Minggu, 10 Agustus 2008

HUKUM MEMBACA SEKALI TASBIH SAHAJA

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya tentang satu perkara; berkenaan dengan bacaan dalam solat. Adakah sah solat seseorang itu, jika dia membaca dengan 1 bacaan sahaja dan bukannya 3. Sebagai contoh, bacaan ketika sujud, sepatutnya di baca 3 kali tetapi di baca sekali sahaja. Apa hukumnya Ustaz?

Jawapan;

Yang dituntut ketika sujud (begitu juga ketika i'tidal, rukuk dan duduk antara dua sujud) ialah melakukannya mengikut kaifiyat yang ditetapkan Syarak berserta dengan tomaninah. Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Adapun membaca tasbih/zikir/doa ketika sujud itu (begitu juga ketika i'tidal, rukuk dan duduk antara dua sujud), mengikut jumhur ulamak; hukumnya adalah sunat sahaja. Sekurang-kurang bilangan tasbih –untuk mendapat pahala sunat itu- ialah sekali. Lafaznya ialah, “سبحان ربي العطيم” atau “سبحان ربي العطيم وبحمده”. Namun bilangan yang sempurna ialah sekurang-kurangnya tiga kali. Bagi yang bersolat sendirian, digalakkan memperbanyakkaan tasbih melebihi tiga kali iaitu lima, tujuh, sembilan sehingga sebelas kali. (Untuk penjelasan lebih lanjut, baca huraian saya di Laman Fiqh Anda; (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/solat-ruku.html).

Dalam mazhab Syafi'ie, bacaan-bacaan yang wajib ketika solat hanyalah;
1. Membaca takbir ketika mula solat (yakni Takbiratul-Ihram)
2. Membaca al-Fatihah pada setiap rakaat
3. Membaca Tahiyyat/Tasyahhud dan Selawat ketika duduk Tahiyyat akhir
4. Memberi salam pertama.
Adapun bacaan-bacaan yang lain, hukumnya sunat sahaja. Namun begitu, tidak digalakkan meninggalkannya tanpa sebab.

Wallahu a'lam.
thumbnail
Judul: HUKUM MEMBACA SEKALI TASBIH SAHAJA
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait Ibadah :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz