http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/03/darah-selepas-keguguran-adakah-ia-nifas.html
berkenaan darah nifas. Saya ingin bertanya, kadangkala sebelum keguguran, terdapat tanda2 darah yang keluar. Apakah status darah ini? Adakah ia haid atau istihadah? Terima kasih..
Jawapan;
Menurut mazhab Syafiie, darah yang datang sebelum bersalin atau sebelum berlaku keguguran bukanlah darah nifas kerana pengertian darah nifas ialah darah yang keluar selepas terpisah sepenuhnya bayi atau janin dari ibu. Oleh itu, darah yang keluar sebelum bersalin/keguguran itu adalah dikira sama ada darah haid atau darah penyakit (fasad/istihadhah). Dikira darah haid jika ia berbetulan dengan masa haid sebelum mengandung dan nampak tanda-tanda darah haid padanya. Ini merujuk kepada pandangan mazhab Syafiie bahawa wanita mengandung ada kemungkinan didatangi haid (*Sila baca jawapan saya dalam blog ini tentang "Keluar darah ketika mengandung"). Jika tidak berbetulan dengan masa haid dan tidak nampak tanda-tanda darah haid pada darah yang keluar itu (seperti warnanya seperti darah biasa, bukan seperti darah haid), ia dikira darah penyakit (fasad/istihadhah) dan wanita terbabit dituntut mengerjakan solat fardhu sebagaimana biasa. Di bulan Ramadhan ia dituntut berpuasa. Namun jika tidak dapat menunaikannya atau tidak mampu menunaikannya, wajiblah ia mengqadha solat dan puasa yang ditinggalkan sebelum bersalin/keguguran itu apabila habis nifas selepas bersalin/keguguran nanti.
Itu adalah mengikut mazhab Syafiie. Adapun menurut mazhab Imam Ahmad; darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit, begitu juga darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi adalah dikira darah nifas sama seperti darah yang keluar selepasnya.
Wallahu a'lam.
Judul: DARAH YANG KELUAR SEBELUM BERSALIN ATAU KEGUGURAN
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 07.41
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 07.41
0 comments:
Posting Komentar