Senin, 13 Mei 2013

Keluasan neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
 
Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”
 
Lalu nabi s. a. w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”
 
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”
 
Nabi s. a. w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,00tahun, tiap pintu  lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
 
Tanya Rasulullah s. a. w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
 
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.” Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh \ besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)
 
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
 
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
 
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.
 
Wallahua’lam.
 
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

” Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”
 
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:”
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

sumber dari muhdhazrie.wordpress.com

Hutang di mata Rasulullah Saw

Islam sangat mengambil berat tentang masalah hutang-piutang. Bahkan Rasulullah dalam sembahyangnya sering memohon kepada Allah SWT supaya terhindar dari masalah hutang, "Allahumma inni a'uudzu bika min al-ma'tsami wa al-maghram, Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan lilitan hutang."

Kerana kebiasaan Nabi SAW berdoa dengan kalimat tersebut, seorang sahabat bertanya kepada Nabi, "Mengapa Engkau banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"

Jawab Nabi tegas, "Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya," (HR Bukhori).

Siapa saja, di antara kita pasti pernah mempunyai hutang. Hutang boleh membuat orang bersedih dan fikiran tidak tenang. Kepada para sahabatnya, Nabi menegaskan, bahawa hutang-piutang adalah perkara yang harus disegerakan. Kerana kepentingan membayar hutang, Rasulullah pernah mengajarkan doa kepada sahabatnya.

Abu Umamah, sorang sahabat Nabi SAW pernah merasakan kegelisahan dan kebingungan kerana mempunyai hutang yang tidak boleh dibayar. Suatu ketika dia sedang termenung di Masjid memikirkan hutang-hutangnya. Melihat sahabatnya gelisah, Rasulullah SAW langsung bersabda dan memberikan doa kepada Abu Umamah untuk diamalkan setiap pagi dan petang.

Doanya, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan pemaksaan dari orang lain . "(HR Abu Dawud).

Islam mengajarkan untuk tidak menganggap remeh masalah hutang. Jika ada keluarga yang meninggal dunia, para ahli keluarga waris berkewajiban menyelesaikan terlebih dahulu masalah hutang-piutang, sebelum dikebumikan. Kerana sensitifnya masalah hutang, sehingga Nabi sendiri tidak segera untuk mensolatkan jenazah sebelum hutang-puitangnya dilunaskan.

Suatu ketika satu jenazah dibawa kepada Nabi SAW untuk disolatkan. Nabi bertanya dulu kepada sahabatnya, apakah jenazah tersebut mempunya i hutang atau tidak. Setelah ada kepastian, bahawa jenazah tersebut tidak mempunyai hutang, Rasulullah SAW terus mensolatkannya.

Kemudian dibawanya satu lagi jenazah kepada Rasulullah, maka Rasulullah bertanya, "Apakah orang ini mempunyai hutang?" Para sahabat menjawab: "Ya". Maka Nabi bersabda: "solatkanlah saudaramu ini". Berkata, sahabat Abu Qatadah: "Biar nanti aku yang menanggung hutangnya". Maka Beliau SAW mensolatkan jenazah itu. (HR Bukhori).

Hutang adalah penghalang untuk mendapatkan keredhaan Allah dan masuk ke dalam syurga-Nya. Hutang juga yang akan melemahkan segala amal kebajikan yang dilakukan di dunia. Pahala jihad di jalan Allah adalah sebaik-sebaik pahala dan bekal di akhirat nanti. Dalam Islam, pahala jihad dapat menghapus segala dosa, tetapi boleh terhalang jika mempunyai hutang. Sabda Nabi dalam riwayat Imam Muslim, "Seorang yang mati syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang."

Jika hutang boleh menjadi beban di sisi Allah, bagaimana dengan rasuah yang merompak wang rakyat berbilion ringgit? Pastinya, bahawa rasuah akan menjadi hutang di akhirat kelak, yang membuat pelakunya muflis.

Hadis Nabi SAW dalam sahih Muslim, menyebut rasuah sebagai manusia muflis. Kelak pada hari kiamat, semua pahala solat, puasa dan zakat akan diambil Allah SWT hingga tidak berbaki, dan diberikan untuk orang lain. Tidak hanya itu, perasuah juga akan dibebani dosa setiap orang, yang hartanya saat di dunia yang dia curi.

Diterjemahkan dari sumber fiqhiislam
Perasuah tidak akan selamat dunia akhirat. Blackout