Senin, 03 September 2012

ADAKAH ISTERI SUNAT MELAUNGKAN IQAMAH KETIKA SOLAT BERSAMA SUAMI?

Soalan; Assalamualaikum ustaz...sunat tak seorg isteri iqamah masa dia solat jemaah dgn suami dia di rumah mcm sunat bagi wanita iqamah kalau mereka solat sesama jemaah wanita? jawapan ustaz sy ucapkan ribuan terima kasih.

Jawapan;

Tidak disunatkan kepada isteri melaungkan iqamah, akan tetapi suamilah yang sunat melaungkannya. Wanita hanya disunatkan melaungkan iqamah jika ia mengerjakan solat sendirian atau sesama wanita (tanpa kehadiran lelaki). Adapun azan, tidak sunat wanita melaungkannya walaupun solat sesama wanita. Jadi, yang disunatkan hanya iqamah sahaja.

Rujukan;

1. Al-Masu'ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 6/9.
2. 'Umdatu as-Salik, Ibnu an-Naqib, hlm. 38.
3. Syarah Muqaddimah al-Khadhramiyah, 1/184.
thumbnail
Judul: ADAKAH ISTERI SUNAT MELAUNGKAN IQAMAH KETIKA SOLAT BERSAMA SUAMI?
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait Ibadah :

0 comments:

Posting Komentar

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz