Jimak mempunyai beberapa persoalan. Pengantin baru, biasanya terburu-buru. Yang sudah lama berkahwin, menganggap jima hanya sekadar memenuhi keperluan belaka. Padahal, Islam meletakkan jimak begitu penting, kompleks, namun tidak menyusahkan.
Hubungan badan antara suami isteri adalah salah satu bentuk ibadah dalam Islam. Suami dan isteri harus boleh saling menikmati satu sama lain ketika berhubungan badan.
Di bawah ini adalah 10 perkara penting untuk kita perhatikan:
1. Sangat penting untuk melakukan hubungan badan dengan pasangan halal dan sah secara rutin jika tidak ada yang menghalang-misalkan kerana sakit.
2. Mulai dengan "Bismillah" dan doa.
"Bismillahi Allâhumma jannibnash-shaytana wa jannibi shaytâna ma razaqtana," yang bermaksud: "Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami," (Riwayat Bukhari).
3. Lakukan penetrasi hanya di tempat yang semestinya.
4. Mulai dengan pendahuluan (pemanasan) termasuk juga kata-kata mesra.
5. Bersikap relaks dan bercanda setelah melakukannya.
6. Jangan berhubungan badan ketika isteri sedang datang bulan kerana haram hukumnya.
7. Lakukan apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah merosakkan hiyaa (rasa malu dan rendah hati) isteri anda seperti membuka baju secara serentak berbanding memintanya untuk membuka baju yang dulu sedangkan dia masih malu-malu.
8. Elakkan posisi hubungan badan yang boleh membahayakan dia seperti menekan dadanya terlalu keras sehingga nafasnya menjadi sesak apatah lagi jika anda mempunyai badan yang cukup berat.
9. Pilih waktu yang tepat untuk berhubungan badan dan pertimbangkan lagi jika ketika itu isteri anda sedang sakit atau keletihan.
10. Bersyukur kepada Allah SWT masih boleh melakukan hajat tersebut dengan baik dan sihat.
Judul: 10 perkara penting dalam jimak
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 22.56
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 22.56
0 comments:
Posting Komentar