Minggu, 03 Februari 2013

Masakan Yahudi

Masakan Yahudi bukan satu masakan, tetapi sebuah koleksi masakan antarabangsa yang dikaitkan dengan hukum pemakanan Yahudi (kashrut) dan tradisi cuti Yahudi. Sesetengah makanan, terutamanya daging babi dan kerang-kerangan, adalah dilarang seperti daging dan tenusu tidak dimakan bersama, dan daging mestilah daripada binatang yang disembelih dengan upacara amal serta dibubuh garam untuk menyingkirkan semua darah. 
Tanda U dalam bulatan bererti produk tersebut disahkan kosher oleh Orthodox Union (OU). Perkataan "Pareve" menunjukkan bahawa produk itu tidak mengandungi bahann dari susu atau daging.
Terdapat upacara amal yang istimewa berkenaan dengan wain dan roti. Disebabkan oleh taburan geografi Yahudi yang luas, jenis masakan Yahudi adalah sangat banyak dari segi ramuan dan pengaruh tempatan pada cara makanan itu disediakan dan dihidangkan.

Kashrut (bahasa Ibrani: כַּשְׁרוּת kašrût) atau Kosher bermaksud makanan "suci" atau "sesuai". Sesuatu makanan tersebut akan dikira sebagai suci jika penyediaannya adalah mengikut cara-cara yang diajarkan di dalam kitab Taurat, jika tidak disediakan mengikuti syarat-syarat tersebut, makanan tersebut haram dimakan dan dilarang dimakan. Daripada segi teorinya, Konsep Kosher ini lebih kurang sama dengan konsep "Halal" yang diguna pakai oleh orang-orang Islam namun dari segi praktikalnya ia amat berbeza sama sekali.
Makanan yang tidak sesuai dengan hukum Yahudi diistilahkan treifah atau treif (טְרֵפָה ṭərēp̄āh) ("terkoyak"); istilah ini asalnya merujuk kepada binatang (dari spesies yang kosher, misalnya lembuatau biri-biri) yang disembelih dengan cara yang silap atau dilukai hingga mati oleh binatang buas dan kerana itu tidak layak dimakan manusia. Di antara orang-orang Sefardi, istilah ini biasanya hanya merujuk pada daging yang tidak kosher.
Hukum dasar kosher ditemukan dalam Kitab Imamat di dalam Taurat, yang diuraikan secara terperinci dengan lisan (Mishnah dan Talmud) dan dikanunkan oleh Shulkhan Arukh dan kemudian oleh pimpinan rabai. Ada banyak sekali alasan yang dikemukakan untuk hukum-hukum ini, yang menganjur dari falsafah dan ritual hinggalah praktikal dan kebersihan.

Wanita solehah lebih baik daripada bidadari syurga

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)


Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)


“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Hari Hijab Sedunia: Ratusan wanita bukan Islam berhijab


Disertai dengan beratus-ratus perempuan  bukan Muslim memakai tudung, Hari Hijab Sedunia disambut pada 1 Februari lalu.

"Saya tidak diajar menggunakan apa yang anda sebut sebagai tudung. Anda tinggal memasukkannya ke kepala anda. Tetapi saya mendapati bahawa kelebihannya sangat luas. "

Itu yang dikatakan Jess Rhodes, 21 tahun, seorang mahasiswi dari Norwich di England. Dia sangat ingin untuk mencuba penutup kepala, tetapi sebagai seorang bukan islam dia tidak pernah berfikir bahawa itu merupakan sebuah pilihan.

Jadi ketika temannya memberikan peluang untuk memakai tudung, dia menyanggupinya.

"Dia meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu menjadi Muslim, ini hanya soal kesopanan, walaupun dikaitkan dengan Islam. Jadi saya fikir, mengapa tidak? "

Rhodes merupakan salah seorang daripada beratus-ratus bukan Islam yang mengenakan jilbab dalam peringatan pertama Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Jejaring sosial
Peringatan yang dianjurkan oleh seorang perempuan berasal dari New York Nazma Khan, dan disebarkan melalui laman web jejaring sosial telah menarik perhatian Muslim dan bukan Muslim lebih dari 50 negara di seluruh dunia.

Bagi kebanyankan orang, hijab merupakan simbol penindasan dan perbezaan dan menjadi perdebatan di negara-negara Barat.

Hari Hijab Sedunia dirancang untuk meredakan kontroversi itu dan mendorong perempuan bukan Muslim (atau perempuan Muslim yang tidak mengenakannya) untuk menggunakan dan mengalami seperti apa memakai tudung, sebagai sebahagian daripada usaha untuk saling memahami.


"membesar di Bronx, di NYC, saya mengalami diskriminasi yang besar kerana hijab saya," kata penganjur, Khan, yang pindah ke New York dari Bangladesh pada usia 11 tahun. Dia merupakan salah seorang pemakai tudung di sekolahnya.

"Di sekolah menengah saya merupakan 'Batman' atau 'ninja,'" kata dia.
"Ketika saya kuliah tidak lama selepas peristiwa 9/11 (11 September 2001), mereka memanggil saya Osama bin Laden atau 'pengganas". Itu sangat mengerikan, "kata beliau.

"Saya berfikir satu-satunya cara untuk menamatkan diskriminasi adalah jika kita meminta rakan kita untuk merasakan sendiri pengalaman berhijab."

Khan tidak menyangka akan mendapat sokongan dari seluruh dunia. Dia telah dihubungi oleh puluhan orang dari pelbagai negara, termasuk Britain, Australia, India, Pakistan, Perancis dan Jerman. Maklumat mengenai kumpulan ini telah diterjemahkan ke dalam 22 bahasa.

Melalui jejaring sosial ini, Jess Rhodes terlibat. Rakannya Widyan Al Ubudy tinggal di Australia dan meminta rakan Facebooknya untuk turut terlibat.

"Mereka khuatir saya akan diserang di jalanan kerana adanya jurang toleransi."

Rhodes juga bimbang dengan reaksi ini, tetapi selepas lapan hari menggunakan tudung dia terkejut dengan situasi positif yang dialaminya.

"Saya tidak dapat menjelaskan tetapi ramai yang membantu, terutama di kedai-kedai," kata dia.

Esther Dale, 28 tahun, yang tinggal di negara bahagian California AS, merupakan seorang perempuan bukan Muslim yang cuba memakai tudung pada hari tersebut.

Ibu dari tiga anak ini diberitahu oleh seorang rakannya yang merupakan seorang pemakai tudung.

Sebagai penganut Mormon, Dale faham pentingnya keyakinan dalam kehidupan sehari-hari, dan tuduhan yang diperolehi kerana pakaian yang dikenakan.

Dia mengetahui stigma terhadap penutup kepala dan berharap peluang ini boleh digunakan untuk memadamnya.

"Saya mengetahui mengenai kesantunan dalam perilaku, tidak hanya pakaian dan ini hanya merupakan andaian yang salah bahawa perempuan menggunakannya jika mereka dipaksa, terutama di AS," ujarnya.

"Ini merupakan peluang yang baik untuk mendidik orang bahawa anda tidak dapat memberikan tuduhan yang tepat mengenai seseorang berdasarkan apa yang mereka kenakan," kata Dale

10 jenis mayat yang tidak akan reput dalam kubur


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Kisah Si Pembunuh 100 Orang Taubatnya Diterima

Assalamu'alaikum wr. wb. sahabat...

Kisah ini sudah sangat terkenal, namun belum dipublish di blog Kisah Teladan Islami.
Bagaimana Kisahnya...

Kisah Si Pembunuh 100 Orang

Berikut Kisahnya.
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dikisahkan bahwa dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang.
Lelaki ini telah berlumuran darah, jari jemarinya, pakaiannya, tangan dan pedangnya semuanya basah oleh darah.

Lelaki pelaku kejahatan ini telah melumuri dirinya dengan darah jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya serta mencabut nyawa mereka.
Sesudah dirinya berlumuran dengan kejahatan dan dosa besar ini, dia menyadari kesalahannya.

Maka keluarlah ia dengan pakaian yang berlumuran darah, sedang pedangnya masih meneteskan darah segar dan jari jemarinya belepotan darah juga.
Ia datang bagaikan seorang yang mabuk, gelisah, ketakutan seraya bertanya-tanya kepada semua orang,
"Apakah aku masih bisa diampuni?"

Orang-orang berkata,
"Kami akan menunjukkanmu kepada seorang rahib yang tinggal di kuilnya, maka sebaiknya kamu pergi ke sana dan tanyakanlah kepadanya apakah dirimu masih bisa diampuni."

Dia menyadari bahwa tiada yang dapat memberi fatwa dalam masalah ini, kecuali hanya orang-orang yang ahli dalam hukum Allah.
Ia pun pergi ke sana, ke tempat rahib itu, seorang ahli ibadah dari kalangan kaum Bani Israil.

Pertemuan Dengan Rahib.
Dia pergi melangkah dengan langkah yang cepat dengan penuh penyesalan karena dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Lalu ia mengetuk pintu kuil si rahib tersebut.

Lelaki pembunuh itu masuk dan ternyata pakaiannya masih berlumuran darah segar, membuat si rahib kaget bukan kepalang.
Si rahib berkata,
"Aku berlindung kepada Allah dari kejahatanmu."
Si pembunuh bertanya,
"Wahai rahib ahli ibadah, aku telah membunuh 99 orang, maka masih adakah jalan bagiku untuk bertobat?"
Si rahib spontan menjawab,
"Tiada taubat bagimu."

Akhirnya si pembunuh ini putus asa memandang kehidupan ini.
Di matanya, dunia ini terasa gelap, kehendak dan tekadnya melemah, dan keindahan yang terlihat di matanya menjadi buruk.

Si pembunuh ini akhirnya mengangkat pedangnya dan membunuh rahib itu sebagai balasan yang setimpal untuknya guna menggenapkan 100 orang manusia yang telah dibunuhnya.

Selanjutnya ia keluar menemui orang-orang guna menanyakan lagi kepada mereka, bukan karena alasan apa, melainkan karena jiwanya sangat menginginkan untuk taubat dan kembali ke jalan Tuhannya serta menghadap kepada-Nya.

Ia bertanya kepada mereka,
"Masih adakah jalan untuk bertaubat bagiku?"
Mereka menjawab,
"Kami akan menunjukkanmu kepada Fulan bin Fulan, seorang ulama, bukan seorang rahib, yang ahli tentang hukum Tuhan."

Pertemuan Dengan Orang Alim.
Setelah pembunuh itu ditunjukkan ke tempat seorang alim, akhirnya si pembunuh itu pergi menemui orang alim itu yang pada saat itu berada di majelisnya sedang mengajari generasi dan mendidik umat.

Orang alim itu pun tersenyum menyambut kedatangannya.
Begitu melihatnya, ia langsung menyambutnya dengan hangat dan mendudukkan di sebelahnya setelah memeluk dan menghormatinya.

Ia bertanya,
"Apakah keperluanmu datang kemari?"
Ia menjawab,
"Aku telah membunuh 100 orang yang terpelihara darahnya, maka masih adakah jalan taubat bagiku?"

Orang alim itu balik bertanya,
"Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat?
Pintu Allah terbuka lebar bagimu, maka bergembiralah dengan ampunan, bergembiralah dengan perkenan dari-Nya, dan bergembiralah dengan taubat yang mulus."

Si pembunuh berkata,
"Aku mau bertaubat dan memohon ampun kepada Allah."
Orang alim berkata,
"Aku memohon kepada Allah semoga Dia menerima taubatmu."

Selanjutnya orang alim itu berkata kepadanya,
Sesungguhnya engkau tinggal di kampung yang jahat, karena sebagian kampung dan sebagian kota itu adakalanya memberikan pengaruh untuk berbuat kedurhakaan dan kejahatan bagi para penghuninya.

Barang siapa yang lemah imannya di tempat seperti itu, maka ia akan mudah berbuat durhaka dan akan terasa ringanlah baginya semua dosa, serta menggampangkannya untuk melakukan tindakan menentang Tuhannya, sehingga akhirnya ia terjerumus ke dalam kegelapan lembah dan jurang kesesatan.

Akan tetapi, apabila suatu masyarakat yang di dalamnya ditegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, maka akan tertutuplah semua pintu kejahatan bagi para hamba.

Oleh karena itu, keluarlah kamu dari kampung yang jahat itu menuju ke kampung yang baik.
Gantikanlah tempat tinggalmu yang lalu dengan kampung yang baik dan bergaullah kamu dengan para pemuda yang shalih yang akan menolong dan membantumu untuk bertaubat.

Singkat cerita, akhirnya sang pembunuh meninggalkan kampung itu dan pergi ke tempat yang ditunjuk oleh orang alim terakhir sambil menangis dan menangis menyesali semua perbuatnnya. Dari satu kampung ke kampung lain telah dilewatinya dan semakin dekat denga tempat yang dituju. Belum sampai pada tempat yang dituju, sang pembunuh ini meninggal di tengah perjalanan.

Apakah taubatnya diterima Allah SWT?
Saat itu turunlah 2 orang malaikat yang memperebutkan sang pembunuh, yang seorang berkeyakinan untuk menceburkannya ke dalam neraka dan seorang lagi berkeyakinan untuk memasukkannya ke dalam surga.
Karena perebutan terjadi, maka mengadulah kedua malikat itu kepada Allah SWT.

Allah SWT memberikan perintah untuk mengukur jarak antara kampung maksiat dengan tempat yang dituju.
Setelah diukur, ternyata sang pembunuh sudah mendekati jarak dengan kampung orang alim (tempat yang ditujunya).
Maka surgalah tempat orang itu berada.

Subhanallah...
Sungguh besar sekali pengampunan Allah SWT kepada hambanya. Tak terkirakan dosa yang dilakukan manusia, Allah SWT tetap memberikan ampunan selama orang tersebut mau bertobat dengan taubatan nasuha.

Begituah sahabat, kisah Seorang Pembunuh yang telah membunuh sebanyak 100 orang.
Semoga bermanfaat...
(Maaf kepanjangan ceritanya, dan mengetiknya juga capek sahabat).