Sabtu, 22 Juni 2013

Artis jual rumah untuk mujahidin Syria

Penyanyi berasal dari Lebanon Fadel Shaker menjual rumahnya bagi membiayai perjuagan Mujahiddin di Syria dan Revolusi Syria, beliau berkata "Saya tidur di atas tanah untuk para Mujahideen di Syria,"

Shaker mengumumkan bahawa beliau akan terus menyanyi sehingga revolusi Syria menang. "Saya bekerja pada usia yang muda sebagai juruelektrik dan penjual di kedai, tetapi saya kini seorang penyanyi terkenal dan saya tidak boleh berasa gembira, saya mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi pada hari kematian Bashar Al-Assad. Tetapi sebelum itu saya akan menyanyi dan menyokong revolusi Syria dan revolusioner. " kata Fadel Shaker.

Kerana laungkan Allahu Akbar, seorang Yahudi ditembak petugas Israel

Seorang lelaki Yahudi telah ditembak mati berhampiran Tebing Barat Jerusalem oleh petugas keselamatan Israel yang menyangka mangsa adalah seorang pejuang Palestin, kata polis.

Tembakan didengari pada pagi Jumaat di dinding ratapan iaitu tempat suci agama Yahudi di mana ratusan jamaah sedang berdoa pada saat itu.

Polis berkata, pegawai keselamatan menembak orang itu hanya kerana mendengar mangsa melaungkan "Allahu Akbar".

Kawasan kejadian dikawal oleh pengawal bersenjata dan kawasan tersebut ditutup bagi pengunjung kira-kira satu jam dan selepas itu dibuka semula.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 07:40 waktu setempat (04:40 GMT).

Seorang jurucakap polis berkata pengawal keselamatan menarik senjatanya dan menembak beberapa tembakan pada lelaki itu setelah mendengar dia melaungkan "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar, dalam bahasa Arab).

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com