|
belum pernah ada sejarahnya bahawa kumpulan yang bergabung dalam Syiah melakukan serangan terhadap wilayah Israel |
Selepas serangan 8 hari rejim yahudi terhadap Gaza, pemimpin Hizbullah Hasan Nasrullah mengeluarkan komennya berkaitan pencerobohan tentera yang dilancarkan Israel terhadap Palestin. Dalam komennya tersebut Nasrullah mengatakan bahawa pihaknya Hizbullah Lubnan bersiap sedia untuk menghantar ratusan roketnya ke wilayah Israel bagi menggempur negeri zionis tersebut apabila Israel berani bergerak dan menyerang Lebanon.
Hizbullah juga akan melancarkan peluru berpandu canggih milik mereka yang boleh dikawal hingga puluhan kilometer.
"Jarak roket boleh mencapai 40-70 kilometer ke Israel, maka radius pertempuran dengan kami akan mencapai Palestin yang diduduki Israel dari sempadan Lebanon hingga ke sempadan Jordan dan Laut Merah," kata Nasrullah.
Kesan yang serius? Ataukah hanya setakat mainan kata di media?
Siapakah Organisasi "Hizbullah" Lubnan?
Hizbullah yang dimaksudkan di sini bukanlah Hizbullah yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Mujadilah ayat 22. Hizbullah yang dimaksudkan di sini adalah organisasi Politik dan paramiliter dari kumpulan Syiah yang ditubuhkan pada tahun 1982 dan mempunyai pangkalan di Lubnan.
Aktiviti organisasi Hizbullah lebih dominan dilakukan di kawasan yang majoriti berpenduduk Syiah, seperti pinggir bandar selatan Beirut, daerah lembah Bekaa dan wilayah Selatan Lebanon.Kelompok ini amat rapat dengan Iran kerana memang mempunyai haluan yang sama iaitu akidah Syiah. Mereka juga menjadikan para pemimpin Syiah di Iran sebagai rujukan dalam masalah agama dan politik. Boleh dikatakan Hizbullah Lubnan merupakan sekutu dan pembaharuan tangan Iran di wilayah Lubnan. Oleh kerana itu amatlah tepat bila ada hubungan antara Iran, Syiah dan Hizbullah.
Nah, ketika ada komen-komen di media yang berasal entah dari Iran ataupun Hizbullah Lubnan yang akan menyerang Israel, ia menimbulkan tanda tanya. Mengapa? Kerana semenjak dahulu belum pernah ada sejarahnya bahawa kumpulan yang bergabung dalam Syiah melakukan serangan terhadap wilayah Israel. Lihat kembali sejarah penubuhan agama Syiah yang dibina oleh Abdullah bin Saba yang jelas beragama Yahudi. Adakah Syiah akan menyerang pengasas agama mereka iaitu Yahudi?
Kembali kepada Hizbullah, apa yang pernah dilakukan Hizbullah terhadap Israel?
Adakah pernah berlaku perang terbuka yang terjadi di antara mereka?.
Apakah ada jual beli peralatan perang antara kedua-dua pihak?
Yang jelas aksi-aksi yang dilakukan Hizbullah tidak lebih dari melepaskan tembakan ke kawasan kosong Israel. Jumlah peluru yang dilepaskan Hizbullah dan menimbulkan persepsi di mata dunia bahawa Hizbullah melakukan "hubungan senjata" dengan Israel.
Sekali lagi perlu diingat, Hizbullah tidak pernah terlibat dalam perang terbuka dengan Israel seperti yang dilakukan oleh para pejuang Ahlussunnah di Iraq, Afghanistan, Checnya, ataupun di tempat lain.
Walaupun selalu melaungkan semangat peperangan terhadap Israel di media, namun catatan sejarah menunjukkan bahawa Hizbullah tidak pernah berperang secara langsung dengan Israel. Bahkan ketika Gaza diserang zionis tahun 2009 yang melibatkan kematian dianggarkan seramai 1500 orang Palestin tidak berdosa dan pencerobohan Israel beberapa hari lalu, Hizbullah dan Iran hanya berbalas pantun dengan Israel di media. Istilahnya: Not Action Talk Only.
Judul:
Benarkah Hizbullah akan menyerang Israel?
Rating:
100%
based on
99998 ratings.
5 user reviews.
Ditulis Oleh
Unknown
07.30
Artikel Terkait ARTIKEL UMUM :
0 comments:
Posting Komentar