Jumat, 22 Februari 2013

Data perceraian: Lelaki Saudi masih tidur dengan bekas Isteri mereka

Talal Al-Bakri, seorang pegawai Saudi, mencadangkan adanya undang-undang yang boleh melindungi hak-hak perempuan yang bercerai. Dia merasa prihatin bahawa selama ini ramai lelaki Saudi yang masih terus 'tidur' bersama dengan bekas isteri mereka selepas perceraian melalui proses tanpa kehadiran si isteri.

Al Bakri, seorang ahli Dewan Syura (Parlimen) mengatakan undang-undang baru itu diperlukan kerana adanya peningkatan yang tinggi dalam kes perceraian di kerajaan Saudi, negara dengan ekonomi terbesar di Arab.

"Saya akan menjadi salah satu penyokong terkuat undang-undang yang akan melindungi hak-hak perempuan Saudi ini, termasuk faedah, hak penjagaan anak, dan hal-hal lain," katanya kepada harian berbahasa Arab Saudi 'Sabq'.

"Undang-undang ini juga menjadi penting mengingat fakta bahawa ramai lelaki menceraikan isteri mereka tanpa memberitahu mereka dan mereka terus tidur dengan isteri mereka selama berbulan-bulan. Ini tidak adil kerana sejak perkahwinan dengan persetujuan dari dua belah pihak, perceraian juga harus diselesaikan di hadapan dua orang itu. Saya berkeras menentang perceraian tanpa kehadiran si isteri. "

Bakri berkata Dewan Syura sudah bersetuju dengan cadangan ini.

Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar di dunia, mempunyai angka perceraian tertinggi di dunia, dengan satu kes perceraian berlaku setiap setengah jam pada tahun 2010 sahaja. Data rasmi menunjukkan Kerajaan Saudi mencatat 18.765 perceraian selama tahun 2010, lebih dari 35 peratus dari angka perkahwinan Saudi.

Melawan negara Perancis seorang diri demi Islam

Namanya Rasyid Nikaz, seorang ahli peniagaan Perancis (keturunan Algeria) membayar denda bagi muslimah yang didenda kerana bertudung di Perancis dan Belgium. Sebagaimana kita tahu perancis melaksanakan larangan mengenakan tudung di kawasan umum. sSbagai reaksi kerajaan Perancis tersebut, berduyun-duyun kaum wanita Perancis mengenakan tudung, dan bagi muslimah yang ditangkap oleh pihak berkuasa akan dikenakan denda.

Maka sejak Perancis menguatkuasakan undang-undang tersebut, Rasyid Nikaz menyediakan dana 1 juta Euro yang dikhaskan untuk membayar denda bagi muslimah bertudung. Beliau memberitahu kepada semua wanita muslimah Perancis yang hendak bertudung "Pakai tudung sesuka kamu, jika terkena denda sayalah yang akan membayarnya".
Beberapa media menunjukkan gambar jutawan bersama dengan isterinya juga mengenakan tudung keluar dari pejabat polis dengan menegakkan kepala (jauh dari kerendahan) selepas membayar denda bagi 2 muslimah yang didenda. Atas peranannya ini, Syeikh Al-Khuwainy mengibaratkannya sebagai "Satu orang yang mengalahkan satu Negara". Semoga Allah Ta'ala merahmati Rasyid Nikaz dan hartanya di dunia-akhirat.

DO’A PERGI KE MASJID




اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِيْ قَلْبِيْ نُوْرًا، وَفِيْ لِسَانِيْ نُوْرًا، وَفِيْ سَمْعِيْ نُوْرًا، وَفِيْ بَصَرِيْ نُوْرًا، وَمِنْ فَوْقِيْ نُوْرًا، وَمِنْ تَحْتِيْ نُوْرًا، وَعَنْ يَمِيْنِيْ نُوْرًا، وَعَنْ شِمَالِيْ نُوْرًا، وَمِنْ أَمَامِيْ نُوْرًا، وَمِنْ خَلْفِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ نَفْسِيْ نُوْرًا، وَأَعْظِمْ لِيْ نُوْرًا، وَعَظِّمْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ فِيْ عَصَبِيْ نُوْرًا، وَفِيْ لَحْمِيْ نُوْرًا، وَفِيْ دَمِيْ نُوْرًا، وَفِيْ شَعْرِيْ نُوْرًا، وَفِيْ بَشَرِيْ نُوْرًا. (اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًا فِيْ قَبْرِيْ … ونُوْرًا فِيْ عِظَامِيْ ) (وَزِدْنِيْ نُوْرًا، وَزِدْنِيْ نُوْرًا، وَزِدْنِيْ نُوْرًا) (وَهَبْ لِيْ نُوْرًا عَلَى نُوْرٍ).
  
.

DOA APABILA MASUK RUMAH




بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا، ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ.

 “Dengan nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal”. Kemudian mengucapkan salam kepada keluarga-nya. 
.

DOA KETIKA KELUAR RUMAH




بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ.
 “Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakkal kepada-Nya, dan tiada daya dan kekuatan kecuali karena pertolongan Allah”.( HR. Abu Dawud: 4/325, At-Tirmidzi: 5/490, dan lihat Shahih At-Tirmidzi: 3/151.)
.