Sabtu, 08 Juni 2013

Sebab pemain tengah Real Madrid ini masuk Islam

Pemain Bola Sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan pemain tengah Real Madrid mendedahkn alasan disebalik keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk masuk Islam setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.

Dia berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatnya ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang kehidupan peribadi mereka.

Pemain yang berkahwin dengan seorang wanita Islam berasal dari Algeria itu dalam wawancara dengan surat khabar Pernacis "L'Equipe", "saya akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi. "

Faubert menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pengayaan maklumat mengenai agama Islam. 

Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Seringan-ringan Azab Di Neraka

Seringan-ringan Azab Di Neraka

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:

Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak. 


عَنْ النعمان بْنِ بَشِيْر يَخْطُبُ وَهُوَ يَقُالُ 
سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَهِ
لَرَجُلٌ تُوضَغُ فِى أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَتَانِ
يَغْلِى مِنْهُمَا دِمَاغُهُ

Dari Nu'man b. Basir, katanya : " Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan azab penghuni nerana pada hari kiamat
ialah seorang lelaki yang diletakkan dua buah bara di bawah tapak kakinya, 
yang mendidih otaknya kerana kepanasan".
Hadis sahih riwayat Muslim

4 Permintaan Rasulullah SAW pada Siti Aisyah sebelum tidur

Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

( Tafsir Haqqi)

Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com