Jawapan;
Harus saudara menjamak dan mengqasarkan solat sepanjang saudara berada di Melaka kerana saudara tidak menjadi muqim kerana tempoh saudara menetap di sana (tanpa hitungan hari masuk dan hari keluar) tidak mecukupi 4 hari. Menurut mazhab Syafiie; seseorang itu hanya menjadi muqim (yakni hilang sifatnya sebagai musafir) apabila ia berniat untuk tinggal di satu tempat selama 4 hari atau lebih tanpa dikira hari tiba dan hari akan keluar. Merujuk kepada kes saudara; (ditolak hari saudara tiba (iaitu hari isnin) dan hari saudara pulang (iaitu hari jumaat)) tempoh iqamah (menetap) saudara di Melaka -mengikut fiqh- hanyalah 3 hari iaitu pada hari selasa, rabu dan kamis. Oleh demikian, sifat saudara sebagai musafir masih kekal dan saudara diharuskan menjamak dan mengqasarkan solat di sepanjang berada di Melaka (sama ada di rumah tumpangan, di pejabat atau lainnya). Keharusan itu hanya tamat apabila saudara tiba di kawasan mustautin saudara di Kuala Lumpur.
Wallahu a'lam
Judul: MELAKUKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR DI TEMPAT KERJA YANG JAUH
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 23.12
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 23.12
0 comments:
Posting Komentar