Jawapan;
Tidak ada ikatan mahram antara ibu suami dengan anak lelaki isteri (yakni antara nenek tiri dan cucu tiri), sebagaimana juga tidak ada ikatan mahram antara anak lelaki suami dengan ibu isteri. Oleh itu, tidak harus antara mereka untuk bersalaman, berduaan dan mendedah aurat.
Hubungan mahram wujud dengan tiga faktor/sebab;
a) Faktor nasab (keturunan)
b) Faktor perkahwinan
c) Faktor penyusuan
Orang-orang yang menjadi mahram dengan sebab/faktor perkahwinan terdiri dari empat golongan;
1. Usul (asal-usul) suami, iaitu bapa suami, datuk suami dan ke atas; mereka adalah mahram kepada isteri.
2. Furu' (cabang, zuriat) suami, iaitu anak-anak beliau, cucu-cucunya serta cicitnya. Mereka adalah mahram kepada isteri.
3. Usul (asal-usul) isteri, iaitu ibunya, neneknya serta ke atas. Mereka adalah mahram kepada suami.
(*Tiga kelompok di atas menjadi mahram dengan semata-mata berlakunya akad nikah).
4. Furu' (cabang, zuriat) isteri, iaitu anak-anaknya, cucu-cucunya dan cicitnya. Mereka adalah mahram kepada suami. (*Kelompok ini tidak menjadi mahram dengan akad sahaja, tetapi dengan akad dan juga persetubuhan, yakni; anak perempuan isteri atau cucu perempuannya hanya menjadi mahram kepada suami apabila ibunya (yakni isteri) disetubuhi setelah berlakunya akad. Kesimpulannya, apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia telah mensetubuhinya, maka dengan berlakunya persetubuhan itu, haram ke atasnya mengahwini anak atau cucu wanita tersebut untuk selamanya sama ada anak sebelum perkahwinan dengannya atau anak selepas perkahwinan dengannya).
Hanya kelompok-kelompok itu sahaja yang menjadi mahram kerana faktor perkahwinan. Dari itu, jelas kepada kita bahawa tidak ada ikatan mahram antara usul dan furu' suami dengan usul dan furu' iateri. Oleh demikian, ibu kepada suami tidaklah menjadi mahram kepada anak lelaki isteri, begitu juga ibu isteri tidak menjadi mahram kepada anak lelaki suami.
Wallahu a'lam
Rujukan;
1. Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com), no. 112170.
2. Fatawa as-Syabakah al-Islamiyah (http://www.islamweb.net), no. 23943.
Judul: HUBUNGAN ANTARA IBU SUAMI DAN ANAK LELAKI ISTERI: ADAKAH MAHRAM?
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 19.35
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 19.35
0 comments:
Posting Komentar