejim Yahudi dalam laporannya berkata, "Tindakan  para kaum ekstrem yang mengajak warga Yahudi di wilayah Ramat Aviv untuk mematikan suara azan di masjid-masjid, di luar dugaan mendapat bantahan keras dari warga Yahudi. Bahkan di beberapa kawasan penempatan pendatang Israel, mereka marah dan mencaci para ekstrimis itu. "

Sebahagian warga Yahudi, kata Rangkaian 10, menelefon polis dan mendesak agar para ekstrimis itu ditangkap.
Diterjemahkan dari sumber republika

Kisah sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah


Dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya.

Dengan takdir Allah s.w.t., tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah disengat binatang. Mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal. Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan daripada kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi. Mungkin mereka boleh membuat sesuatu untuk merawat.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada orang Islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca: “AlhamdulilLah”. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan
dihembuskan, menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain, dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.
Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah berjaya melakukan rawatan dengan membaca Ummu al-Qur’an (Surah al-Fatihah). Kalau difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawa pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan sedikit hembusan air ludah.

Setiap orang Islam boleh dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit, seperti sakit terkena gigit kala jengking ataupun lipan boleh sembuh, sering dirasakan seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti ini bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa, tidak digagahi oleh sesuatu, apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia berkata: jadilah maka jadilah (Surah Yasin : 82).

Sumber dari Darussyifa’

Bimbang Islam berkuasa, AS hulur bantuan Assad US 5 Billion


Sabtu 26 Januari 2013, laman Wikileaks membocorkan dokumen terbaru yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat memberikan bantuan material kepada presiden Syria, Bashar Al-Asad bernilai lima bilion dollar untuk menghadapi kelompok pembangkang kerana AS takut pada pilihan rakyat ketika perletakan jawatan Al-Asad, iaitu berkuasanya Islam.

Dokumen tersebut mendedahkan kaedah presiden AS, Barack Obama, menghadapi tragedi Syria dengan mengkhianati revolusi Syria iaitu dengan menyokong rejim Bashar secara senyap. Pada masa yang sama dia juga melarang negara-negara teluk membekalkan senjata kepada kumpulan penentang Syria.

Sementara itu, seorang dari pejabat pihak pembangkang Syria memberitahu kepada akhbar Sunday Times bahawa CIA melarang selama 10 bulan lalu terhadap penghantaran senjata berat seperti kereta kebal dan pesawat tempur kepada pihak yang menentang rejim Assad.

Sejarah konspirasi jahat Syria bersama Amerika


assad tong sampah
Setelah kekalahan Khilafah Uthmaniyah dalam Perang Dunia pertama dan melalui Perjanjian Sykes-Picot antara Perancis dan British pada tahun 1916, Perancis menduduki apa yang kita kenal hari ini sebagai negara Syria. Agar seseorang dapat memahami sejauh mana pengaruh AS di Syria dan untuk memetakan hubungan antara rejim Assad dan AS, kita harus meninjau sejarah moden Syria. Berikut adalah 10 peristiwa dalam susunan kronologi yang bermula dari masa penjajahan Barat atas Syria hingga sekarang, yang menunjukkan penglibatan AS di negara itu.

1. AS dan CIA mengatur rampasan kuasa tentera di Syria sejak tahun 1949
AS melalui kedutaan besarnya di Damsyik dan CIA, memimpin rampasan kuasa tentera pertama yang pernah berlaku di Syria pada tahun 1949 seperti yang disebutkan dalam buku "The Game of Nations" yang ditulis oleh Miles Copeland . Hal ini menandakan awal perjuangan antarabangsa atas Timur Tengah di antara Amerika Syarikat yang merupakan pendatang baru di percaturan politik dunia dan Eropah (Perancis dan British) yang memegang pengaruh di kawasan itu namun keluar dari Perang Dunia II dalam keadaan hancur. Kedutaan Besar AS dan CIA terus menyokong beberapa rampasan kuasa tentera berikutnya di Syria sepanjang tahun 50-an dan 60-an untuk melawan pesaing Eropah mereka. Ini merupakan era ketidakstabilan yang berlangsung lebih dari dua dekad.

2. Penarikan pasukan tentera Syria oleh Hafez dari Perang 1967 adalah untuk melindungi Israel. 
Mantan Presiden Syria, Amin al-Hafiz, berkata dalam sebuah wawancara di Al-Jazeera pada tarikh 2 Julai 2001, bahawa Hafez al-Assad, yang kemudian menjadi Menteri Pertahanan telah mengeluarkan arahan tegas untuk menarik tentera Syria dari Dataran Tinggi Golan pada awal Perang 1967. Ini berlaku sebelum tanda-tanda kekalahan atau konfrontasi nyata terhadap tentera Israel yang telah menyebabkan pendudukan lokasi yang strategik itu. Melalui langkah inilah, Assad mendapat kepercayaan dari AS untuk mempertahankan sempadan utara Israel dan dia terus lakukan selama tiga dekad seterusnya.

Hafez_Al-_Assad_11

3. AS menyokong Syria melalui Resolusi PBB 242 pada tahun 1967 
Resolusi PBB 242 yang disahkan selepas Perang 1967, yang umumnya dikenali sebagai Perang Enam Hari dengan Israel dan pendudukan Dataran Tinggi Golan yang merupakan geran dari Syria hingga hari ini untuk mendapatkan kembali wilayahnya. AS menyokong perjanjian ini dan hak Syria atas wilayahnya. Hal ini berbeza dengan kedudukan Israel, terlepas dari janji di bibir untuk menolak setiap gagasan menyerahkan wilayah yang strategik secara geografi ini.

4. Memperkuat Hubungan AS-Syria selepas Perang 1973
Selepas perang 1973 dengan Israel, AS seharusnya menghukum Syria dengan hukuman. Sebaliknya, pada tahun 1974, Presiden Nixon secara peribadi melakukan lawatan ke Damsyik untuk mengukuhkan hubungan dengan rejim Assad.

5. AS menerima pendudukan Syria atas Lebanon sejak tahun 1976
Pasukan Syria menyerang Lubnan pada awal perang saudara. AS bertindak diam untuk tidak menentang penjajahan adalah merupakan "lampu hijau" bagi Hafez al-Assad untuk memulakan dan meneruskan pencerobohan ini hingga tahun 2005, ketika sebuah resolusi oleh mandat Perancis mendorong Syria supaya keluar dan sementara AS pula berdiam diri. Sebuah analisa politik menggambarkan peranan AS dengan mengatakan "AS dilihat secara diam bersetuju kesinambungan kuasa Syria di Lebanon." 

Hafez_Al-_Assad_36

6. Kerjasama Syria dan AS melalui Perjanjian Tai'f pada tahun 1989
Perjanjian Taif ditandatangani di Arab Saudi antara puak-puak di Lebanon yang berbeza untuk menamatkan perang saudara pada tahun 1989. AS adalah broker kuasa selain Perancis, Arab Saudi, Mesir dan Syria yang membantu membuat perjanjian yang, "menggalakkan sokongan antarabangsa bagi amanah Syria atas Lebanon."

7. Syria bergabung dengan AS dalam kempen untuk menyerang Iraq pada tahun 1991
Syria menyokong AS dalam kempen perang melawan Iraq (Operation Desert Storm) dengan menghantar 14500 tentera dan anggota tenteranya untuk membantu AS dalam serangan di Iraq.

8. AS menjadi orang tengah dalam rundingan antara Syria dan Israel sepanjang tahun 1990-an
Hafez al-Assad bersetuju AS sebagai orang tengah antara Syria dan Israel. Ketua Staf Angkatan Darat Syria, Leftenan Jeneral Hikmat al-Shihabi, mengetuai delegasi ke AS untuk membincangkan rundingan damai tentang masalah tersebut. Dalam sebuah wawancara dengan TV Russia Today, mantan Menteri Pertahanan Syria dan tokoh utama rejim Assad, Mustafa Tlass menyatakan dengan tegas bahawa al-Shihabi adalah agen CIA untuk Amerika Syarikat. 

Hafez_Al_Assad_Clinton_New_09

9. Kerjasama perisikan antara CIA dan Syria untuk menyeksa para tahanan sejak tahun 2001
Kerja sama erat antara CIA dan rejim Syria begitu hangat, bahkan selama Syria disebut sebagai negara bajingan (rogue state), rejim Syria masih menawarkan perkhidmatan untuk melakukan pekerjaan kotor bagi CIA. Rejim menggunakan badan-badan intelijennya yang terkenal dengan sifat jahat untuk mengorek maklumat dari para tahanan dan tawanan perang melalui penyeksaan yang dilakukan untuk CIA. Kes terkenal ialah Maher Arar, seorang warga negara Kanada.

10. AS menyokong rejim Syria selama Revolusi Syria 2011
Sebagaimana yang telah dibincangkan secara terperinci melalui bahagian pertama dari siri ini tentang lembaga rejim Assad, AS telah bertindak secara diam dan menyaksikan pembunuhan warga awam Syria selama 2 tahun yang berlaku setiap hari.

Seperti yang jelas kelihatan, dalam sejarah moden Syria sejak awal AS cuba untuk mengatur agen-agennya berkuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan. Walaupun AS terus memberikan retorika penentangan terhadap Syria, negeria itu mencapai puncak hegemoninya ketika agennya, Hafez al-Assad mencapai kuasa pada tahun 1970. Sejak al-Assad, Syria telah menjadi negara kaki tangan rahsia AS untuk melayani kepentingan di wilayah itu dan melindungi sempadan utara Israel. Secara lahiriah Hafez mengaku sebagai pemimpin penentang di wilayah Arab.