Rabu, 12 Januari 2011

ANAK LUAR NIKAH BERNIKAH DENGAN AYAHNYA SENDIRI

Soalan; Minta pandangan, bolehkah anak luar nikah bernikah dgn ayahnya sendiri?

Jawapan;

Di kalangan ulamak terdapat khilaf dalam masalah tersebut;

Pandangan pertama; ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie berpendapat harus kerana nasab di antara dia dan anak zinanya tidak diakui Syariat (yakni seolah-olah tiada hubungan nasab). Perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita diharamkan apabila ada halangan Syarak antaranya;
1. Ada hubungan nasab
2. Ada kaitan susuan
3. Berbeza agama
Maka jika tiada mana-mana halangan seperti di atas, ia kembali kepada hukum asal iaitu harus.

Pandangan kedua; iaitu pandangan jumhur ulamak (terdiri dari ulamak mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali); diharamkan perkahwinan antara seorang lelaki dan anak zinanya kerana walaupun nasab antara mereka berdua tidak diiktiraf Syarak namun dari segi hakikat kejadian anak itu tetap anaknya kerana ia datang dari benihnya. Maka anak zina dari segi hokum perkahwinan tetap tertakluk dengan ayat "Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu dan anak-anak perempuan kamu....." (Surah an-Nisa', ayat 23). Adapun hokum berkenaan perwarisan, pewalian, nafkah, penyusuan dan sebagainya -yang selain dari perkahwinan, maka ia tertakluk dengan hokum nasab. Oleh kerana nasab mereka berdua tidak diakui Syarak, maka tiada hak-hak tersebut bagi si anak. Adapun bagi masalah perkahwinan, ia tidak tertakluk kepada hukum nasab dalam masalah ini tetapi tertakluk kepada hukum kejadian.

Pandangan yang ditarjih oleh para ulamak terkemudian ialah pandangan kedua iaitu pandangan jumhur. Malah semua institusi fatwa yang menjadi sandaran di dunia hari ini (Mesir, alAzhar, Saudi) berpegang dengan pandangan mengharamkannya.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.
thumbnail
Judul: ANAK LUAR NIKAH BERNIKAH DENGAN AYAHNYA SENDIRI
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait Muamalat (Keluarga) :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz