Jumat, 07 Juni 2013

3 golongan yang layak untuk meminta

Dari Qabishah bin Mukhariq al-Hilali r.a katanya,:Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling bersengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah s.a.w meminta bantuan kepada baginda untuk membayarnya. Jawab baginda,:Tunggulah hingga orang datang menghantarkan zakat, nanti kusuruh serahkan kepadamu. Kemudian baginda melanjutkan sabdanya, Hai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal) kecuali untuk tiga golongan:

1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya langsai. Apabila hutangnya telah selesai, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta.

2) Orang yang ditimpa bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sehingga dia memperolehi sumber kehidupan yang layak bagi dirinya.

3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta hingga dia memperolehi sumber kehidupan yang layak. Selain tiga golongan tersebut , haram baginya meminta-minta dan haram pula baginya memakan hasil perbuatan meminta-minta itu.

Keajaiban Al-Quran: Air hujan itu tawar dan boleh diminum

"Maka terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami hendaki, nescaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? "(QS Al Waaqiah 56:68-70)

"... Dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar?" (QS Al Mursalat, 77:27)

"Dialah Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu (QS An-Nahl, 16:10)

Seperti telah kita ketahui, air hujan berasal dari penyejatan air dan 97% merupakan penyejatan air laut yang masin. Namun, air hujan adalah tawar. Air Hujan bersifat tawar kerana adanya proses fizik yang telah ditetapkan Allah. Berdasarkan sunnatullah ini, daripada manapun asal aor itu, penyejatan air ini berlaku baik dari air laut yang masin, atau dari tasik yang mengandungi banyak mineral, atau dari dalam lumpur, airnya yang menguap tidak akan mengandungi bahan lain.

Air hujan akan jatuh ke tanah dalam keadaan murni dan bersih, sesuai dengan ketentuan Allah: ".... Kami turunkan dari langit air yang amat bersih." (QS Al Furqan 25:48).

Maha suci Allah dengan segala kalamNya

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Nilai Korban dan Solat Jumaat

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.