Sabtu, 27 April 2013

Keluar seekor binatang besar dari neraka mencari 5 orang yang...

Di hari kiamat, akan keluar seekor binatang dari neraka jahannam yang bernama "Huraisy", berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat dan panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi..

Malaikat Jibril bertanya; "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab; "Aku mahu mencari 5 orang:

• Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
• Kedua, orang yang tidak mahu membayar zakat.
• Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
• Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
• Kelima, orang yang suka minum arak."

Cristiano Ronaldo selalu mengigatkan Ozil untuk membaca Bismillah

Cristiano Ronaldo kini dikenali seorang yang membela Islam dan menyukai ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Rakan sepasukan beliau Mesut Ozil iaitu pemain muslim berasal dari Jerman yang berdarah turki ini telah memberi kesaksian yang Cristiano Ronaldo sudah menghafal huruf hijaiyah dan juga sudah menghafal surah Al-Fatihah.

Cristiano Ronaldo berasa tenang mendengar Ozil membaca Al-Quran sebelum perlawanan dan merasa yakin Real Madrid menang di pertandingan, jika sebelum perlawanan Ozil membaca Al-Quran.

Cristiano Ronaldo juga selalu mengigatkan Ozil untuk membaca Bismillah.

"Cristiano adalah kawan baik. Semasa saya di bilik persalinan dan lupa membaca Bismillah, Cristiano berkata: Ozil, kamu lupa membaca Bismillah, "