Wanita bersuami telah berzina; apakah perkahwinannya dengan suaminya terfasakh?
Jawapan:
Telah sepakat para ulamak menyatakan bahawa jika seorang isteri atau suami berzina, akad perkahwinannya dengan suami atau isterinya tidak terfasakh sama ada sebelum melakukan persetubuhan atau selepasnya. Namun Imam Ahmad menyukai agar lelaki yang mengetahui isterinya berzina menceraikannya untuk mengelak dari dinasabkan kepadanya anak yang bukan dari benihnya. Imam Ahmad juga menegaskan; jika ia tidak menceraikan isterinya itu, tidak harus ia mensetubuhinya melainkan setelah memastikan rahim isterinya kosong dari janin hasil penzinaan iaitu dengan menunggu iddah selama tiga kali haid. Tujuannya adalah sebagaimana tadi iaitu untuk mengelak dari dinasabkan kepadanya anak yang bukan dari benihnya.
Rujukan;
- al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, jil. 7, hlm. 150.
- al-Muhalla bil-Atsar, jil. 9, hlm. 67.
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 09.50
0 comments:
Posting Komentar