Jawapan;
Solat lima waktu adalah kewajipan yang mesti ditunaikan dalam waktunya. Kerana itu, jika tidak ada sebarang masyaqqah (kepayahan) tidak harus solat lima waktu ditunaikan di luar dari waktunya. Namun jika ada masyaqqah, Syarak memberi kelonggaran untuk menghimpunkan solat, yakni menunaikan dua solat dalam satu waktu sama ada waktu yang pertama (iaitu jamak taqdim) atau waktu kedua (jamak ta'khir). Menurut jumhur ulamak, menghimpunkan solat hanya harus kerana dua sebab sahaja iaitu kerana musafir dan kerana hujan. Namun sebahagian ulamak memperluaskannya kepada tiga sebab iaitu;
1. Kerana musafir
2. Kerana hujan
3. Kerana suatu keperluan/desakan yang berlaku.
Memakai pandangan kedua itu, diharuskan kita menghimpunkan solat -sekalipun tidak bermusafir- jika kita menghadapi situasi yang sukar yang menyulitkan kita untuk melakukan solat berulangkali, iaitu situasi yang menyamai keadaan orang yang dalam musafir. Sesuatu yang diharuskan kerana masyaqqah (kepayahan), keharusan itu akan tamat dengan tamatnya masyaqqah. Kerana itu, melakukan jamak dalam negeri/kawasan penempatan (tanpa musafir) tidak harus menjadi kebiasaan, sebaliknya digunakan ketika ada keperluan/desakan sahaja. Pandangan ini sekalipun menyalahi jumhur ulamak, namun terdapat sandaran dalil yang kuat di samping ia memberi kelapangan kepada umat Islam dalam keadaan-keadaan tertentu. (Untuk lebih lanjut, sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/menjamakkan-solat-kerana-terdesak.html)
Wallahu a'lam.
Judul: SOLAT JAMAK KERANA KEPAYAHAN
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 23.38
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 23.38
0 comments:
Posting Komentar