Jawapan;
Jika kita menyentuh najis dalam keadaan kering -yakni kita tidak basah dan najis itu juga tidak basah-, tidaklah kita dituntut membasuhnya. Kerana itu, jika ketika menyarung kasut itu kaki puan/saudari dalam keadaan kering (yakni tidak berpeluh atau sebagainya) tidaklah puan/saudari dituntut membasuh kaki. Tetapi jika puan/saudari mendapati kaki puan/saudari sememangnya basah, maka menurut mazhab Syafi'ie; wajiblah puan/saudari membasuh kaki puan/saudari itu sebanyak tujuh kali basuhan; basuhan pertama dengan air bercampur tanah dan basuhan-basuhan selebihnya dengan air biasa sahaja. Adapun menurut mazhab-mazhab yang lain; memadai puan/saudari membasuhnya sebagaimana najis biasa (yakni tidak perlu sampai tujuh kali dan tidak perlu dengan air bercampur tanah). Malah ada ulamak berpandangan; semua jenis kulit binatang jika disamak -yakni dibuang lendiran dan darah dikulit hingga bersih- ia akan menjadi suci termasuk kulit babi (iaitulah pandangan Imam Daud az-Zahiri).
Untuk penjelasan tambahan berkenaan pendapat ulamak tentang najis babi, sila baca di; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/12/menyucikan-bekas-bernajis-khinzir.html)
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Bidayatul-Mujtahid, jil. 1.
Judul: TERSARUNG KASUT KULIT BABI
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 23.09
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 23.09
0 comments:
Posting Komentar