Jawapan;
Nazar kawan saudara itu adalah tergolong dalam nazar al-Mubah iaitu nazar dalam perkara yang harus iaitu tidak berkahwin. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie); nazar dalam perkara yang harus tidak dituntut melaksanakannya dan tidak dikenakan sebarang denda/kaffarah. Nazar yang sah -menurut jumhur ulamak- dan dituntut oleh Syarak agar ditunaikan ialah nazar untuk melakukan suatu ketaatan seperti nazar untuk berpuasa sunat, solat sunat dan sebagainya.
Namun mazhab Hanbali berpandangan berbeza dengan pandangan jumhur di mana menurutnya; seorang yang bernazar dalam perkara yang harus, ia hendaklah memilih antara dua iaitu sama ada mengotakan nazarnya atau membayar kaffarah sumpah (dengan melanggar nazarnya itu). Dalam kes di atas, jika merujuk kepada pandangan kedua ini; kawan saudara boleh memilih antara menunaikan nazarnya (iaitu tidak berkahwin selagi belum khatam al-Quran) atau melanggarnya dengan membayar kaffarah sumpah. Kaffarah sumpah ialah dengan memilih salah satu dari tiga perkara;
a) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau;
b) Memberi pakaian untuk mereka, atau;
c) Membebaskan seorang hamba.
Jika tidak berupaya melakukan satupun darinya, hendaklah berpuasa tiga hari. Tidak boleh berpindah kepada puasa melainkan jika tidak mampu memilih salah satu dari tiga di atas. (Sila rujuk surah al-Maidah, ayat 89).
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Kitab al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-arba'ah, 2/128.
2. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Az-Zuhaili, 1/510.
3. Fatwa (islamweb.com), no. 59368.
Judul: NAZAR ENGGAN BERKAHWIN SELAGI TIDAK KHATAM QURAN
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 21.15
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 21.15
0 comments:
Posting Komentar