Jumat, 28 Juni 2013

Nama masjid paling pelik di dunia


Jika anda melancong ke Turki, pergilah ke Ka Anni Akaltu. Tempat tersebut bukan lah restoran atau resort. Ia adalah sebuah masjid.  Ka Anni Akaltu bermaksud "seakan-akan aku telah memakannya". pelikkan?

Masjid Ka Anni Akaltu adalah masjid jamek di Kabupaten Fatih di kota Istanbul, Turki. Di sebalik nama yang pelik tersebut terdapat sebuah kisah pengajaran.

Terdapat seorang warak bernama Khairuddin Affandi hidup di sebuah daerah Fatih. Dia hidup di sana sejak muda lagi. Ketika dia berjalan di pasar, dia ingin membeli buah-buahan, daging atau manisan. Dia berkata kepada dirinya sendiri 'Shaniki Yadam' (seolah-olah aku sudah memakannya). Kemudian dia letakkan wang yang dia ingin gunakan membeli makanan itu ke dalam kotak.

Tahun demi tahun, dia terus menahan dirinya dari kenikmatan makanan-makanan tersebut.  Sementara wang yang dia simpan terus bertambah di dalam kotak, sedikit demi sedikit sehingga dengan wang tersebut lah dia mampu membina sebuah masjid kecil di tempatnya.

Tatkala penduduk bandar mengetahui kisah orang warak lagi fakir ini dan mengetahui bagaimana dia boleh membina masjid tersebut maka mereka menamakan masjid jamek tersebut dengan "Shaniki Yadam-Ka Anni Akaltu(seakan-akan aku telah memakannya)".

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

15 maksiat yang akan menurunkan bala

Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya,

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain ".



H.R Termizi

keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Sumber dari 14.brinkster.com
Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب