Sabtu, 18 Mei 2013

Jin bangunkan manusia untuk Solat

Mahdi bin Maimun menceritakan seorang jiran beliau yang bernama Washil. Pada waktu malam Mahdi bin Maimun selalu mendengar suara jirannya itu membaca Al Quran. Sehingga, beliau tahu bahawa jirannya itu tidak tidur malam kecuali hanya sekejap.

Pada suatu hari ketika Washil melakukan perjalanan jauh daripergi ke Mekah, Mahid bin Maimun mendengar bacaan Al Quran yang sama dengan bacaan Washil sedangkan pintu rumah Washil terkunci.

Setelah Washil pulang, Mahdi bin Maimun pun memberitahu apa yang dialaminya dan Washil pun menjawab, "Apa yang engkau bimbangkan? Mereka itu adalah penghuni rumah, mereka solat seperti kita juga, mereka membaca Al Quran seperti kita juga."

Mahdi pun bertanya, "Apakah engkau melihat mereka?" Washil pun menjawab, "Tidak, tapi aku dapat merasakan kewujudan mereka, mendengar pengaminan mereka di saat berdoa. Ketika aku tidur, mereka membangunkan aku ". (Shifat Ash Shafwah, 4/359)

Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com


Aplikasi Android ‘Angry Prophet’ hina Islam

Aplikasi permainan Android Angry Prophets memaparkan latar belakang Kaabah dan Masjid Al-Aqsa sudah tentu menunjukkan ke arah mana permainan ini dimaksudkan. Permainan ini jika dilihat seperti meniru permainan Angry birds yang dibangunkan oleh Rovio.
Permainan laknatullah yang menghina islam ini boleh didapati di play store dengan nilai premium di mana pengguna Android perlu membayar $2.37 untuk mendapatkan aplikasi tersebut. Hanya orang Islam bodoh saja yang mahu membayar hanya untuk mendapatkan aplikasi bodoh ini yang terang-terangan menghina Islam.