Kamis, 31 Januari 2013

Di manakah kedudukan Khurasan?


black_flags_from_khorasan2
Khurasan, dalam hampir semua hadis akhir zaman yang disampaikan oleh Rasululllah SAW, memegang peranan penting. Ini kerana dari Khurasan lah awal bermula akhir zaman. Dimanakan Khurasan berada?

Berdasarkan peta nationmaster, lokasi negeri ini berada di sebelah utara Iran (Parsi), Pakistan (Sijistan) mahupun India (India). Nationmaster menulis: "The older Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan".

Khurasan adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu akan muncul para ikhwan imam Mahdi (sahabat yang menyokong imam Mahdi).

Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis."

Hari ini dunia mengenalnya sebagai wilayah dengan nama Afghanistan-Tajikistan-Turkmenistan dan Uzbekistan.

Sebuah kawasan yang bergunung-gunung dengan iklim yang esktrim (musim panas yang kering dan musin sejuk yang bersalji), bahkan sering menjadi pusat terjadinya gempa, namun meskipun dianggap sebagai negera termiskin di dunia, orang-orang Afghanistan adalah orang-orang yang mulur dan tangguh 

Terbukti empayar Rusia yang pernah menjajah mereka berjaya mereka kalah kan dan dihalau (ekonomi Rusia defisit akibat perang Afghan).

Walaupun negara tersebut sudah bebas tapi masih dilanda pertikaian antara suku, bahkan pasukan AS dan sekutunya tidak mampu menaklukan pertikaian yang ada.

Meskipun jumlah pasukan dan teknologi yang di turunkan tidak terkira jumlahnya, namun Khurasan seolah tidak boleh dijamah oleh mana-mana tangan menguasainya.

Adakah mereka hanya boleh dikuasai oleh Imam Mahdi?

Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun," (Ibnu Majah).

Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. "Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim).
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos

Mengaku Imam Mahdi, lelaki Arab ini ditahan



Warga tempatan di salah sebuah kota kecil Arab Saudi terbangun dari tidurnya di tengah malam kerana mendengar suara teriakan seorang lelaki dari speaker masjid.

Lelaki itu berteriak mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi Al Monthathar yang akan menyelamatkan bumi.

Setelah mendengar suara teriakan itu, orang di kawasan tersebut bangun dari tidur dan pergi menghampiri masjid tersebut dan menangkap lelaki misteri itu sebelum menghubungi polis.

Polis datang dan berkata lelaki misteri itu mengalami gangguan jiwa.
"Dia berteriak dengan menggunakan pembesar suara masjid, mengatakan bahawa dirinya ialah Imam Mahdi yang terpilih. Dia meminta seluruh warga tempatan untuk bertaubat, "kata pihak polis tersebut kepada Suratkabar Alsaudi yang dilaporkan okezone, Selasa (29/1/2013).

Warga tempatan berkata, "lelaki itu tinggal di bandar yang sama dengan mereka dan sering mahu menggantikan imam masjid yang sedang hadir untuk memimpin solat berjemaah," tambahnya.

Pada akhir 2012, peristiwa yang sama telah berlaku di negeri pengeluar minyak itu.Seorang lelaki berusia 70 tahun mendakwa dirinya sebagai penyelamat bumi, selepas warga selesai beribadah solat Jumaat lelaki itu ditangkap polis.



Syiah Nushairiyah anggap bulan sebagai Ali bin Abi Thalib


Ulama asal Syria Syaikh Khatib As-Suri memberikan pendedahan tentang Syria sebagai sebahagian daripada negeri Syam yang begitu dimuliakan dan menjadi kiblat para ulama. Namun semenjak rejim Hafez Asad dan Bashar Al Assad berkuasa, Syria menjadi negeri yang merosot.

Hal itu diungkapkan Syaikh Khatib As-Suri saat menjadi salah satu pembicara penggalangan dana untuk Syria yang diadakan # ITJ Chapter Jakarta, di Masjid Al-Furqon, DDII Jakarta Pusat, pada Ahad (27/01/2013).

Dia menyampaikan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melawat negeri Syam dua kali, demikian pula para sahabat.

"Di antara para sahabat yang pergi ke Syam dan berjihad fi sabilillah, diantaranya adalah Khalid bin Walid, Mu'adz bin Jabal, Abu Ubaidah ibnul Jarrah, Abu Darda, Bilal bin Rabah Al Habsyi, dan selainnya sekitar lebih daripada dua puluh orang sahabat yang pergi ke Syam. Di antara para ulama ada Imam Nawawi, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, Ibnul Jazi dan banyak ulama lain, "kata Syaikh Khatib As-Suri di hadapan hadirin pada Ahad (27/1/2013).

Negeri Syam yang mulia dan menjadi kiblat para ulama lalu menjadi rendah lantaran kehadiran Hafez Al-Assad dan diteruskan anaknya Bashar Al-Assad.

"Dahulu negeri Syam adalah kiblatnya para ulama kiblatnya para penuntut ilmu, hingga hadirnya Hafez Al-Assad dan anaknya Bashar Al-Assad, maka negeri Syam yang awalnya negeri yang mulia menjadi negeri yang rendah, dari kiblatnya ulama menjadi para penghina ulama," kata beliau.

Lantaran itu rejim Assad penganut Syiah Nushairiyah itu pada dasarnya bukan seorang muslim sebagaimana aqidah dan kelakuan sesat mereka.

"Syria sejak sekitar 40 tahun yang lalu dikuasai pemimpin zalim Hafez Asad yang menganut Syiah Nushairiyah, nama mereka adalah nama Islam akan tetapi aqidah dan perilakunya bukanlah perilaku muslim. Bahkan diantara keyakinannya, ketika para penganut Syiah Nushairiyah itu melihat bulan di langit, mereka akan mengatakan assalamu'alaika ya Amirul Mu'minin (salam sejahtera bagimu wahai amirul mukminin), itu bukanlah bulan, tetapi wajah Ali bin Abi Talib, "jelasnya.

Selain itu, mereka tidak solat, tidak berpuasa dan tidak berhaji, itulah Syiah Nushairiyah dimana Hafez Al-Assad dan Bashar Al-Assad adalah penganutnya.

Demikian pula undang-undang di Syria adalah undang-undang sekular sosialis, buktinya Rusia dan China menyokong Bashar Al Assad begitu juga Iran yang menyokong Assad kerana dia penganut Syiah.

Ramai para ulama yang disumbat ke penjara dan ramai juga dari mereka yang berhijrah akibat sikap autoritarian Bashar Al Assad.
Diterjemahkan dari sumber globalmuslim