Saya tingal di Kuantan dan dipilih oleh majikan untuk menghadiri latihan selama 2 hari di Kuala Lumpur. Saya dikehendaki datang bekerja seperti biasa pagi dan hanya boleh bertolak ke Kuala Lumpur selepas pada pukul 3 petang. Saya akan membawa semua kelengkapan dan pakaian saya semasa pergi ketempat kerja dan terus ke Kuala Lumpur selepas keluar dari tempat kerja tampa kembali ke rumah kerana kedudukan tempat kerja adalah di pertengahan.
1. Adakah boleh saya mengerjakan sembahyang Asar jamak dan qasar di dalam waktu Zohor di tempat kerja saya?
2. Semasa dalam perjalanan pulang, saya mengerjakan sembahyangk jamak Isyak didalam waktu maghrib. Saya tiba dirumah tetapi belum lagi masuk waktu Isyak. Adakah perlu saya ulangi sembayang Isyak?
Harap ustaz dapat menberi penjelasan tentang masalah di atas.
Jawapan;
1. Boleh melakukan jamak dan qasar di tempat kerja saudara jika saudara berniat musafir dari rumah dengan syarat rumah dan tempat kerja saudara tidak berada di dalam taman/pekan/kampung yang sama. Apabila saudara telah berniat musafir dari rumah untuk menuju satu destinasi yang jaraknya melebihi dua marhalah, kemudian saudara keluar dan melepasi daerah/kawasan penempatan saudara, bermulalah keharusan saudara untuk mengambil rukhsah safar (iaitu kelonggaran atau kemudahan yang diberikan Syariat untuk orang yang bermusafir; antaranya memendek dan menghimpunkan solat fardhu).
2. Jika saudara telah menjamakkan isyak ke dalam waktu maghrib, tidak wajib lagi saudara mengulangi solat isyak apabila sampai di rumah walaupun ketika sampai itu waktu isyak belum masuk atau waktu isyak masih ada, kerana solat isyak saudara secara jamak tadi telahpun dikira. Berkata Imam an-Nawawi dalam Matan al-Minhaj; "Jika (seseorang) melakukan jamak taqdim, lalu ia menjadi muqim (iaitu tidak lagi berada dalam keadaan safar dengan sebab telah berniat iqamah atau dengan sebab telah sampainya kapal di tempat tuju) pada saat di antara dua solat jamak tersebut (yakni ia telah selesai mengerjakan solat pertama, namun sebelum mengerjakan solat kedua ia telah berubah menjadi muqim), batallah jamaknya (yakni wajib atasnya menganjakkan solat kedua ke dalam waktunya, adapun solat pertama ia tidak terjejas dan tidak perlu diulangi). Adapun jika ia menjadi muqim ketika sedang mengerjakan solat kedua atau setelah selesai mengerjakan solat kedua, tidak batal jamaknya mengikut pandangan yang ashah (yakni pandangan terkuat dari ulamak-ulamak mazhab Syafi'e) (kerana solat kedua itu dilakukan ketika keuzuran yang mengharuskan jamak (iaitu safar) masih ada". (Mughni al-Muhtaj, 1/373).
Wallahu a'lam.
Judul: JAMAK DAN QASAR DI TEMPAT KERJA
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 18.04
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 18.04
0 comments:
Posting Komentar