Yahudi menuduh Islam sebagai agama keganasan nombor satu bagi Yahudi. Alangkah baiknya, mereka harus kembali membuka lembaran hitam sejarah penindasan mereka. Sejarah "hitam" ketika mereka diselamatkan oleh kaum muslim ketika dikejar oleh NAZI. Islam lah yang dengan berbesar hati membuka pintu rumahnya untuk dijadikan tempat bersembunyi mereka.
Kisah ini bukanlah roman picisan belaka atau direka. Fakta ini adalah benar berlaku di sebuah negara bernama Albania. Sebuah negara muslim kesan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah menguasai negara itu antara tahun 1385-1912.
Sejak Perang Dunia II, kisah pembunuhan beramai-orang Yahudi menjadi catatan tersendiri. Mereka dikejar dan dicari oleh bala tentera NAZI. Dalam keadaan bingung, mereka hampir putus asa, menjadi pelarian menjadi satu perkara yang sukar mereka perjuangkan.
Dalam keadaan bimbang, mereka bagai mendapatkan cahaya. Dari maklumat yang diperolehi, ada sebuah negara berpenduduk ramah dan baik terhadap tetamu. Negara itu bernama Albania. Sebuah negara muslim di bahagian Eropah Tenggara yang kini bersempadan dengan Montenegro di sebelah utara, Serbia (Kosovo) di Timur laut, Republik Macedonia di Timur, dan Greece di Selatan.
Sekitar dua ribu orang Yahudi melarikan diri ke daerah Albania. Di sana, mereka dilindungi oleh keluarga-keluarga muslim Albania di bandar Berat. Para muslim Albania mempertaruhkan nyawa untuk melindungi pelarian Yahudi yang meminta pertolongan.
Menyembunyikan Yahudi risikonya sangat tinggi, kerana setiap masa rondaan NAZI boleh meronda ke perkampungan dan menggeledah setiap isi rumah. Jika diketahui ada penduduk menyembunyikan Yahudi, maka kehilangan nyawa adalah ganjarannya.
Namun menurut catatan sejarah, tidak ada satupun pelarian Yahudi yang diserahkan oleh muslim Albania pada pihak NAZI. Dengan penuh keikhlasan dan kebesaran hati, para muslim Albania melindungi pelarian Yahudi dengan segenap cara.
Justin Kerber, seorang Rabbi Yahudi pernah berkata, "Komuniti Muslim ada di antara orang-orang yang telah menghadapi risiko besar kerana memberikan perlindungan kepada kaum Yahudi di rumah-rumah mereka. Dan mereka melakukannya tanpa melihat latar belakang agama para Yahudi. "
Sedangkan, Dr Ghazala Hayat, seorang doktor ahli saraf di Universiti St. Louis dan juru cakap Islamic Foundation di Greater Saint Louis memberitahu, "Anda mungkin belum pernah mendengar cerita ini, bagaimana masyarakat Muslim Albania mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk mengamalkan keimanan dan menghormati kehidupan yang disebut Besa,"
Besa sendiri adalah tradisi yang berakar dari Al-Quran yang bermaksud "memegang janji" atau "menjaga kehormatan". BESA juga bermakna mengambil berat pada yang memerlukan, melindungi kaum lemah, dan menolong sesama.
Dalam usaha melindungi kaum Yahudi, para muslim Albania menganggap mereka sebagai saudara. Mereka diberikan pakaian yang sama, makanan yang sama dan tinggal bersama-sama di rumah seperti ahli keluarga. Apabila ada rondaan Jerman datang, kaum Yahudi disembunyikan di bawah tanah atau di tengah hutan.
Kisah dari keluarga Kasem Kocerri, yang didatangi serombongan rondaan NAZI pada awal 1944, menarik untuk didengari. Ketika itu, tentera NAZI menyoal di mana para pelarian Yahudi bersembunyi. Tapi Kasem tidak memberitahu. Diam-diam dia menyembunyikan keluarga Yahudi di salah satu kumpulan di atas bukit.
Keluarga Halil frasheri menceritakan pengalamannya yang mencengkam semasa rondaan NAZI menggeledah rumah ke rumah. Dia melalui pintu belakang, mengajak keluarga Yahudi yang bersembunyi di rumahnya, untuk lari ke dalam hutan.
Namun kisah fenomenal di atas itu semua berlaku ketika Yahudi mengalami berbagai kekejaman di Eropah. Namun berbeza ketika kaum Yahudi hidup di wilayah Kekhilafahan Uthmaniyah. Selama beratus-ratus tahun mereka tinggal dalam wilayah Uthmaniyah, mereka menikmati kebebasan menjalankan agama dan pelbagai perlindungan sebagai kaum minoriti atau ahlud dimah. Selama itu, kaum Yahudi tidak berfikir untuk berpisah dari Ustmaniyah.
Keadaan Yahudi di Ustmaniyah itu begitu berbeza dengan nasib yang diterima Yahudi di Eropah ketika Kristian berkuasa sehingga mereka dihalau untuk berpindah secara besar-besaran terutamanya ke wilayah Uthmaniyyah. Padahal ketika Sepanyol berada di bawah pemerintahan Islam, kaum Yahudi mendapat layanan yang baik.
Oleh kerana itu, Martin Gilbert, dalam Atlas of Jewish Civilization mencatat bagaimana kebijaksanaan penguasa muslim Sepanyol terhadap Yahudi. Dia katakan bahawa penguasa muslim juga memberi pekarjaan kepada sarjana Yahudi sebagai kecintaan mereka terhadap Sains dan ilmu pengetahuan.
Judul: Dimanakah Yahudi bersembunyi ketika dikejar musuh?
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 07.30
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 07.30
0 comments:
Posting Komentar