Sabtu, 06 Juli 2013

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin: Imam besar Al- Azhar tidak lagi layak berbicara atas nama umat Islam !

badi
Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badie berbicara di atas podium dalam sebuah perhimpunan rakyat pro Mursi di Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah. Badie tampil di atas podium yang didirikan oleh penyokong Muhammad Mursi. Berikut isi-isi pidatonya di hadapan ribuan rakyat pro Mursi:

"Orang ramai yang berada di Rabaa El-adaweya ini mencerminkan seluruh Mesir dengan puak yang berbeza. Allah lebih besar dari semua orang yang menjual habis darahnya menjadi syuhada. Allah adalah saksi kami, "tegas Badie.

Berkaitan adanya surat penangkapan terhadap dirinya serta tuduhan yang dialamatkan kepadanya serta pemimpin Ikhwan yang lain, Badie berkata:

"Saya tidak luput dari surat perintah penangkapan. Tuduhan kepada kami tersebut hanya kebohongan. Kami bukan pengecut, kami adalah kaum revolusioner. Saya bangga terhadap Presiden Mursi, yang merupakan presiden bagi semua rakyat Mesir. Kami tidak akan meninggalkan jalanan sehingga Presiden Mursi kembali. Kami akan membawa kembali hak-hak rakyat Mesir yang dirugikan oleh konspirasi memalukan ini, "ujar Badie.

Mengulas mengenai tentera Mesir yang menjadi penyebab kejatuhan Mursi, Badie menyatakan dengan tegas bahawa dirinya dan seluruh rakyat pro Mursi akan menjadikan kembali Mursi sebagai presiden Mesir yang sah. Dia juga mengecam tentera yang menembak rakyat pro Mursi.

"Kami akan membawa dia (Mursi) kembali di leher kami dan kami rela mengorbankan jiwa kami untuk dia. Tentera Mesir, anda seharusnya melindungi kami dari musuh, bukan mengarahkan peluru anda terhadap kami, anda lebih terhormat dari itu, "kata pemimpin tertinggi Ikhwan tersebut.

Semasa Badie berbicara, helikopter tentera terbang di atas orang ramai pro Mursi. Selain itu Badie mengecam kemasukan kembali tentera ke dunia politik padahal dahulu mereka berjanji tidak akan melakukannya lagi.

"Dewan tentera kembali memasuki medan politik setelah pemimpin mereka meyakinkan kita bahawa mereka tidak akan melakukannya lagi. Dewan tentera mendesak kita untuk mengambil alih beban politik sehingga mereka dapat fokus dalam melindungi sempadan. Rakyat Mesir, anda berada pada masa yang penting dalam revolusi, pada ketika ini sedang ternoda oleh rampasan kuasa tentera. "

Dalam ucapannya yang berapi-api tersebut, Badie mengkritik dua pemimpin besar agama Mesir, baik itu Imam besar Al-Azhar maupun Paus Koptik.
Ahmad Al-Thayyib
"Saya mengatakan kepada Imam besar Al-Azhar (Ahmad Al-Thayyib) bahawa anda simbol Islam tetapi anda tidak lagi berhak bercakap atas nama umat Islam. Kepada Paus Tawadros, anda juga adalah simbol tetapi anda tidak boleh lagi berbicara atas nama Koptik," tegas Badie.

Diakhir ucapannya, Badie menyeru kepada rakyat Mesir untuk tetap turun ke jalan raya menuntut kembalinya Mursi sebagai presiden Mesir.

"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Mesir, mari kita turun ke jalan raya, menuntut kembalinya presiden kita."

Badie kemudian menamatkan ucapannya dengan melaungkan: "Revolusi Kami akan terus berada di jalan!" dan dia terus meninggalkan podium.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, selamatkan Mursi, selamatkan kepimpinan khilafah, Ya Allah hancurkan diktator di negara2 yang memusuhi agama mu amin...Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب


Presiden sementara mesir seorang kristian! Adli Mansour di tabal, Mursi seorang muslim dan penghafal al-quran digulingkan, dunia menghampiri akhir zaman...apa dah jadi dengan Ahmad Al-Thayyib

Mesir kini dibawah yahudi dan nasrani

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/s720x720/992906_10151754833919274_1575938694_n.jpg
Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir :

1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.

2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.

3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala diktator dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undnag-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.

4. Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan sokongan Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.

5. Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya ? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.

6. Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.

7. Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.

8. Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.

9. Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi. Perlu difahami, revolusi jalanan menjatuhkan kerajaan BERBEZA DENGAN DEMONSTRASI AMAN bertujuan menyatakan bantahan tanpa sebarang perancangan menggulingkan kerajaan seperti di Mesir ini. Demonstrasi aman ( khususnya dengan permit) termasuk dalam hak yang dibenarkan oleh sistem demokrasi, manakala revolusi bersenjata dan ganas adalah tidak.

10. Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam.Dr. Zaharuddin Abd Rahman.

Sumber dari zaharuddin.net, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Persamaan antara Syiah dan Yahudi

1. Yahudi telah mengubah-ubah Taurat, begitu pula Syi'ah mereka punya Al-Qur'an hasil kerajinan tangan mereka iaitu "Mushaf Fathimah" yang tebalnya 3 kali Al-Qur'an kaum Muslimin.Mereka menganggap ayat Al-Quran yang diturunkan berjumlah 17.000 ayat, dan menuduh Sahabat menghapuskan sepuluh ribu lebih ayat.

2. Yahudi menuduh Maryam yang suci berzina [QS. Maryam: 28], Syi'ah melakukan hal yang sama terhadap isteri Rasulullah 'Aisyah Radhiallahu' anha sebagaimana yang diungkapkan Al-Qummi (pembesar Syi'ah) dalam "Tafsir Al-Qummi (II 34)"

3. Yahudi mengatakan, "kami tidak akan disentuh oleh api neraka melainkan hanya beberapa hari saja". [QS. Al-Baqarah: 80] Syi'ah lebih dahsyat lagi dengan mengatakan, "Api neraka telah diharamkan membakar setiap orang Syiah" seperti yang dinyatakan dalam kitab mereka yang dianggap suci "Fashl Kitab (hal.157)"

4. Yahudi meyakini bahawa, Allah mengetahui sesuatu setelah tadinya tidak tahu, begitu juga dengan Syiah

5. Yahudi beranggapan bahawa ucapan "amin" dalam solat adalah membatalkan solat. Syi'ah juga beranggapan yang sama.

6. Yahudi itu berkata, "Allah mewajibkan kita lima puluh solat" Begitu pula dengan Syi'ah.

7. Yahudi keluar dari solat tanpa salam, cukup dengan mengangkat tangan dan memukulkan pada lutut. Syi'ah juga mengamalkan perkara yang sama.

8. Yahudi miring sedikit dari kiblat, begitu pula dengan Syi'ah.

9. Yahudi itu berkata "Tidak layak (tidak sah) kerajaan itu melainkan di tangan keluarga Daud". Syi'ah berkata, "tidak layak Imamah iut melainkan pada 'Ali dan keturunanannya"

10. Yahudi mengakhirkan Solat hingga bertaburnya bintang-bintang di langit. Syi'ah juga mengakhirkan Solat sebagaimana Yahudi.

11. Yahudi mengkultuskan Ahbar ('ulama) dan Ruhban (para pendeta) mereka sampai peringkat ibadah dan menuhankan.Syi' ah begitu pula, bersifat Ghuluw (melampaui batas) dalam mencintai para Imam mereka dan mengkultuskannya hingga di atas kelas manusia.

12. Yahudi mengatakan Ilyas dan Finhas bin 'Azar bin Harun akan kembali (reinkarnasi) setelah mereka bedua meninggal dunia. Syi'ah lebih seru, mereka menyuarakan kembalinya (reinkarnasinya) 'Ali, Al-Hasan, Al-Husain, dan Musa bin Ja'far yang dikhayalkan itu.

13. Yahudi tidak Solat melainkan bersendirian, Syi'ah juga beranggapan yang sama, ini kerana mereka meyakini bahawa tidak ada Solat berjama'ah sebelum datangnya "Pemimpin ke-dua belas" iaitu Imam Mahdi.

14. Yahudi tidak melakukan sujud sebelum menundukkan kepalanya berkali-kali, mirip ruku. Syi'ah Rafidhah juga demikian.

15. Yahudi menghalalkan darah setiap muslim. Demikian pula Syi'ah, mereka menghalalkan darah Ahlussunnah.

16. Yahudi mengharamkan makan kelinci dan limpa dan jenis ikan yang disebut jariudan marmahi. Begitu pula orang-orang Syiah.

17. Yahudi tidak menghitung Talak sedikitpun melainkan pada setiap Haid. Begitu pula Syi'ah.

18. Yahudi dalam syari'at Ya'qub membolehkan nikah dengan dua orang wanita yang bersaudara sekaligus. Syi'ahjuga membenarkan penggabungan (dalam akad nikah) antara seorang wanita dengan bibinya.

19. Yahudi tidak menggali liang lahad untuk jenazah mereka. Syi'ah Rafidhah juga demikian.

20. Yahudi memasukkan tanah basah bersama-sama jenazah mereka dalam kain kafannya demikian juga Syi'ah Rafidhah.

21. Yahudi tidak menetapkan adanya jihad hingga Allah mengutus Dajjal. Syi'ah Rafidhah mengatakan, "tidak ada jihad hingga Allah mengutus Imam Mahdi datang.

Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب