Minggu, 26 Mei 2013

Lima Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)


1.     Membawa jambangan bunga & seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran & kemegahan.

2.     MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur & seumpamanya.

 Hal ini berdasarkan hadits, daripada Jabir r.a., katanya:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَن يُجَصَّصَ القَبرُ

Maqsudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [HR Muslim (970)]

Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar & seumpamanya adalah HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah s.a.w., di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta unsur-unsur kemegahan & kebanggaan yang dicela oleh agama.

3.     MAKRUH TAHRIM meninggikan qubur & membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadits, daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:

أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ

Maqsudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [HR Muslim (969) & lainnya]"

4.     Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan & menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah menyediakan makanan & menghantarnya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang & menjamu mereka di rumahnya.

Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadits, ketika Rasulullah s.a.w. menerima berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, baginda (s.a.w.) bersabda:

اصنَعُوا لِأَهلِ جَعفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَد جَاءَهُم مَا يَشغَلُهُم

Maqsudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa perisiwa yang menyedihkan.” [HR at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) & selainnya]

HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut akan membantu maksiat & menggalakkannya berterusan.

 Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.

Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, & antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG disebabkan makan harta anak yatim & menghilangkan haknya bukan untuk kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput & yang makan kenduri tersebut.

5.     Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.

Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam tempoh 3 hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ‘ULAMA’, atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.


Sumber dari darulkautsar.net/ PENULIS: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Wanita akhir zaman "Nikahilah aku, nikahilah aku!"

Keadaan semakin dekat dengan hari kiamat kelak dengan banyaknya fitnah, peperangan, pembunuhan dan timbangan berkurang. Maksud dari timbangan berkurang adalah perbandingan antara wanita dan lelaki tidak seimbang.

Jika banyak kesengsaraan dan peperangan yang dilakukan manusia, timbangan itu tentunya berkurangan. Ramai lelaki terbunuh sehingga yang tinggal ramai wanita kerana lelaki ditugaskan untuk berperang.Akibat bilangan terbunuh kebanyakan adalah kaum lelaki, bukan wanita. Pada saat itu, seorang lelaki berbanding empat puluh hingga lima puluh wanita. Setiap kali para wanita itu menjumpai lelaki, mereka akan mengatakan, "Nikahilah aku, nikahilah aku!"

Sahih Bukhari: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Alaa' telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid dari Abu Burdah dari Abu Musa radliallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Pasti akan datang pada manusia suatu zaman yang ketika seseorang berkeliling membawa shadaqah emas, lalu ia tidak mendapati seseorang yang mahu menerimanya lagi. Lalu akan terlihat seorang lelaki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita, yang mereka mencari kepuasan dengannya kerana sekurang-kurangnya jumlah lelaki dan banyaknya wanita. "

Dalam hadis lain, dari Anas Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Di antara tanda tanda kiamat adalah berkurangnya ilmu, munculnya kebodohan, tersebarnya zina, banyak wanita, dan sekurang-kurangnya lelaki sehingga lima puluh wanita mempunyai satu lelaki" (HR Bukhari)

Hanya Allah SWT yang Maha mengetahui. Mungkin keadaan ini tidak akan berlaku dalam satu masa atau satu zaman, tetapi bersambung hingga mendekati tanda-tanda besar menjelang kiamat. Tanda-tandanya adalah banyak perzinaan, yang juga merupakan tanda-tanda kiamat. Sedangkan, perzinaan itu tidak akan terjadi kecuali jumlah wanita lebih banyak berbanding lelaki. Akhirnya, setiap lelaki mempunyai empat puluh hingga lima puluh wanita sebagaimana disebutkan dalam hadis tersebut.

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Subhaanallah, cara lebah berkomunikasi



"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)


Lebah biasanya harus terbang menempuh jarak jauh dan menjajagi wilayah luas untuk menemukan makanan. Mereka mengumpulkan serbuk sari bunga dan bahan pembuat madu dalam jarak 800 m dari sarang. Seekor lebah, yang telah menemukan bunga, terbang kembali ke sarangnya untuk memberi tahu lebah lain tentang tempat bunga tersebut. Bagaimana lebah ini menjelaskan lokasi bunga kepada lebah lain di sarang?

    Dengan menari!… Lebah yang kembali ke sarangnya mulai menari. Tarian ini adalah  untuk memberi tahu lebah lain tentang lokasi bunga. Tarian yang diulang-ulang lebah tersebut mengandung semua informasi tentang sudut, arah, jarak, dan informasi perincian lain tentang sumber makanan, sehingga lebah lain dapat mencapai tempat itu.

    Tarian ini berbentuk angka "8" yang diulang terus-menerus oleh lebah tersebut (lihat gambar di atas). Lebah tersebut membentuk bagian tengah angka "8" dengan mengibas-ngibaskan ekor dan bergerak zig-zag. Sudut antara gerakan zig-zag dan garis matahari-sarang menunjukkan arah sumber makanan dengan tepat (lihat gambar di atas).

    Akan tetapi, sekadar mengetahui arah sumber makanan tidaklah cukup. Lebah pekerja juga harus "mengetahui" seberapa jauh mereka harus menempuh perjalanan mengumpulkan bahan pembuat madu. Jadi, lebah dari sumber bunga tersebut memberitahukan jarak serbuk bunga dengan gerakan tubuh tertentu, yakni dengan menggoyangkan bahagian bawah tubuhnya dan menimbulkan aliran udara. Misalnya, untuk "menjelaskan" jarak 250 m, ia mengibaskan bagian bawah tubuhnya lima kali dalam setengah minit. Dengan demikian, lokasi pasti sumber makanan tersebut dapat dijelaskan dengan terperinci, baik tentang jarak maupun arahnya.

Sumber dari scienceandislam.tripod.com