Senin, 01 September 2008

TARAF HADIS

Soalan; ustaz, saya ingin bertanya mengenai taraf hadis berikut,adakah ini daripada hadis sahih atau bagaimana?
1)"Kita baru kembali dari jihad kecil menuju jihad besar." Para sahabat bertanya, "Apakah jihad besar itu." Rasul menjawab, "Jihad melawan hawa nafsu."
2)Kalian telah datang dari sebaik-baik tempat berlalu dan kalian telah berlalu dari jihad kecil menuju jihad besar. Mereka berkata, "Apa jihad besar itu?" Nabi menjawab, "Jihad seorang hamba menundukkan hawa nafsunya."Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Matan hadis bagi terjemahan yang saudara maksudkan itu ialah;

رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر

قدمتم خير مقدم من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر . قالوا : وما الجهاد الأكبر ؟ قال : مجاهدة العبد هواه

Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan al-Khatib dari Jabir r.a.. Menurut Imam al-Baihaqi sendiri; isnadnya (yakni jalan periwayatannya) adalah dhaif. Imam as-Suyuti berkata; hadis ini adalah dhaif (lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 6107). Imam al-‘Iraqi juga menegaskan perkara yang sama dalam Takhrijnya ke atas Ihya’ Ulumiddin (karya Imam al-Ghazali) (lihat; Ihya’ Ulumiddin, jil. 3, kitab Riyadh an-Nafs). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis tersebut adalah munkar.[1] Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawanya menolak penamaan jihad menentang kuffar sebagai al-Jihad al-Asghar (jihad kecil), kerana –menurut beliau- jihad menentang kuffar adalah di antara amalan-amalan paling besar (dalam Islam). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar; hadis tersebut masyhur pada lidah-lidah (yakni selalu disebut oleh orang ramai), namun yang sebenarnya ia adalah ungkapan Ibrahim bin Ablah, bukan ucapan Nabi s.a.w.. (lihat; as-Silsilah ad-Dha’ifah, Syeikh al-Albani, hadis no. 2460).

Wallahu a’lam.

Nota Kaki;

[1] Hadis munkar ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang dhaif berlawanan dengan hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang tsiqah.
thumbnail
Judul: TARAF HADIS
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait Aqidah :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz