Senin, 08 Juli 2013

Mursi: "Bunuhlah aku, kerana itu sangatlah ringan bagiku daripada berdusta"

Penunjuk perasaan penyokong Mursi telah tiba di medan Nahdha, Giza dengan membawa kain kafan. Mereka bersedia mati syahid untuk melawan rampasan kuasa rejim tentera Mesir ke atas pemerintahan Mursi. Dilaporkan empat juta penyokong Mursi telah datang secara berduyun-duyun ke markas Pasukan Pengamanan Presiden.

"Demonstran tidak akan pulang sebelum Mursi kembali jadi Presiden atau semua nyawa Rakyat Mesir melayang, demonstran akan solat Tarawih di lapangan demo masing-masing jika Ramadhan telah datang," tegas sukarelawan Indonesia Abdillah onim kepada Islampos.com, Isnin pagi (8/7 / 2013).

Seorang ustaz bernama Khalid Gharib mengatakan Presiden Muhammad Mursi tidak akan meminta apapun dari para komander Pasukan Pengamanan Presiden  kecuali Mushaf Al-Qur'an dan sejadah. Salah seorang jenderal yang bernama Shubhi mendekati beliau sebanyak enam kali untuk meminta (memujuk) Presiden Mursi supaya menyatakan penerimaannya atas rampasan kuasa ini.
"Tapi setiap kali dia memujuk, Presiden Mursi menolak dan mengatakan: 'Bunuhlah aku, kerana itu sangatlah ringan bagiku daripada berdusta.'"

Onim melaporkan ketika ini badan perisik sedang berunding di Istana Presiden.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Ya Allah selamatkan lah Mursi, amin. Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Golongan yang menolak Sunnah

Kemunculan golongan menolak sunnah telah disebutkan oleh Rasullullah s.a.w dalam sabda Baginda,maksudnya : ”ingatlah!!!aku telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan Al-Quran dan sesuatu yang sedarjat dengannya?dan ingatlah,hampir sahaja akan muncul seorang lelaki yang kenyang ( dengan keduniaan ) berada diatas kerusinya sambil berkata : kamu hendaklah memegang Al-quran (sahaja),maka segala sesuatu yang kamu jumpai halal didalamnya,maka halalkanlah ia dan segala sesuatu yg kamu temukan haram didalamnya,maka haramkanlah ia.( Riwayat oleh Abu Daud dari Miqdam bin Ma’ad Yakrab dan diriwayatkan oleh Tirmizi )

Hadis ini menerangkan akan lahir di akhir zaman nanti segolongan yang menolak Sunnah,bukan menolak teks dan dalil hukum-hakam dari hadis,bahkan Sunnah dan cara hidup Rasullullah s.a.w juga dianggap lapok dan tidak sesuai lagi dengan zaman ini.Penolakan itu berlaku sama ada secara ilmiah,lisan dan juga sikap serta perbuatan.

Dinegara kita telah lama muncul golongan anti-hadis,yang kononnya mereka hanya menerima Al-Quran sahaja.Tetapi sebenarnya,mereka juga tidak mengikut Al-Quran secara total,cuma teori sahaja.
Al-Quran cuma dibaca secara mencari bahan-bahan penting untuk dijadikan sebagai modal untuk berbincang dan berbahas,bukan untuk diamalkan.

Golongan sesat ini,mengikut para pengkaji,disebut sebagai ”At-Quraniyyin” atau ”Al-Farmawiyyah” (yang kenyang). Golongan ini ramai terdapat di Mesir,India,dan lain Negara Islam.

Perkataan ”Yang kenyang” dimaksudkan adalah kata celaan dari Nabi s.a.w sendiri terhadap orang yang suka hidup mewah (pemalas) yang menolak Sunnah atau hadis Nabi Muhammad s.a.w dan membuat keraguaan padanya.Sedangkan Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada Rasullullah s.a.w dengan Al-Quran dan Hikmah.Maksud hikmah tersebut adalah Sunnah Nabi s.a.w kemudian kewajipan beriman dan beramal dengannya adalah wajib.

Allah s.w.t telah berfirman , maksudnya :”Dan hendaklah kamu ingat akan apa-apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu dari ayat-ayat Allah dan Hikmah ( Sunnah Nabi) .Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.”( Surah Al-Ahzab (33) ayat 34).

Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب