Dalam buku-buku mereka, terdapat riwayat dari Abu Ja'far Muhammad Al-Baqir bahawa beliau berkata,
"Manusia adalah murtad selepas Nabi shallallâhu 'alaihi wa âlihi, kecuali tiga orang. Saya (perawi) bertanya, 'Siapakan ketiga orang itu?' Beliau menjawab, 'Al-Miqdad, Abu Dzarr, dan Salman Al-Farisy.' .... "[Raudhatul Kafy 8/198, tahqiq Muhammad Jaafar Shamsuddin, terbitan Darut ta'âruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]
Mereka meriwayatkan pula dari Amirul Mukmin Ali bin Abi Talib radhiyallâhu 'anhu bahawa beliau berkata kepada Qunbur, "Wahai Qunbur, bergembiralah dan berilah khabar gembira, dan selalulah merasa gembira. Sungguh Rasulullah shallallâhu 'alaihi wa âlihi meninggal, sedang beliau murka terhadap umatnya, kecuali Syiah. "[Al-Amaly karya Ash-Shaduq hal 726]
Al-Majlisy berkata, "Sesungguhnya, tergolong sebagai keharusan kebenaran agama Imamiyah: penghalalan mut'ah, haji Tamattu ', serta berlepas diri dari Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu'awiyah." [Al-I'tiqadat karya Al-Majlisy hal. 90-91]
Ucapan-ucapan keji kaum Syiah terhadap para sahabat dan isteri-isteri Nabi shallallâhu 'alaihi wa sallam dalam hal ini sangatlah banyak.
Seluruh hal tersebut adalah pengingkaran terhadap Al-Quran dan Sunnah Rasulullah shallallâhu 'alaihi wa sallam yang memuji dan menyanjung para sahabat radhiyallâhu' anhum. Allah 'Azza wa Jalla telah menyifatkan orang yang jengkel terhadap para sahabat sebagai orang kafir dalam firman-Nya setelah menyebutkan sifat para sahabat dalam Taurat dan Injil,ليغيظ بهم الكفار"... Kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir." [Al-Fath: 29]
Diterjemahkan dari sumber dzulqarnain.net
Judul:
Sikap golongan Syiah terhadap para Sahabat
Rating:
100%
based on
99998 ratings.
5 user reviews.
Ditulis Oleh
Unknown
23.45
Artikel Terkait SYIAH SESAT :
0 comments:
Posting Komentar